27 May 2011

Cinta Kerana Allah ?

Bismillahirrahmanirrahim..
kawan ana kata : " macam jiwang je blog ni ? "
ana jawab : "jiwang ke ? takdelah..tak jiwang cuma ber 'jiwa' je.. ^^, hehe..

kenapa akhir-akhir ni ana perkatakan tentang CINTA ?
ana jatuh CINTA ke..??
Tak..Bukan itu tujuan posting ana..
nak tahu apa sebenarnya..??
Jom hayati sama-sama dengan ana kisah ini..
   
Bumi ini adalah pentas lakonan terbesar dunia..
Manusia inilah para pelakonnya..
Pelakon yang memainkan pelbagai watak..
Di pelbagai lokasi penggambaran..
Dan Allah Maha Besar itulah Produksi Managernya..

Ana punya satu cerita untuk diceritakan..
dan ana pasti ada dalam realiti kehidupan..
Berkat ilhamNya membantu ana mengintepretasikan kembali kisah ini..
Mungkin kisah ini nanti..,
antum pernah melakokannya dalam pentas kehidupan..??
haa..kita fikir same2 ye..

Ayuh ana persembahkan...

*Caution : nama-nama yang terlibat TIDAK ada kena mengena samada yang hidup atau meninggal dunia..
perwatakan dan cerita MEMANG ADA kena mengena dalam kehidupan..


"Jangan mengalah kalau cintamu benar..
tapi perjuangkanlah cinta itu dengan cara yang benar..
tetapi jika sudah terasa cintamu salah..
mengalahlah..
tidak akan kalah dengan mengalah..."

hanya sekadar lukisan =)
Di petang yang hening dan semilir pun sepoi-sepoi bahasa...
Cukup tenang untuk menenangkan fikiran di raudhatul hadra'..
Kelihatan seseorang sedang termenung dibangku taman sendirian..
Lalu datang seorang sahabat memecahkan lamunannya..

Doraemon : assalamualaikum warahmatullah...

Shin Chan :eh ? waalaikumussalam warahmatullah..bile sampai tak perasan pon?

Doraemon:Baru je..macamne nak perasan kalau termenung jauh sampai dah tembus ke Jordan..

Shin Chan: haha..takdelah tak sampai Jordan pun..Baru Kaherah je..

Doraemon: haha..Sudah2 merepek berpanjangan pulak nanti..Asal ni kawan?macam sedih je muka..??

Shin Chan:(dengan tersenyum panjang dan lebar) mane ade! bukan sedih..cume mengantuk je..

Doraemon: alalala..tak payahlaa..kite kawan dah berapa tahun?dekat sedekad tahu tak..,mata ngantok mata sedih boleh bezalah..dah-dah tak payah sorok..meyh citer sini..


Shin Chan:eerr..aku seganlah nak cakap..nak mula dari mana ye..??

Doraemon: mula dengan nama Allah..Bismillahirrahmanirrahim..ok!jom citer..tarik nafas panjang-panjang..

Shin Chan: kawan aku sorang ni..hmm..kau tahu apa tu CINTA ?

Doraemon:hehe..Cinta rupanya..apa itu CINTA ? kalau kita tanya budak2 tadika pun diorang tahu apa itu CINTA..cuma yang membezakan kita..Bagaimana seseorang itu memandu cintanya ke arah yang betul..ecehh..rase dah mcm jadi pakar motivasi cinta la pulak aku ni..hehe..

Shin Chan: ye..betul apa kau cakap tu..tapi macammana pulak kalau kita jatuh cinta pada seseorang..bagus dia dalam agama..baik orangnya..pendek kate kire dah PAKEJ la dia..tapi sayangnya..sebelum kita memulakan langkah untuk memilihnya secara halal(nikah) orang lain dah mulakan dulu..??

Doraemon:dalam bahasa mudah nya kira melepas lah ni..??

Shin Chan:hmm..aku simpan perasaan..boleh dikira lama lah jugak..tapi Allah dah takdirkan macam ni kan..apa boleh buat..aku cuba hilangkan perasaan sedih ni..tapi..jiwa aku belum cukup kuat terima kenyataan ni..Aku cuba cari mana silap aku..dan aku pun tak taw apa sebenarnya aku perlu buat..

Doraemon :kau kecewa sebab cinta yang diharapkan tak dapat ? macamtu ? ..

Shin Chan: ye..

Doraemon: Sebelum apa-apa aku tanya kau pulak..cuba tanya hati kau..atas dasar apa kau kata kau CINTA..???

Shin Chan: Atas dasar Iman lah..kerana Allah hati aku mencintai dia..

Doraemon:Kalau kerana Allah kenapa perlu sedih?itu kah makna cinta kerana Allah?

Shin Chan:Sedih sebab yang diharap tak dapat..

Doraemon:yang kau tak tak dapat siapa?

Shin Chan: dia..orang yang aku cinta..

Doraemon:ya betul..! itulah pointnya..!kau sedih sebab tak dapat dia..baru kau kata tadi cinta kau kerana Allah..adakah kau kehilangan ALLAH  atau kau tak dapat CINTA ALLAH ?

Shin Chan: mestilah tak..Allah itu sentiasa sayang hambaNya..Sentiasa bersama hambaNya selama hambanya juga mahu bersamaNya..yang aku sedih sebab orang yang aku cinta tu..bukan sebab tak dapat cinta Allah..kenapa jawapan aku tadi tu salah ke..?

Doraemon: sebagai sahabat..itulah yang aku ingin bagitahu..mungkin kau tak sedar perkara ni..tapi..aku berkata bukan maksud aku sempurna..aku bagitahu kau dan igtkan diri aku jugak..dulu aku pernah membaca sebuah buku..yang membuat hati aku memikirkannya kembali..

Shin Chan: apa dia? bagi lah tau..

Doraemon:kau kena ingat..,Bilamana kau kata kau CINTA KERANA ALLAH..itu maksudnya..ALLAH itu lah MATLAMAT CINTA kau..dan ORANG YANG KAU CINTAI itu HANYA sebagai WASILAH untuk kau capai MATLAMAT kau tu..apa matlamatnya.??itulah dia..Cinta dan redha Allah..Cinta kerana mengharap redha Allah itu yang sebenarnya..kau mahu bersamanya-samanya untuk dapatkan CINTA ALLAH..tambah lagi sekiranya orang yang kau cintai itu bagus dalam agamanya..atau kau mahu pimpinnya dengan ilmu agama yang kau ada..tujuannya apa..??sama-sama nak redha Allah..

Shin Chan: wasilah tu apa?

Doraemon:wasilah itu  perantaraan,atau jalan,atau cara atau pun kata mudahnya penyambung kepada sesuatu..

Shin Chan tunduk diam..Doraemon menyambung..

Doraemon: Sekiranya kau KECEWA..itu bermakna niat kau dah bertukar..
dengan menjadikan ORANG YANG KAU CINTA itu sebagai MATLAMAT CINTA
 dan ALLAH itu WASILAHnya..
selami hati kau..tanya iman kau..apakah status CINTA kau ini..??
itulah rasa orang beriman..kerana orang yang menjaga imannya
sentiasa memikirkan pandangan Allah terhadap setiap satu perbuatan yang dia lakukan..
dan aku tahu..sedih itu fitrah manusia..bila kita ditimpa susah..,
hati mana yang tak sedih dan risau..
tapi hanya yang beriman dia tahu ke arah mana sedihnya patut dilahirkan dan dizahirkan..
itulah rasa orang berIMAN..orang biasa bila dia susah dia sedih..
tapi orang BERIMAN..orang MUKMIN..bila dia susah memang dia pun sedih..
tapi dalam masa yang sama ada REDHA..dan tenang dalam hatinya...
dia tahu siapa yang menjadi MUSABBABIL ASBAB atas setiap perkara yang berlaku itu...
IMAN itu mampu melahirkan sesuatu yang luar BIASA yang tak semua orang biasa boleh rasa..!

Shin Chan memandang Doraemon dengan mata yang sudah berkaca-kaca..

Shin Chan:kenapa selama ni aku tak tahu..? habis cinta aku yang selama ni aku fikir CINTA kerana ALLAH itu dah salah lah ye..??..

Doraemon: salah atau tidak aku tak boleh hakimi..
kerana hanya Allah dan kau sendiri yang tahu hati kau macam mana..
Allah sedang uji kau dengan CINTA..
Sebenarnya Tuhan sedang mengajar erti CINTA KERANA ALLAH yang sebenar benarnya..
Andai kau tak teruji..mungkin kau tak sedar lagi sampai hari ini..
dengan ujian Allah menguji kualiti CINTA kau..
Allah nak kau tahu tahap mana kau kata kau CINTA kerana ALLAH..??
Andai benar kerana Allah..jangan kau sedih sekiranya kau TAK DAPAT ORG YG KAU SYG..
sebab kau kena ingat..MATLAMAT CINTA kau ALLAH bukan dia..
kau cuma HILANG dia..Bukan hilang ALLAH !

Shin Chan :Selama ini aku salah..masyaAllah..kenapa boleh aku tak sedar perkara ini..??aku pandang CINTA kerana ALLAH itu enteng..sekadar macam2 tu jr..hakikatnya punya erti lagi DALAM..

Doraemon:kerana kau tak sedar Allah mengingatkan kau kembali..berhati-hati dalam menjaga hati..!syaitan sering buat kita memandang INDAH suatu perkara yang kita sangka baik tapi hakikatnya Allah murka..Jangan salah ertikan CINTA KERANA ALLAH itu..

Shin Chan: Allah ingatkan aku melalui kau..kau pun wasilah aku jugaklah kirenye ye..?hehe..hmm..betul apa kau cakap..Syaitan tu hidup lebih lama dari kite..Dia dh pro dah..dh expert dah jalan2 nak menyesatkan org sampai ke cara yang paling halus !ish3...


Doraemon: daann.. kalau kau percaya dan yakin.!,
Allah itu ada yang lebih baik Dia nak bagi !
Jika kita kehilangan sesuatu..sekiranya kita bersabar..
ada 2 perkara yang kita akan dapat dengan izinNya..
antara DUA itu je..
Allah akan pulangkan kembali apa yang kita hilang..
atau Allah beri yang lagi baik..
bukan hanya percaya tapi yakinlah 100% pada Allah tanpa ragu !
setengah orang dia percaya Allah..
tapi belum tentu keyakinannya penuh pada Allah..

Shin Chan: macamane tu..??Beza ke YAKIN dengan PERCAYA..??

Doraemon: iyee..memang berbeza..!nak aku bagi contoh?

Shin Chan:mestilah nak!!

Doraemon: andai katalah aku ni seorang pemanah..
Pemanah yang hebat..
Pemanah yang memanah dengan tepat..!siap masuk TV3 lagi..
macam2 pertandingan aku dah juarai..
segala sijil memanah aku ada..aku tunjuk kat kau..
kau akan percaya bukan aku seorang pemanah handal..?

Shin Chan: mestilah percaya..!kalau siap dah masuk TV3 ..dah tunjuk sijil..mestilah percaya..

Doraemon:Okey..tu betul kau percaya..
tapii..tiba-tiba aku nak uji lagi kehebatan diri aku..
aku nak letak epal kecil atas kepala kau..
nak tengok dapat tak aku memanah dengan lagi tepat..
hmm..apa perasaan kau..??
mesti kau akan ragu-ragu kan nak merelakan kepala kau
dijadikan bahan meletak sasaran..??betul tak..??

Shin Chan:mestilah!ntah-ntah tak sampai kepala kau dah panah dahi aku dulu..hehe..

Doraemon: tengok! itulah BEZA YAKIN dengan PERCAYA!
walau aku dah tunjuk kat kau bukti2 aku pemanah hebat!
tapi kau tak yakin juga dengan aku kalau aku nak panah epal kat atas kepala kau.
.kalau yakin mesti kau tak kisah kalau aku nak buat macam tu..
tapi itu hanya CONTOH ..
manusia TAK SEMPURNA..tapi ALLAH itu MAHA SEMPURNA...
jadi YAKINLAH dan PERCAYA denganNya !

Shin Chan: ha'ah ye..??baru aku tahu...tak perasan selama ni..Sedih aku dengan diri aku sendiri..Fikir diri dah cukup baik..rupanya banyak lagi teruknya..

Doraemon :Bersyukur ! itu HIDAYAH namanya..
Sekurang-kurangnya kau masih berfikir tentang perbuatan kau..
Kau masih mahu lagi timbang tara amalan kau..
ada RISAU terhadap setiap perbuatan yang kau buat..
Ada langkah mujahadah untuk berhati-hati dalam buat ssuatu perkara..
TAQWA namanya..
TAQWA itu bagaikan kau menyusuri jalan yang penuh berduri
dan kau berjalan berhati-hati agar tidak terkena duri itu.
.itulah perumpamaan TAQWA..
Setengah orang..dia tak fikir pun apa yang dia buat..
asalkan kena pada kemahuannya  dan nafsunya dia buat..
dia tak fikir adakah apa yang dibuatnya itu Allah redha atau Allah murka..??
Malah ada yang lebih sedih..TAK TERFIKIR langsung rupanya kena fikir
Allah redha ke tidak dengan apa yang diri tu buat..na'uzubillahi min zalik..

Shin Chan :jauhkan aku dari KEJAHILAN ya ALLAH..kenapa dari dulu tak bagi tahu aku pun tentang semua ni..??hmm..apa je yang kau tentang CINTA ni..??

Doraemon: dah kau tak tanya ..macammana nak bagitahu..hehe..tentang CINTA ? aku taklah pandai mana bab-bab macamni..cukup bagi aku..Andai kau kenali CINTA ALLAH kau akan FAHAM dan KENAL Cinta yang lain..CINTAkan ALLAH menjadikan kau MENCINTAI yang lain hanya kerana ALLAH..
nak contoh ??

Shin Chan: hmmm..apa dia ?

Doraemon : tengok ye..kerana kita cintakan Allah kita mencintai Rasulullah !sebab apa.?
sebab Rasulullah utusan dariNya..
Macam2 Rasulullah dah berkorban dan berjuang untuk agama kita ini! Aslam Taslim!
Rasulullah sendiri berjuang untuk siapa..?Tak lain tak bukan untuk ALLAH jua !
Tak kah ia berbalik kembali kepada CINTA ALLAH jua ?

Yang kedua..tengok mak ayah kita..
kalau tak kerana CINTA kepada ALLAH..
rasa-rasanya dah lama dah ramai dari kita tak beradab dan tak hormat
serta tak berusaha untuk menjaga hati mak ayah kita..
pendek kata..dh lama dah kita boleh jadi anak kurang ajar..
tapi kenapa kita tak jadi macamtu ?
sebab  CINTA kerana ALLAH buat kita menghormati mak ayah kita..
walau kadang2 kita ada selisih faham dengan mak ayah..
tapi kerana fikirkan REDHA ALLAH..takut kalau ALLAH marah kita..
sebab kita tahu..REDHA ALLAH ada pada redha IBUBAPA..
jadi kita berusaha menahan perasaan marah yang tak sepatutnya pada mereka ..
menahan diri kita dari melawan dan membantah kata-katanya..
selagi kata-kata mereka tidak keluar dari landasan syariat..
maka secara tak langsung kita MENGHORMATI dan MENYAYANGI mak ayah kita
 sekaligus menunjukkan CINTA kita kerana ALLAH..
kerana kita mengharapkan REDHA dan SAYANG Allah kita jua sayang ibu ayah kita...

last but not least..
cukup tengok persahabatan kita dengan kawan-kawan kita..
orang selalu sebut UKHUWAH FILLAH..tapi apa tu ukhuwah FILLAH ?
Ukhuwah yang kerana ALLAH..
buat baik sama-sama..
bila kawan buat jahat..
tarik dia balik dari kejahatan tu..ingatkan dia..nasihatkan dia..dengan cara yang baik dan berhikmah..
Bukan BERDIAM DIRI dengan apa yang dia buat dengan alasan nak JAGA HATI..
itu bukan jaga hati namanya..itu BINASAKAN kawan hakikatnya..

bahagian mana yang dikatakan CINTA kita pada seseorang sahabat itu KERANA ALLAH ?
Misalnya..Andai kita berselisih pendapat..
andai tiba-tiba kawan marah ke..kawan merajuk ke..
Bukan salah kita ,tapi kita yang kena..
Kita buat baik dekat kawan..Kawan balas buat jahat pulak dengan kita..
Kawan selalu merajuk..Nak kita jaga hati dia sentiasa tapi tak pulak dia jaga hati kita?
Bila dia buat salah kita maafkan...tapi bila kita terbuat salah bukan main besar marah dia pada kita..
itu semua ujian2 persahabatan..sakitkan rasanya bila terkena macamtu..?

tapi HATI kita.."aku mencintai dia sahabatku KERANA ALLAH"..
maka kita rela untuk MENGALAH..
kita rela memulakan dulu kata MAAF kepada dia..
walau adakala itu bukan salah kita..
biar hati disakiti asalkan Allah meredhai..dengan harapan SABAR kita mendapat perhatian ALLAH..
sebab apa kerana ALLAH ?

sebab buat baik kepada manusia dan menjaga hubungan dengan orang lain adalah tanggungjawab kita kepada Allah..
orang buat jahat pada kita..itu tanggungjawab dia dengan Allah..Biar Allah uruskan..
tapi tanggungjawab kita kepada Allah berhubung baik dengan sesama manusia..

Kalau tak kerana CINTA KERANA ALLAH..
kita dah lama jadi ORANG YG PENTINGKAN DIRI SENDIRI..
dh lama dah EGO kita menggunung tinggi ..
"kau-kau lah..aku-aku lah"...
"salah kau.,kau lah mintak maaf tak de masa aku nak mintak maaf kat kau"..
rasa-rasanya kalau macamtu lah jadinya.. 
manusia dh hilang kasih sayang..
hilang rasa HORMAT..kerana hilang CINTA KERANA ALLAH..
CINTA kerana ALLAH
menjadikan diri RELA BERKORBAN keranaNya..
 JIWA YANG KUAT dapat melakukannya..
membuktikan kita sanggup BERSABAR bukan kerana kawan kita..
tapi SABAR kita kerana KITA SAYANG PADA ALLAH..
dan mendoakan sahabat kita agar sama-sama bersahabat cinta kerana Allah..
Iman kepadaNya melahirkan sesuatu yang luar biasa ! =)

Shin Chan : fuh!panjang penerangan kau..terpana aku seketika..!eceh ayat bombastik pulak..betul2..itu semua perkara lazim dalam kehidupan..kenapa aku tak perasan ye..??..Alhamdulillah Allah buka hati aku mengetahuinya..Jadikan cintaku TULUS kepadaMu..tunjukkan aku jalan cintaMu..ameen......

Doraemon : ameen...mudah-mudahan persahabatan kita juga kerana Allah..hari ni aku ingatkan kau..tapi andai satu hari aku pulak tersasar dari hakikat hidup sebenar..kau pulak tarik aku dari jalan kalutnya ye..?..eh..,maghrib dah nak masuk dah..Surau Jom..??Jemaah sama-sama..

Shin Chan : insyaAllah..No matter no hal.. hehe.. Jom2..Jumpa matlamat cinta kita !

Doraemon : Macam tu lah kawan aku ! Semangat sikit ! eh..bukan sikit..semangat banyak !

Shin Chan : baru dapat suntikan semangat IMAN ! tak boleh semangat je lebih tapi kene buktikan dengan AMALAN YANG IKHLAS ! itu baru namanya IMAN ..Terima kasih ya Allah tarbiyah aQ dengan UJIAN KEHIDUPAN ..tarbiyah dari Allah sebaik-baik tarbiyah .. =)

Doraemon : Sohih ..Sohih..Sohih.. ..Jom..

Doraemon dan Shin Chan berjalan bersama terus menuju ke Surau..
"Terima Kasih ya Allah kurniakan dia padaku"..kata Shin Chan dalam hatinya sambil memandang Doraemon yang sedang tersenyum...

-TAMAT-

Berakhir sudah kisah kasih dari ana..

Bukanlah kisah ini hanya untuk lelaki..
bukan juga hanya dituju pada perempuan..
tapi dituju pada KITA semua..
Bukan kerana ana jatuh cinta..
tapi kerana kita yang mungkin tersalah cinta..
ayuh fikir kembali..

"agak2 cinta aku macam mana..?"
"aku nak mencintai manusia ,sudah sempurna belum aku didik diri mencintai Tuhan sendiri?"

Mengapa perlu kecewa jika hilang Cinta yang sementara..??
Sedangkan Cinta hakiki terbentang depan mata..
Kenapa mengejar yang tak pasti..??
Sedangkan Cinta Allah itu hakiki..
Mengapa mengharap pada yang tak sudi..??
sedangkan cinta Allah sentiasa menanti..

"dapatmu Tuhan aku dapat segala-galanya..
hilangMu Tuhan aku hilang segala-galanya"..
(ana pegang kata-kata itu..)

Hilangkan kecewamu..
Suburkan kembali IMAN yang GERSANG..
Gembirakan hatimu yang lara...
Dengan Siraman IMAN yang BERCAHAYA..
jangan parahkan hatimu ..jangan lukakan hatimu..
pada perkara yang sia-sia..

Hati yang SEBENAR BENAR BAHAGIA itu ..
hanya MILIK bagi mereka yang MEMILIKI IMAN dan CINTA hanya pada ALLAH yang TINGGI..
~yakin dan percayalah pada Allah dengan setinggi-tinggi percaya dan yakin~
~insyaAllah~
~Allah itu menurut sangkaan hambaNya~
Adakala..Syaitan itu..menjadikan kita terasa INDAH sesuatu perbuatan buruk yang kita lakukan..
yang membuat kita memandang BAIK silap yang kita lakukan..
tetapi hakikatnya mengundang MURKA Allah..
Hayati hakikat sebenar..

APA ERTINYA CINTA KERANA ALLAH..

~kita tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri..
dan kita tak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai Allah~

Allahu a'alam..Asif ala kulli kalam..
TaQabbalallahu minna wa minkum..(^^,)..
~Salam Sayang~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...