27 December 2010

3 Jenis Orang Dijauhi~

Ja'afar Al SiddiQ berkata kepada anaknya....

"Jangan kamu bersama dengan 3 golongan ini..
Kerana Allah murka terhadap mereka ini..
*janganlah kamu bergaul dengan orang yg bermaksiat kepada Allah kerana dia telah memutuskan tali antara dia dengan Allah..
*janganlah kamu bergaul dengan orang yang derhaka kepada ibubapanya kerana dia orang yang terlaknat..
*janganlah kamu bergaul dengan pendusta..
kerana dia akan mendekatkan yang jauh bagimu dan menjauhkan yang dekat daripadamu...."
[Himpunan Hadis Modal Insan:Dr.Zulkifli Muhd Bakri]

tapi...
bg para da'ie..
tidak kira siapa pon jua orgnye..
setiap orang adalah sasaran utamanya..
mengajak mereka mengenal Allah..
Mencintai Ilahi...
Ana ingat pesan ustaz ana..
"Janganlah membenci org yg mbuat kemungkaran..
tp bencilah kemungkaran yg dibuat..
org yg berbuat kemungkaran itu perlulah kita doakan dan bimbing dirinya moga dpt kembali ke jalanNya..
Dan bait2 kata di atas..
dptlah kita ketahui..
Maksiat itu pemutus hubungan antara kita dgn Allah..
Bayangkan bagaimana keadaan layang2 yg putus tanpa talinya..?
keadaan anak yg kehilangan orang tuanya..?
apatah lagi jika seorang hamba yg lemah xpunya ap2 hilang hubungan antara dia dgn Tuhan yg memiliki segala-galanya..??
nauzubillahi min zalik..
kita mohon dijauhkan dari begitu..
kerana kebergantungan kita hanyalah Allah satu2nya~

agak pendek posting ana kali ni bukan..?
xbmakne yg pendek itu tidak ad makne..right..?
(^_^)biar pendek tetapi padat!
(^_^)..ini sbhgn dari kata2 yg ana kumpul..

23 December 2010

Haza Minni Li UkhtiL MahBuB~

Bismillah~

Ini bukanlah perkongsian ilmu..

Sekadar luahan hati..

Kenapa terase nak menaip..?

allahu ta'ala a'lam..

Mungkin kerana hari ini istimewa..

Hari Lahir sorang kesayangan ana..

Mungkin ana rasa ana nak citer ttg dia..

Dalam istilah mudahnya dialah ukhti habibati~

Kenapa ana boleh sayang dia..?

Kerana Allah titipkan rasa itu hadir pada hati ana..

Dialah jawapan doa yang selama ini ana panjatkan pada Ilahi..

Yang selama ini ana pohonkan pada Rabbi..

Hadirnya waktu itu..

Mengubat luka yang ada dan ana rasai sebelum ini..


Ana bersyukur kerana Allah kenalkan ana pada insan sepertinya..

Merasa bahagia menjalin ukhuwah bersamanya keranaNya~

Walau jauh dia dimata ana..

Tapi dekat dia di hati ana..

Hanya Allah yang tahu sayang ana yang tersimpan  buatnya..

Dan ana sedar..

Ana bukanlah sesiapa..

Sayang ana tidak lah ana mengharap dan dibalas..

Cukup ana hanya memberi..

semampu yang ana mampu...

Walau tak seberapa..

Gembira ana lihat ukhti dgn kesayangannya..

ana sayang mereka berdua !
wahidatul akmar + israf najahah

Cukup indah ukhwah mereka..


Kadang2 mengalir air mata ana melihatnya..


Kenapa mengalir?Sedih?Kecewa?


Bukan!Bukan! tetapi terharu dan gembira..


ana hanya boleh katakan 'INDAH'..


itu sahaja ungkapan yg mampu terungkap..


Doa ana moga mereka abadan hingga ke syurga yang mereka impikan..


Meniti jalan perjuangan hingga ke syurga Tuhan~


Dan ana pula bukanlah sesiapa..


Melihat ukhti gembira hati ana pon dah cukup gembira..


Kdg2 rse mcm mustahil..


Bagaimana ana boleh begitu syg padanya..


Pada hakikat ukhti jauh dr ana.


Itulah kata2 ukhti..


"Anugerah rindu dan Sayang yg Allah beri pd Ana...".


Ana gembira dan ana bersyukur...


Sekurang kurangnya Allah mengizinkan ana mengenali dan menyayanginya..


Moga cintaNya dan redhaNya daiman bersama ukhti..


Uhibbuki fillah ya ukht abadan..




yajma'u jami'ul hubb li wahidatul hubb lillah ! 

 
  ~Sanah Helwah~Eid miLad Sa'ieD~


Sama ada ukht baca atau tidak...
Ana sendiri tak tahu..(^_^)..
Cukup dalam hati ana..
Hanya Allah yang tahu ..
Sayang yang dia beri buat ana pada ukht~
Dan ana bersyukur apa adanya~
Sekali ukht di hati ana ..
Selamanya ukhti kesayangan ana!!
~kerana sekali CINTA aku tetap CINTA~




21 December 2010

Andai Hati Kau Sedih..~

 Bila hati berkata~

Ya Allah!!!
Kenapa ini yang aQ nak tapi itu yang Kau bagi..?????
Ya Allah!!
Kenapa ini yang aQ cari tapi itu yang Kau beri..??
Ya Allah apa salah aQ..??
Ya Allah!
Kenapa ini yang Kau takdirkan untuk aQ..??
Ya Allah!
kenapa Kau rampas cinta yang telah aQ bina?? 
Kenapa Kau jauhkan dia dari aQ..??
Ya Allah!
Mengapa tidak Kau perkenan doaku..??
Ya Allah...................
Mengapa aQ tak boleh dapat macam orang lain dapat..??
Ya Allah..........
Berbagai-bagai ragam kehidupan manusia menghadapi ujian yang pelbagai cara kedatangannya..

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan
dibiarkan shj hanya dengan mengatakan
'Kami telah beriman' tetapi mereka tidak di uji..?
Dan sungguh,
Kami tlh menguji org2 sblm mrk,
maka Allah pasti mengetahui org2 yg benar
 dan pasti mengetahui org2 yg berdusta"
_Al ankabut:2-3_

Wahai hati..
Tiada kata seindah kalamNya..
Tiada cinta seindah cintaNya..
Pujuk hatimu wahai hati-hati
yang masih mencari jawapan dariNya..

:: UJIAN DARI ALLAH::
Wahai hati..
Ujian Allah itu datangnya bukan sengaja..
Hadirnya bukan sia-sia..
Ujian Allah itu menguji
tahap keimanan hati kita..
Mumtaz..?Jaid Jiddan..? atau rasib kah
kita menempuhi ujianNya..
Lulus atau cemerlang kita menghadapi cubaan dariNya..
Atau kita gagal dengan kesakitan dan keresahan
 yang Dia beri..??

Wahai hati..
Ujian ini jua satu jihad..
Engkau mahukan jihad di jalanNya.?
inilah jihad plg utama!
Berperanglah kau dengan nafsu hatimu sendiri!
Nafsu yang sentiasa membawa engkau
cenderung ke arah kegelapan..

Wahai hati..
Ujian dariNya..
Menguji dayatahan kuatnya hatimu..
Bukan Dia zalim..
Bukan Dia tidak perkenankan hajatmu..
Tapi..
Ujian itulah tanda Dia sayangkan dirimu..
Tidak membiarkan engkau kesesatan
dalam arus keseronokan duniawi..
Menyedarkanmu bahawa engkau perlukanNya..
Hadirnya ujian itulah engkau akan berdoa pdNya..
engkau akn meminta padaNya..
Bukankah ujian yang hadir itu merupakan
 salah satu panggilan rinduNya pada dirimu..?
Allah mahu engkau meminta padaNya..
Allah mahu kau memohon padaNya..
"Berdoalah kepadaKu
nescaya akan ku perkenankan bagiMu"
surah Ghafir:40:60



Lihat! Janji Allah itu benar..!
Mungkin kerana selama ini
kau alpa ttg diriNya..
Kau lupa kewujudanNya dalam hatimu..
Kau lupa dia keutamaan utama
dalam perjalanan hidupmu..
Kerana itulah ujian itu datang menjemput hatimu
untuk kembali mengingatiNya..


Mengapa Allah turunkan hujan..?
Rupanya Dia mahu berikan kita pelangi yang indah..

Mengapa Allah berikan apa yang tidak kita mahukan..?
Kerana Allah mahu berikan apa yang kita PERLUKAN..

Mengapa Allah membuatkan kita merasa kehilangan..?
Kerana Allah mahu berikan yang lebih baik
dari apa yg kita ada..
Menghargai apa disisi kita..

Allah memakbulkan hajat kita..
Doa kita..
Bukan mengikut apa yang kita mahu..
Tapi mengikut apa yang dimahukanNya..
Bukan mengikut masa yang kita mahu..
tetapi mengikut masa yang ditentukanNya..

Dan KETENTUAN ALLAH itu sebaik-baik keputusan !
Allah mahu kita sedar..
Kesayangan kita yang utama adalah Dia..
Yang lain hanyalah pinjaman dariNya..
Kecintaan padaNya adalah kunci segala cinta yang lain..
engkau sedar cintaNYa..
engkau takkan merasa kehilangan cinta lainnya..
Kerana Dialah pemilik segala Cinta..

Mengapa hadirnya ujian itu pahit..??
Kerana Allah mahu engkau merasa betapa manisnya
 berharap dan memohon padaNya..

Cuba kau lihat situasi yang ku beri..
"seorang hamba yang sentiasa berdoa agar dia berjaya mendapat pekerjaannya..
Lalu satu hari dia pergi interview..
Tapi atas takdir Allah dia tidak diterima bekerja ditempat yg dia mahukan..
Dalam perjalanan pulangnya..
Dia hampir dilanggar lori..
Atas takdir Allah jua dia terselamat dari menerima musibah itu..
Lihat..!
Manakah yang lebih berharga waktu itu..?
Nyawanya atau tempat kerjanya..?
Bukankah Allah telah menggantikan dengan sesuatu
yang lebih baik dari yang dia mahukan..???
Tepuk hati tanya iman~

Ujian dari Allah itu..
Dalam pahit ada manisnya..
Yang pahit itulah kemanisan iman
 yang akn dapat kau rasai..

Padatkan hatimu dengan keyakinan padaNya..

"Dan Kami tidak membebani seseorang
melainkan menurut kemampuannya"
Surah Mukminun:62

Janganlah kau besedih wahai hati..
La Tahzan wa La Tay'as ya sohibi..
Jangan bersedih dan
janganlah berputus asa..

Sekali lagi ku ingatkan..
Ujian itu tanda sayangNya..
Buka mata hatimu..
Pasti ada hikmah tersembunyi Allah
sediakan untukmu..
Ada yang lebih baik Allah
mahu beri padamu..


Bersangka baiklah dengan Allah..
Kembali kepada cintaNya..
BILA KAU MILIKI CINTA-NYA..
TIADA KAU MENGHARAP SELAIN DaRi-NYA..
ITULAH KEINDAHAN YANG  TIADA BANDINGNYA..
Kesedihanmu terbayar dengan rasa cinta
 dan yakin yang tinggi pd Dia!

Sungguh Dialah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Dialah Maha Penguasa..
Dan jiwa kita semua dalam genggamanNya~
Pintalah pertolonganNya..
Berusahalah menempuhi ujianNya..
ada ganajran yang kau tidak ketahui yang telah Allah sediakan untuk hamaba2Nya yang berSABAR..~

"Maka tidak seoraNG Pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka(iaitu nikmat yang bermacam-macam)
yang menyenangkan hati
sebagai baalsan terhadap apa yang mereka kerjakan"
_As Sajdah:17_


15 December 2010

Hampir ke neraka bertukar Menanti di pintu Syurga~

Kisah ini..
Ana kongsikan pada antum..
Menyentuh hati..
Ana dpt dari sahabat ana ..
Hayatilah~

Pada setiap Jumaat,
selepas selesai menunaikan solat Jumaat,
seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun
akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk
 “Jalan-jalan Syurga”
dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah,
 pada ketika Imam dan anaknya
itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan
 risalah-risalah Islam itu,
 hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata

“Ayah! Saya dah bersedia”


Ayahnya terkejut dan berkata
 “Bersedia untuk apa?”.
 
“Ayah bukankah ini masanya kita
 akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku!
Bukankah sejuk keadaan di luar tu
dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang
 akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah
“Ayah tidak bersedia hendak keluar
 dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu
 “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun
menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
“Pergilah nak dan berhati-hatilah.
Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah”

 Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi
 meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu
 hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah
tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.
 Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam,
hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga”
ada pada tangannya.
Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan
selesai jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa
 yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah
yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.
Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi
 namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.
 Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
 mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan
 dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah
 malaikat yang turun dari langit.
Makcik, maaf saya mengganggu,
saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.
 Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir
 ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.
 Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.”
kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.

Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula,

seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah.
Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya

“Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.
Dia adalah
perempuan separuh umur itu.
“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas
 saya bukan seorang Muslim.
 Suami saya meninggal beberapa tahun lepas
dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini”.

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali.
Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni.
Saya ikat hujung tali di galang atas
 dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun,
tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.
Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan
dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi.
Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng
 ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher
 dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat
 anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas
dan suaranya seperti malaikat”.
“Makcik, maaf saya mengganggu,
saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa
memelihara makcik”
itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah
itu setiap muka surat.
Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir
 menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..
Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang
yang bahagia, yang menjadi hamba kepada
Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan
itulah sebabnya saya di sini hari ini.
Jika tidak disebabkan malaikat kecil
yang datang pada hari itu tentunya roh
saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Semua para jemaah mengalirkan air mata.
 Mereka mengucap syukur pada Allah.
Ramai juga yang bertakbir,

ALLAHUAKBAR!


 
Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya
 dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf
 hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
 Tiada anugerah yang amat besar
dari apa yang dia ada pada hari ini.
 Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya....

13 December 2010

ONLINE DGN ALLAH~

Bismillahirrahmanirrahim..
Kaifa halukum antum jami'an..??
Alhamdulillah~
NasykuruLLah 'ala ni'AmiHi~


Online dgN ALLAH..???
Emm...ad rse mcm janGGaL x biLe dgr ayaT mcm begitu..?
Mcmne tu online dgn Allah..?
Biasa kita dengar online FB..Myspace..Tweeter..YM..
hmm..itu adela..
tak pernah pulak pula dgR on9 dgn ALLAH ni..
Kali ni ana nak bkongsi..
Rahsia hati..(ececeh.hehe~)
Rahsia untuk hati sebenarnya..


Hati kita ni lemBut sesangaT yang amat..
Senang disentuh senAng tersentuh..
Klo nak ciTer ttg hati tak cukup page agknye
Perkongsian ana kali ni..
TTg baGaimana kiTe bilAa ONLINE dGn Allah..
agar hati kita semakin mencintai-Nya..


Secare umUmnya antuM tahuKan..
biLe kite nK onLine sana onLine siNi..
Perlulah siGn up..
siGn iN..
veriFy eMeL siNi dan saNe..
Plg penting 'intErNet' mesTilah kene ade..Btol tak..??
Tapi aPabiLa maHu bersama Allah..
Temujanji denGan-Nya..
Apa perlu serumit dan sesusah itu..??
TIDAKK wahai sahabat..
Allah itu..
Anytime..Anyway..
Daiman(sentiaSa) ada untuk kita...
SOLAT itulah BROADBAND atau MODERM
 paling utama untuk ONLINE dgn ALLAH..~


TAHUKAH ANTUM..?????

Sewaktu kita sedang solat..
Kita sedang berbicara secare langsung dengan-Nya..
Dlm erti kate laen ONLINE la tu..(^_^)..
(InDah Bukan!!!)suBhanaLLah~
Berkata taNpa HijaB antara kita dan Penguasa Alam Semesta~
MasyaAllah..
Sedangkan apaBila kita baru terseremPak dgn artis
..atau orG2 besar pun..
Kite daH teruja..
Apatah lagi jika kita berteMu dengaN
PEMBESAR MAHA KUASA SEKALIAN ALAM~
Malah setiap hari 5kali kita bertemu dgN-Nya..
Belum lagi dicampur dengan ibaDah2 sunat yG kita Lakukan..

Tabarakallah~
Lihat apa rahsianya
AL FATIHAH
yang kita bace sepanjang solat kita selama ni..

:: AYUH HAYATI::


Telah diriwayatkan dalam hadis Qudsi
dari Nabi Muhammad S.A.W..

Baginda bersabda..
"Allah S.W.T telah berfirman..
Solat itu dibahagikan antaraKu dgn hambaKu...
Dan untuk hambaKu apa yang dipinta olehnya..
Maka apabila  si Hamba membaca:

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
(Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam)..


Allah berfirman:
"Hambaku telah memujiku"


Apabila dia membaca:
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
(Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang)


Allah berfirman:
"Hambaku telah menyanjungku"..

 

Maka Apabila si Hamba membaca:
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
(Yang menguasai di Hari Pembalasan)

Allah berfirman:
"HambaKu telah memuliakanKu"


Apabila si hamba membaca:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
(Hanya Engkau kami sembah dan
 hanya pdMu kami mohon pertolongan)


Allah berfirman:
"Ini adalah antaraKu dan hambaKu
 dan untuk hambaKu apa yang dipinta olehnya"..


Apabila si hamba membaca:
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
(Tunjukilah kami  ke jln yang lurus
 yang Engkau telah kurniakan kpd org2 yg Engkau beri petunjuk
dan bukannya jalan org2 yang Kau murkai dan jln2 org yg sesat)


Allah berfirman:
"Ini adalah untuk hambaKu
dan untuk hambaKu apa yang dipinta olehNya"..


(SAHIHUL JAMI')


Subhanallah..
Secare ONLINE kita bersembang dgn Allah..
Setiap ucapan kita dibalas pula olehNya..
Menambah lagi usaha kita untuk khusyuk
 di dlm solat buat bertemu dgnNya..
Agar dpt kita perbaiki sedikit demi sedikit kualiti solat kita..
Apa yang penting..
Ingat selalu..
KITA TIDAK PERNAH SENDIRIAN..
Allah itu pasti bersama kita
selagimana kita jua masih mahu bersamaNya..~

[ALLAHU TA'ALA A'LAM]

12 December 2010

Saya Tegur Awak Tegur Saya !

Dengan nama Allah ana mulakan kalam bicara..
Peringatan untuk diri ana sendiri..
dan peringatan untuk kita semua..

Ad waktu ana nasihatkan org..
Ingatkan org..
tp ad waktu ana sendiri buat kesilapan yang ana sedar dan tahu itu salah..
tapi ana kalah..ana turut kemahuan sendiri..
dan ad waktu kslhn yg ana buat tu ana xsedar pulak itu salah rupenye..
ana perlukan CERMIN...
siapa CERMIN ana..???
siapa CERMIN antum..???
itulah SAUDARA SESAMA MUSLIM..
"Muslim itu cermin kepada Muslim lainnya"..
ana thu pasti antum sume tahu ap tu cermin dan fungsinya kan..?
Untuk melihat kalau2 ad kotor kat muka ke..
jadi kalau cermin peribadi siapa cerminnya?
itulah mcm ana kate td muslim sesame muslim..

Dalam usaha kita nk mengajak org ke arah kebaikan..
Bukan senang..
Dan kalau PERJUANGAN itu semuanya MANIS..
Bukanlah pjuangan namanya..
Btol tak..?
perjuangan itu pahit..
dan kepahitan perjuangan yang kita lalui itulah kemanisannya..
Kebahagiaan menanti di penghujungnya..
iaitu Syurga~

Dan perjuangan untuk agama ini..
Tidak mengenal siapa..
sama ada dia seorang murid..
dia seorang cikgu..
dia seorang doktor..
Sekalipon seorang buruh..
Asalkan namanya dia adalah seorang MUSLIM..
Berpegang dgn kalimah LA ILAHA ILLALLAH WA MUHAMMADURRASULULLAH..
dia layak untuk mpejuangkan agama Allah ini..

knp tibe2 ana kate mcmni...???
sebabnye..
pernah tak antum plk dgr kata2 begini..

"
aku siapa..xlayak pon nk nasihat org.."
"ko sape nk nasihat2 aku,cermin dri tu dlu sblm tegor org"
"ko ustaz ke nk tegur2 org?sek agama pon xpass"
"aku bkn pandai sgt pon agame2 ni..nk tgor2 org..xnklah"
"ko pon byk buat slah nk tegur org
"

emmm..?
biasa dengar..?
bila ana terkena mcmtu..
tdiam gak kdg2..
atau tdgr org kate begitu..
bagi ana..
bila org tanye kite "ko spe nk tgor2 org?"
jawablah..."ana seorang muslim seagama dgnmu.."..
itu tanggungjawab kita sesame kita..
ana agk musykil..????
kena tunggu ulamak besar dtg br boleh tgor ke..?
kena tunggu seseorang tu jadi malaikat br dia ad hak untuk tegur org..???
(maap klo agk kasar kata2 ana ni..ana harap kita same2 fikir)
selamanya kita takkan mampu jadi SEMPURNA!
kerana itu adnya kata2 "MUSLIM ITU CERMIN MUSLIM YG LEN"..
Kita slg memerlukan sesame sendiri utk saling nasihat menasihati..

Allah sendiri ada berfirman..yang bermaksud.
"kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dgn kebenarandan berpesan-pesan dgn kesabaran_sural al asr:3_Dan bagi ana..
Tak salah untuk kita menasihati org walau siapa pon diri kita
atau walau siapapun yang menasihati kita..
sedangkan imam al Ghazali pun pernah mengambil pengajaran dari kata2 seorang pencuri..
(pernah dgr kisah tsbut?..(^_^)..)

dan ana sendiri tahu antum bole fikir secara rasionalnya kan..
Mne nasihat yang baik dan membina
dgn nasihat ke arah yang tidak baik dan merosakkan..
kita dikurniakan akal oleh Allah untuk mbezakan baik dan buruk..
Jadi kita bole thu mne nasihat yang benar2 bole kita ikuti..
walau siapapon yg menasihati..

tp Bila kita dipihak 'MENASIHATI'..
kita kenalah thu cre tbaik utk menegur..
Blaja bagaimana mnegur ssorg..
agar teguran kita itu ber'cara'...
dan kene pd tempatnya..
dan bile kita dipihak 'MENERIMA TEGURAN'..
belajarlah utk menerima teguran..
Selagi teguran itu mmg benar utk kita..
Walau mcmne skalipon cre org tsebut mnegur kita..
manusia ad bmcm kerenah dan care..
Ap2pon kembali kita kpd yang asal..
Walau mcmne pon cara teguran yg kite terima...
itu pastinya dtg dr Allah..
BERSYUKURLAH!
krn Allah masih mahu mengingatkan kita
dan tidak membiarkan kita tersesat dlm menuju jalan redhaNya..
Walau adkalanya teguran yang kita terima..
menyakitkan..
kasar..
dan bmcm care lg..
OPTIMIS!
itulah kuncinya!

anda belajar MENEGUR org...,
anda belajar utk sedia MENERIMA TEGURAN!

salam sayang...
salam ukhuwah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...