26 February 2011

5 syarat nak buat maksiat ! !

"Jika mahu berbuat maksiat..
5 syarat perlu kau ikuti.."


~..ayuh..hayati kisah ini..~
Suatu hari ada seorang lelaki
yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata,
 “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, 


Jika kamu mahu menerima lima syarat
dan mampu melaksanakannya,
maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya,
Apakah syarat-syarat itu,
wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata,


Syarat pertama,
 jika kamu bermaksiat kepada Allah,
 jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening
 seraya berkata,
Dari mana aku mahu makan?
Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”


“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham.
 Kalau kamu sudah memahaminya,
 masih mampukah memakan rezekinya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,”
 kata Ibrahim,


Kalau mahu bermaksiat,
 jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu
terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya,


Wahai Abdullah, fikirkanlah,
 apakah kamu layak memakan rezekiNya
 dan tinggal di bumiNya,
sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”


“Ya! Anda benar.”
kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan

syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab,
Kalau kamu masih mahu bermaksiat,
carilah tempat tersembunyi
yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

Wahai Ibrahim,
ini nasihat macam mana ni?
 Mana mungkin Allah
 tidak melihat kita?”


“Ya, kalau memang
yakin demikian,
 apakah kamu masih berkeinginan
melakukan maksiat?”
kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan
meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan,
 “Kalau malaikat maut datang
hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya;
 Ketepikan kematianku dulu.
 Aku masih mahu bertaubat
 dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala
 dan segera tersedar,
Wahai Ibrahim,
mana mungkin malaikat maut
 akan memenuhi
permintaanku?”


Wahai Abdullah,
 kalau kamu sudah meyakini
bahawa kamu tidak
 boleh menunda
 dan mengundurkan
datangnya kematianmu,
lalu bagaimana engkau boleh lari
dari kemurkaan Allah?”


Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab,
 “Wahai Abdullah kalau
malaikat Zabaniyah datang
 hendak mengiringmu ke api neraka
di hari kiamat nanti,
 jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.
Dia berkata,
Wahai Aba Ishak,
 sudah pasti malaikat itu tidak
membiarkan aku
menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar
 perkataan Ibrahim.
Air matanya bercucuran.
Mulai saat ini aku
 bertaubat kepada Allah.”
 katanya sambil terisak-isak.




~.Allahu a’lam bisshawab.~

Sumber: FB Islam agamaku Dakwah tanggungjawabku

19 February 2011

Ujub Zaman Moden..~

Sifat Megah dan Bangga hanyalah mutlak sifat milikNya..~
Hanya Allah yang Maha Layak memiliki sifat EKSKLUSIF kepada hamba-hambaNya..

Ayuh ana sisipkan dan kongsikan sedikit pengetahuan bersama antum..
Moga-Moga kita menjauhi dan BERHATI HATI dalam menjaga HATI..
Peringatan buat diri ana sendiri yang mengingatkan terutamanya..
Kerana umum tahukan ?? HATI lah RAJA buat segala-galanya..

~..UJUB ZAMAN MODEN..~
Apakah itu..??
Ada beza ke Zaman mOden dengan Zaman duLu..

Tengok dulu apa maksud UJUB..??

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat.
lebih banyak ibadah dan sebagainya.
Tanpa bimbangkan kehilangan berkat perkara-perkara tersebut
lupa yang ianya  pemberian dari Allah swt kepadanya.

Contohnya..
Seseorang itu berasa ujub bila dia berdoa lebih lame dari orang lain..
sujud lebih lama dari orang lain..
Pendek cerita..,
bisikan hatinya seakan akan berkata begini..
"Uishh,,aku sujud lagi lama dari dia.."..

UJUB ( RASA DIRI HEBAT) permulaan kepada segala penyakit hati..
Titik tolak kepada RIAK (MENUNJUK-NUNJUK) dan
TAKABBUR ( mEMBESARKAN DIRI SENDIRI)..


Ibnu Mas'ud ada berkata:
Kebinasaan itu berpunca daripada dua perkara –
pertama, putus asa dari rahmat dan kurnia Allah swt,
kedua, merasakan diri lebih daripada orang lain lalu memandang lekeh kepadanya.

Nauzubillahi min zalik..~

JAdi Bagaimana yang dimaksudkan UJUB ZAMAN MODEN ni..???

JOm Tengok...~

1.BLOG & FOLLOWERS

Kebiasaannya perkara begini selalunya akan berlaku dikalangan "blogger"..
Mereka berisiko merasa diri hebat !
apabila mendapat ramai peminat atau followers yang
berminat mengikuti blog mereka..
Ribuan atau ratusan followers menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai..
Tak salah untuk kita seronok sekiranya mempunyai ramai follower..
Tetapi seronok atas dasar apa..?????
Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kpd ribuan dan ratusan follower..
Atau Seronok kerana JUMLAH followers yang banyak..????
Ambil peranan disitu mengurus hati..
BERHATI HATI MENJAGA HATI..
Agar niat tidak terpesong Lillahi Taala ..~

2."LIKE" DI FACEBOOK

Post "status" di laman sosial facebook mahupun yang sewaktu dengannya..
Ramai pula yang tekan "like"..
Bila ramai yang "like" mulalah diri merasakan mendapat perhatian ramai..
Setiap cetusan minda yang terpapar dilaman facebook dihargai
dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan..
Awas !!
Tak salah untuk berasa gembira apabila
orang lain suka dengan apa yang kita lakukan..
Tapi BERHATI HATI MENJAGA HATI..
Takut ujub mengintai menyusup masuk ke dlm diri..

3. KOMEN DI FACEBOOK
(dan sewaktu dengannya)

Mungkin juga kita akan rasa teruja..
Apabila ramai yang memberi tindakbalas yang
memberangsangkan pada "post" kita di Facebook..
Apabila ramai sangat mungkin bibit rasa ujub akan lahir..
Termasuk juga komen2 gambar di facebook dan
yang sewaktu dengannya..
Apabila ramai yang komen..
Ramai yang memuji..
Mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu..
Maka dengan senang UJUB boleh terbit dari hati..

4.RAMAINYA KAWAN ATAU PEMINAT DI FACEBOOK
 (dan sewaktu dengannya )

Sekali lagi jumlah main peranan penting bagi syaitan..
Untuk menghasut manusia berasa riak..
Ramainya bilangan rakan maya difacebook..
Bisa membuatkan diri merasa hebat ..
Tanpa sedar ujub sudah merajai hati..

5. BERDAKWAH DI FACEBOOK 
(dan yang sewaktu dengannya)

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook atau mana2 laman sosial,.
Sebagai orang yang merasakan wajib untuk dirinya berdakwah..
Maka laman sosial seperti ini dijadikan medan untuk berdakwah
di tengah kawan2 facebook lain yang banyak merapu..
Maka jadilah kita bagaikan 'Ghuraba'..
Yang dibimbangkan disini..
Apabila kita berdakwah..
kita turut berbangga dengan apa yang kita lakukan...
Awas wahai Da'ie !!
BErhati hati lah menjaga hati !!
[Sumber: ILUVISLAM]

Moga Allah sentiasa melindungi kita..
Agar niat baik kita tetap lurus diatas jalanNya..
Dan hanya mendambakan redha serta balasan dariNya..
Kerana syaitan itu tidak putus untuk membinasakan kita..
Mereka punya 1001 cara halus mahupun kasar
 agar dapat menjatuhkan kita ..
MeMbuatkan kita rebah dijalan dakwah ..~
Hanya kerana penyakit hati yang hadir tanpa kita sedari..


..~Kembalilah segala puji-pujian itu hanya kepada Allah
yang Maha Memberikan semua kelebihan kita punya itu kepada kita..~

Ayuh muhasabah diri seketika...
Mari kita fikirkan ..

Sekiranya ujub mahupun riak mengintai diri..
Perasaan bangga seperti mahu bertahta di hati..
Ingatlah kembali...,
Jika selama ini Allah sentiasa memperlihatkan kepada orang lain
 tentang kebaikan kita..,
Lalu orang memuji  kerana apa yang kita lakukan..,
Sedangkan segala galanya itu semuanya datang dari Allah..,
MAka selayaknya pujian itu berbalik kepada Allah..!
Ingat dan fikir !! bayangkan..
Apa akan terjadi pula kalau Allah dengan kuasaNya..
Membuka hijab dosa kita..,???
Semua orang tahu tentang aib dan kesalahan serta silap kita..???
Sekiranya Allah mahu tidak mustahil Allah lakukan !
 Kun Fa Yakun ! (Jadi maka jadilah )
Tapi kerana sayangnya Allah pada hambaNya
 tak senang2 aib kita terbuka..
Allah jaga dengan sebaik baiknya..~
Mengikut kehendakNya..~
kita tak mahu kan..???
Kita tak nak bukan aib dosa kita terbongkar. .??
Jadi soal pada hati sendiri..!!
Apa perlu kita bangga2kan sekelumit kebaikan yang kita buat
sedangkan bergunung dosa yang telah kita lakukan ??
dan Allah simpan itu sebagai rahsiaNya..?????
Allah hanya memperlihatkan kepada orang lain tentang
 kebaikan terang terangan yang kita buat..
Tapi sembunyikan untuk kita tentang berbagai dosa yang  telah
kita lakukan dari pengetahuan orang lain..
Untuk itu bersyukur dan kembali kepadaNya..!
Kerana manusia lainnya hanya mengetahui kebaikan yang telah kita lakukan..
Namun dosa kita hanya kita dan Allah saja yang mengetahui..
Kembalikan segala pujian itu hanya untuk Allah..!
Kerana BERMEGAH itu hak mutlak sifat EKSKLUSIF
milikNya yang MENCIPTAKAN KITA..
Wallahu'alam..~

..~"Hati kita..
Niat kita..
Hanya diri sendiri dan Allah yang Maha Mengetahui..
Samada IKHLAS ataupun RIAK..
Kita yang mengenali rasa perasaan itu..
Untuk itu..
Bersama sama kita...
BERHATI HATI  MENJAGA HATI.."..~

02 February 2011

Sedetik Bersama Seabad Terasa~

::Sedetik Bersama Seabad Terasa::
Tak terasa bila dia pergi..
Tapi sayu bila dia tak kembali..
::10 Jan 2011~::
Dalam Lingkungan Pukul 8 lebih diwaktu pagi didalam kelas~
"Pssstttt..Psssttt..Solehah!Solehah!Sini!"..Bisik Aisyah dari belakang..
"Wow!"Terkejut ana dibuatnya.....
Bila ana toleh ke belakang..(hilang ngantok ana..adohyai..hehe~
Kelas senyap je time tu..
Cikgu tgh ajar Prinsip Akaun lak tu..
(ana ngantok sgt blaja itu..rsenye xpnah segar bile time akaun..huk3..)
Ikutkan hati nak gelak..takpe2..tahan2 dlu..~
"Soleha,amek pastu pas kat depan..."bisik aisyah senyap2..
Rupe2nye..
Kawan ana kat blakang dari tadi...
Siap maen pas2 keropok twiesties!(pek Besar pulak tu!)
Adohyai deme ni kan..muahahaha..
Bole pulak wat gitu..
Ana org jemput,ana join jelah mkn skli..huk3~
Taktawla nape rse kelaka sgt time tu,,
Gelagat kwn masing2..Lucu2!~mkn senyap2..
Disebabkan duduk blakang kan..maybe cikgu xnampak..
Lw nmpk abesslaa kami...hehe..
Kelas ana walaupon dh naik tingkatan 4..
Peraturan tetap same..=)
Lelaki pasti duduk depan dan perempuan wajib dibelakang ..(^^,)..
Kat blakang skali sederet Aspurii semua..
itu tjadi 'fenomena' mcmtu tu..huk3~

 Sempena tahun yg baru ni kan..
Subjek pon banyak yang baru..
"Alamak!!Minaa!!aQ tbawak buKu Math..????"
bergegas ke kelas laen...
"Mimi,pinJam buKu teKS adD matH boLE..??"
"Bia btol ,kan keLAs ko je yg ad adD math..??"..
adoyaiii..jom..cepAt2 baLik asraMA ...
"auNty(makcik guard)..,minTak iziN nak naik,nak ameK buKu ttingGal?"..
"boLe ke waT camNI(msok asrama time sekolah..)
,,nk jaLAn tunDuk sorok2 ke seLambe je ni..??"
huk3~aduhai...itulah..
Awal2 tahUn ,,asyiK2 tsLh bwk buKu jep..
nseB bek asrama dlm seKolah je..bolE patah baliK..
hehe..pas uH dh tade daH,,bwk aje dua2 matematik tu!=))



Ya Allah..
Pasti kite akn  merindui kan setiap saat yang dilalui..
ana nak madah2 kat sini pon dh tak bole nk madah dah..
Hanya mampu meluahkan ap yang dirasakan..

~Jumaat Pagi Yang Indah~
"Hari ni cikgu nak umumkan nama2 pelajar yang bakal meninggalkan sekolah kite.."
Ya Allah!Tangan dah sejuk..Jantung dah laju..!
masing2 bpandangan masing2 dh mule wat ulasan sendiri kat perhimpunan tu..
Ana..??ana mampu tunduk dan diam..
Nama ana takde pon cikgu sebut dlm senarai..
Resah gak.."saba2.."..ana igtkan diri ana..
Penat gak mnahan airmata keluar ni!
ana susah sket nk nangis dpn org..
tak suke..xsuke org taw ap ana tgh rase..
ntah tak taw npe..
"cikgu,name sy mmg takde ye..??"
"eh,,ade2 name kamu ade..cikgu ttinggal nk sebut tadi..kamu dpt sek....(rahsie2..he3)..
lega2..Impian tercapai..
Ramai gak kwn ana yg len dpt sek same dgn ana~
Syukur2..
Aliran Sains Tulen Agama menjadi milikku..
~Alhamdulillah~

Kesayangan ana sekalian..
Ku coretkan antara kita..
Ku bingkaikan itu menjadi 'bingkisan kerinduan'..
Moga 'doa perpisahan'..menguatkan 'jalinan' persahabatan..
Menjadi 'Cebisan Kenangan'...
'Selamat Berjuang' sahabat !
Kite teruskan perjalanan!


Korang..
Dari hati kita antara kita..
ingat lagi tak waktu kite form 1 mcmne..???
'Berpuak'! itu satu perkataan cukup tepat..
kan kan kan..??ahahahahahhaaa..
klaka laa bile pkir blk..
tapi naik kite fom 2..sebati sikit..
bile dh fom 3 then masok fom 4..
bukan 'mixture' maupun 'compound' ag..
jadi 'element' tros kite semua!!
berpuak..??no! no! no!
dlm asrama kite takde dah istilah itu!!
tiade istilah 'kau-kau'..aku-aku'..
mahupun 'nafsu-nafsi'..
yg ade ap..??
cume 'KITE dan KAMI'!
prinsiP kite..ap..?
Prinsip Perakaunan..?hahaha,,tak2..
prinsip kite..
1 for All,All for 1..~
Sorg wat salah semua kene dende!hek3~
takpelah..bile same2 kne dende..
Time tu je rse susah..
Kenang balik..rindu maa!! (><,)

::Sebelum aQ Pergi::


Dalam ingatan ana..
Segala kenangan yg ade tu..
Tak pernah hilang..
Segar membugar sentiasa mekar dalam hati..


::Qiyam Yang Indah::

Mule2..
Ingat ag time Qiyamulail..
(yg besok harinye ana dh nk keluar asrama dah..Sedihh..)
Sepanjang ana dok asrama,,Qiyam jemaah tak pnah ag buat Solat Tasbih..
Jadi kami bsepakat nk letak Solat Tasbih skali dlm Qiyam nanti..
Tibe2 ad announcement ni..Farhah buat..
"Perhatian kepada pelajar aspuri..anda digalakkan untuk Qiyam pada besok pagi"..
Alhamdulillah..Dgn izin Allah..
Dgn niat masing2..
Dapatlah penuh dalam 4saf musolla adik2,,kakak2senior,kawan2 sebaye dtg join Qiyam kat musolla..
ad gak yg nk Qiyam kat bilik je..
takpelah..takde masalah..=)
Qiyam pon dilakukan dgn lancarnya sepeti biasa..
Di penghujung Qiyam...Ana pandang semua..
Pastu..ana sengih,,,heeee~
asal..???huhu~malu2..
ana iGt..masih hangat dlm pkiran ana ni!
kata2 dr sorg kwn ana..
"Soleha,bole jadi kenangan ni!"muahaha..
"takkan soleha salah kot..??tapi aQ rse aQ btol.."..
Najat yg ckp!ana igt ag taw!!
huk3~malunyooolah aih..
taw npe..??
org buat Solat Tasbih 4rakaat jee..
klo mlm2..4rakaat 2 salam..
ana..???hehehehe..advance sgt...
t'sampai 5rakaat~adusssss~
hee~abes je solat ana pandang makmum dan hanya mampu tersenyum..
kemudian mintak maap bbykkkkkkk~
apeeelaah soleh ni ann..adohyai..~(geleng kepale)..ish3,,
pkataan fest kuar dr mulut kami msg2 lps Qiyam selesai..
kbetulan plk kan..Satu jiwe satu rase..ngeh3~
masing2.."LApAr'...
Tak tunggu D.M bunyi loceng aG..
terus je Serbu bwk kuaR mknnnyE..
Letak kat bhgn Aspuri..(snang sket,takyah susah2 pkai pakaian lengkap)..hee~ =)

::Wehdah Dan Rabithah::
Kemudian asrama adakan Qiyam lagi..
Yg petangnye ana dh nk keluar asrama dah..
Untuk kali ni bersama aspura pulak..
Jadi berimamkan pelajar aspura..
Kenelah naik musolla jauh nuu atas tu....
Tingkat 4 uh ~
takpe2~Exercise pagi2~
Selesai Qiyam dan solat Subuh..
Tirai musolla dibuka..
Ini part paling ana suke!!
nk taw knp..??
Kami ramai2 buat halaQah(bulatan)..
Pegang tangan kawan2 erat2..
Aspura dgn aspura..
Aspuri dgn aspuri..
Diketuai  Ketua MPP tarbiyah dan Rohani..(Nazim Idrus)..
Nazim laungkan..Doa Wehdah!!
dan kami melafazkannya beramai-ramai dan bersama sama!
Penghujungnya dgn semangat dan kuat..
Nazim takbirr!!!
!!ALLAHUAKBARR!!
Kuat cukup kuat..meremang ana rasa..Sebak pon ada..(-_-)..
Dan bersama-sama kita lafazkan Doa Rabithah hati..Subhanallah~
~Doa Wehdah dan Rabithah~
Itulah doa amalan kami di asrama mengikat ukhuwah~
Samada aspura atau aspuri itulah doanya~
Sepanjang tu ana sebak..
Sentiasa bermain dalam fikiran ana sepanjang doa tu..
Mampu lagikah untuk ana rasai lagi suasana sebegini selepas ini..??
Ya Allahh..kuatkan hati ana..
Ana cukup sayang segala galanya disana~



::Jamuan Instant Tapi Loaded::
Ap punye maksud da tajok ana ni..??
ini jamuan segera...
Tak rancang ap2 pon..
masing2 bayar 2inggit..
Alhamdulillah ad yg sponsor..
Kenyang kite makan..
MAsing2 hepy dan bahagia..
mule kite gelak2 en...
Erra kat tgh2 kite ramai2 buat bulatan pastu kepung diaaa!!!huk3~
dah uh,, tibe2 sape mulekan dulu ni ana pon tak tawla..
masing menyebak..
(kata dasarnya 'sebak'..buat tatabahasa sendri plk..hehe..)
kite masing2 same2 mintak maap..
org fest!!ana salam dgn farhah..LAme uh!!
Jiwa dh mencair daa..
Mne taknye..Fatin buat bekground song plk time tu.eshh dia ni..
tibe aisyah..
"Solehaaa,ko nangis..???aQ xpnh nmpk ko nangis..
Bkn xpnh laa..tp..slalunye org len nangis ko xnangis..
sekali ko nangis teruk ea.."...lbey kurg camtu laa kwn ana ckp..
ana plk..??hahahahaha..tgelak je..mcm ape la plk bunyiknye..
"Aisyah niiiii"..haha..itu je ana ley jwb..huk3...
Kite salam2 kite peluk2 kite buat drama plk..
Tibe2..ad Aspure lalu nak naik musolla..
Cover2...huk3~Senyap msg2..sorok muke merah uh~huk3~
Kami ramai2 maghrib imam ke2...
Indah2..
Satu dorm tu form ana je utk satu mlm tu jelah..Tido same2..
Mintak izin Ketua Asrama dulu..
Alhamdulillah kak maryam benarkan..=)


::Selamat Datang Sekolah Baru::
Masok situ je..
Alhamdulillah..Sekolahnye kemudahan yang lagi byk bbanding sekolah lame ana..
Tp tak mampu ganti ap yg ade dlm sek lama ana..=(..
igt agi dlu time form 1 form 2..
Ana dgn kwn2 ana angan2 la konon..
"eh,,besok fizik kan..?fizik masok ap je dlm pekse?"..
ecececeh..brangan..!PAdahal bkn pekse FIZIK pn besok..
PEkse SIVIK je..ngeh3..poyo je..
tapi rupe2nye..JAdi kenyataan akhirnye.
Mmg byk kerja umah Cuti Raye Cine ni..
Fizik terutamanya!kne fhm kan blk ni~
Asrama kat sane..?
Yg boleh ana kate 95% ,,Berbeza dgn asrama lame ana..!
Ana rindu asrama ana..
Fest time msok asrama sane..
Rase cam form 1 blk perasaannya..
'Homesick'..Rindu ~
PAndang itu tingat ni..
Stakat pandang kolah pon tingat kolah lame..
adohaii...huk3~
Tp..ana cube..
Sikit demi sikit terima hakikat budaya disana..
Igt je prinsip ni.,
"kat mne pon kite..,biar kite pengaruh orG bkn kite yg tpengaruH!!"..
insyaAllah..yg baik itu ana jadikan teladan!!=)
ap2pon..ALLAH itulah PUNCA segala KEKUATAN JIWA!

Ingat ag kat kelas.Time BM..
"Mina.."ana panggil kwn ana..
Sblm ana nk ckp mina dh ckp dulu da..
"Diserang kerinduan laaa.."..
MasyaAllah~
Dhla kne wat karangan time tu..
Dah sah2 idea xmasok..~
tibe2..ana pandang mina,mina pandang ana..
MAsing2 btakung dah air dlm mate tuu...
Esh3..taley jadi ni!!
mina kate.."Solehah la ni!",,
hahaha..ana blas blk.."aQ plk..ko laaa!"..
huk3..2-2 same jeee...hee~

Dlm pjalanan blk musolla..
tdetik hati ana..
"Betullah!!
Bile kite sayang..Ad yg perlu kite korbankan~
Kne buat pilihan~
Takpe!!Semua yg Lillah dihujung pasti indah!!
Bersabarlah!!=)



::Detik dan Saat Yang Kita Masih Ada::
Perpisahan itu memang menyakitkan..
Menerbitkan kerinduan..
Menguat cinta berkekalan..
Mengajar kita untuk menghargai mereka yang ada disisi..
Sekalipon kita tidak bertentang mata..
Tapi kita bertentang hati..
Sekalipun kita tidak berbalas kata..
Tapi kita berbalas doa moga ukhuwah mendapat redhaNya~



Saya sayang antum selamanya ! !
 p/s:Ustaz tunduk pun tetap nampak jugak..Ustaz interprem..heheh~Rindu asrama!!!

Alhamdulillah~
Ana dgn kwn2 yg dpt msk sek baru same2 dgn ana..
Kami plan nk singgah sg.Bert sblm blk umah !
Alhamdulillah setinggi pujian pdNya..
Allah pmudahkan urusan kami!
Allah izinkan buat kami bertemu kerinduan kami!!
Sek ana cuti awal sehari dr sg.Bert..
Jadi ade chance nak jumpe neyh!!!!
 on the way pegi..
Alhamdulillah lancar~wlopon berasak dlm bas uh!
fuh!!PAdat mandat !!Cam beselah lw dalm Bas..Pas uh..
Singgah MYDEN jap beli Coklat ti kite mkn same2 dgn kwn2 kat sane nanti..
hik3..kami enam org kongsi duet beli coklat!!hu3~bestnyee~
Shafila jln plg depan!Plg semangat!!hahaha..
Tak pandang blakang dh dia!
Ana ttinggal kat blakang uh dgn mina dgn zaty..
kdg2 nakal sket..Saje ana usik~
"Pila!!Tali kasut tbukak!!"
huhu~baru dia nak berenti~ngeh3~
lw tidak...harapan laa..
Semangat ni semangat tak sabaw nk tgk Sg.Bert ni!!

::Asrama Puteri Siti Aisyah::

MSok je pintu pagar sekolah...debaran terase!!
Asal lengang je..??
ohh..Msg2 tgh bizy time ni..
dlm kol 5ptg cam uh an..
tgh pengemasan diri la ni..
Msok2 je tros pi kat court asrama!!!!
haaaaaaaaaa!!!!!
tak pikir ap daa..
Segala kerinduan keluar semua lepas..
Rindu bersama Suare2 skali keluar!
lompat lari semua laaa..
Plg tepat! Excited! Fuh..Sesak nafas ana!
Org fest ana nampak tros pelok!
Fatin Natasha!!huhuuu~
Nangessssss~
ana pndg mina ,mina pndg ana blk..
huwaaa..hujan sudaaa mata kami..(hujan lagi an..)..
MAsing2 la kami lepas kerinduan..
Citer full version!
dari A-Z ttg sekolah baru..
Segale galenye lah!!
Yg lame ni gak takde ganti!!!!!
haiii...(-_-)..

::Inna Ma'al 'Usri Yusra::


haaa..Setelah habis menyulam mengait menjahit rindu dan cinta..
Ana,mina,afini..kami kne balik naik bas..
yg lagi tiga owg uh..Mak ayh amek..
MasyaAllah...masyaAllah~
Tibe2...
~Hujan yg turun bagaikan mutiara~
haa..ini dh tlebey mutiara daaa...
Lebatttt habisss!!!
Cepat2 carik tempat teduh!
"korg,,nk redah nk tunggu..??"
mina,pini dua2 tak kesah..ana lg tak kesah!!
Ap ag nak tanak..Redahhhhhh!!!
BAsah habis!!tak penah2 mandi hujan selebat tu dgn baju sekolah nye lagi!
Dgn brg2 asramanye lg!!
beg kertas lak uh~
Mina punye dh tputus dah talinye..
Alhamdulillah ana punye msih bthn..
Afini..???dia lagi ekstreme..tak bwk ap2..
redah camtu jep!!
BAsah semua dah baju..tp
Nseb baik tudung laBUh~Alhamdulillah~
Syariat Allah itu menjaga hambaNya kan..???=)Subhanallah..


Sampai la ke stesen bas msg2 kami bpisah dgn afini..
"Mina menyesal ark..??"
"TAk,,gembire!!"..haha..
Mina gembire ana lagi2 la suke!!
Tersimpan itu semua jadi kenangan~

::Mufarakah Di Port Klang::
Akhirnye sampai gak Port walau lencun2 gini..
Mase nak bangun...
Allahuakbar...~
Ana angkat je beg uh..tputus tibe2..
Abes ampir2 terburaiii segalanya barang2 ana dlm beg uh~
dgn hanger tkuarnye..(nseb bek satu je hangernye..haha)
Malu tak malu kne hadapi gak laa..
Cepat2 ana amek capai dr nk tjatuh tros ke tangge bas..
Tp benarlah kata2 Allah dlm surah As Syarh~
"Disetiap kesusahan pasti beserta kemudahan"..
ana cepat2 kuar dr bas uh susun barang kat tepi jalan..
Sedih tol!tp takpe2 saba..
Alhamdulillah org2 dlm bas uh tak penting an diri..
Bg ana laluan ad yg tolong..
Tgh sibuk2 kemas uh..
Tibe2 org indon kot..
Masok an dompet ana dlm beg kertas ana uh..tak sempat ana pandang dia..
Alhamdulillah dia jujur..
Moga Allah rahmati dia~Alhamdulillah..
Dlm susah2 ana,Allah tak prnh sekali kali pon tinggalkan hambaNya~
Ana tukar beg dgn mina..
KAmi pon berpisah di situ..
Mina ,mak dia dh tunggu dah kat port uh..
Dan ana..??
troskan pjalanan utk bas yg ke-3 pulang ke rumah~
Alhamdulillah perjalanan kisah hari itu..
Ana tidak akan melupakan..
~TErima KAsih Tuhan~


::Ku genggam kenangan indah
Simpanlah senda gurauan
Andainya kau kerinduan
Itulah jadi penawar::


::Sekiranya kau rindu..
Kembalilah kepada kerinduan kpdNya..
Akn terbalas segala rindu yg kau ada..
Kerana Dia lah yg memiliki segalanya~


~Salam Sayang Seerat Jalinan~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...