09 June 2016

Mencari BARU.

Umpama berjalan di jalan lurus tanpa berpenghujung
Mencari cari arah ke mana hendak pergi.
Mencari tujuan hidup sendiri.
Benarkah ini jalannya yang ditempuhi ?

Aku mencari sesuatu yang baru.
Mencabar akal dan daya fikirku yang biasa.
Keluar dari rutin.
Keluar dari keselesaan kebiasaan yang dilalui.
Mencari sesuatu BARU yang lebih bermakna.
Lebih lebih lagi untuk agama.
Mencari sesuatu di dunia untuk membayar syurga.
Moga ada sinarnya.

Catatan ini bukanlah untuk sesiapa.
Melainkan untuk aku sendiri.
Seorang manusia yang punya cerita sendiri.

28 September 2014

AL FARABI


Pembangunan tamadun islam pada hari ini sebahagiannya adalah daripada usaha-usaha dan jasa para cendekiawan islam terdahulu dalam mengkaji dan menuntut ilmu serta menyebarkannya sehingga berjaya mengangkat tamadun islam dimata dunia.Maka lahirnya pelbagai tokoh  cendekiawan islam yang serba boleh dalam pelbagai bidang seperti Imam Ghazali,Al Kindi,Ibn Sina,Ibn Rusyd dan ramai lagi.Antara tokoh falsafah yang seperti mereka ialah Al Farabi.
     Nama sebenar Al Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Tarkham Ibn Awzalagh Al Farabi.
Beliau dikenali sebagai Al Pharabius dikalangan tokoh-tokoh barat serta mendapat gelaran Aristotle ke-2 
kerana arifnya beliau mengenai  karya-karya Aristotle dan mempunyai kebijaksanaan sehebat tokoh 
tersebut.Al Farabi tidak seperti tokoh lain yang ada menulis tentang biografi hidupnya sendiri.
Maka berlaku sedikit percanggahan pendapat dan kesamaran maklumat dalam menentukan ketepatan
sebenar  biografi hidupnya.Beliau dikatakan berasal daripada  Iran namun sebahagian pendapat kuat
mengatakan beliau berbangsa Turki.Al Farabi dilahirkan di sebuah kampung kecil bernama Wasij
dibandar Farab,Turkestan sekitar tahun 870 Masihi.Oleh itu,gelaran Al Farabi dinisbahkan kepadanya
bersempena nama tempat kelahirannya.Beliau meninggal dunia di Damaskus pada 14 Disember 950M
bersamaan bulan Rejab tahun 339 Hijrah.(Shafie Abdul Rahman,2011:19)
      Al Farabi seorang ilmuan islam yang hebat dalam ilmu logik,falsafah politik,metafizik dan 
berkemahiran tinggi dalam seni muzik.Hampir sebahagian hidupnya dihabiskan di Baghdad untuk 
menuntut ilmu sehingga tahun 942M.Antara guru terawal beliau ialah seorang kristian bernama 
Yuhanna Bin Haylan.Daripadanya Al Farabi mempelajari ilmu logik dan mendalami karya-karya
Aristotle.Antara hasil karya Al Farabi yang terkenal ialah kitabnya Al madina Al Fadila yang 
membincangkan teori membina sebuah negara ideal patut dipimpin oleh Nabi atau golongan yang 
berwibawa dalam bidang agama.Seterusnya ialah kitab Ihsan Al Ulum dan Kitab Al Jam yang
menghuraikan pandangan beliau berkaitan ilmu falsafah Yunani,Plato dan Aristotle.Selain itu,Al Farabi 
turut menghasilkan karya berkaitan muzik seperti bukunya Meanings of The Intellect yang menerangkan
kaitan antara kesan terapi muzik dan kesannya terhadap spiritual manusia.(Netton Ian Richard,1992:5)
       Definisi falsafah  pada Al Farabi ialah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini.Antara falsafah beliau ialah seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik.Tanpa sains seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk dieksploitasi bagi kepentingan orang lain.Merujuk kepada falsafahnya juga Al Farabi berpendapat seseorang indiviu yang memencilkan dirinya tidak akan berjaya hanya dengan dirinya tanpa bantuan  daripada insan lain.Beliau juga berpegang bahawa ilmu adalah segala-galanya dan para ilmuan hendaklah diletakkan pada kedudukan yang tinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.(Shafie Abdul Rahman,2011:21)
       Kesimpulannya,biografi ringkas berkaitan hidup Al Farabi cukup mengajar kita tentang rasa cinta kepada ilmu yang tinggi serta kesungguhan dalam menuntut ilmu.Bahkan antara takrif falsafah itu sendiri ialah mencintai kebijaksanaan.Budaya Ilmu dan berfikir dengan kritis dapat meningkatkan lagi potensi diri dan menajamkan akal fikiran serta membawa kita semakin dekat untuk mengenal Tuhan.Oleh itu adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk kita menjadi insan sehebat Al Farabi yang tidak pernah jemu bersama ilmu serta menguasai ilmu yang pelbagai dan tidak tertumpu hanya pada satu bidang sahaja .

RUJUKAN
Ahmad Sunawari Long. 2008. Sejarah Falsafah. Selangor: Penerbit
  Universiti Kebangsaan Malaysia.
Corbin, Henry. 1993. History of Islamic Philosophy. USA: Islamic
   Publications Limited.
Majid Fakhry. 1997. Islamic Philosophy,Theology and Mysticism.
  England: Oneworld Publication.
Netton, Ian Richard. 1992. Al Farabi and His School. London: Routledge.
Netton, Ian Richard. 2007. Islamic Phylosophy and Theology. London: Routledge.
Osman Bakar. 1987. Al Farabi,Life Works and Sigficance.
    Kuala Lumpur:  The Islam Academy of Science.
Shafie Abdul Rahman. 2011. 25 Cendekiawan Islam. Kuala Lumpur: Mustread.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...