31 July 2011

Seorang Pendosa yang memasuki Ramadhan



::Ramadhan .tanda Allah masih cinta pada kita::
Kamu, saya dan mereka.
 Kita semua adalah pendosa.
 Ya. Sungguh, banyak kesilapan telah kita lakukan,
 hasil kelalaian kita selama ini. 
Sudah diingatkan berkali-kali tetapi tetap alpa dan leka. 
Akhirnya terpalitlah pada diri ini dosa-dosa, 
yang kalau kita lakarkan lukisan bentuk hati di atas
 kertas dan menitik satu titik hitam bagi setiap dosa, 
nescaya mungkin gelaplah lakaran bentuk hati
 itu lantaran banyaknya dosa-dosa kita.
Namun, pendosa seperti kita ini, Allah SWT berikan
 lagi Ramadhan kepadanya.
Apakah perasaan?
Jujurnya, saya rasa terharu apabila seorang pendosa seperti saya, 
diberikan oleh Allah SWT peluang untuk memasuki 
Ramadhan yang teramat-amat mulia ini.
Ya. Terharu. Seakan-akan Allah SWT bersuara:
“Nah, ini peluang untuk kamu membersihkan diri.”
Seakan-akan, ini adalah bukti tanda Allah masih 
‘mahu’ pendosa ini memasuki syurgaNya.

Ramadhan yang mahal buat pendosa.
Hanya orang yang mati sahaja akan 
mengetahui nikmat hidup. 
Dan hanya orang yang mati sebelum Ramadhan sahaja 
yang akan mengetahui betapa mahalnya sebuah Ramadhan untuk dirinya.
Ramadhan adalah medan di mana Allah lambakkan segala ganjaran.
 Tetapi lebih dari ganjaran-ganjaran tersebut adalah, 
Ramadhan ini Allah lambakkan juga dengan peluang-peluang
 keampunan yang terbuka luas.
Daripada Abu Hurairah telah berkata bahawa Rasullah S.A.W 
telah bersabda yang bermaksud : 
“Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang
 yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya,
 dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya 
merupakan penebus apa antara keduanya, 
dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) 
merupakan kaffarah apa antara keduanya…”
Hadith Riwayat Ahmad, Al-Hakim dan Baihaqi.
Abu Hurairah telah berkata bahawa Aku telah 
mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang 
Ramadhan yang bermaksud :
 “Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) 
penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan
 baginya apa dosanya yang telah lalu.” 
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai’e,Malik,Ahmad dan Baihaqi.
Mengapa peluang keampunan itu mahal?
Kerana keampunan itu memadamkan dosa-dosa.
Apakah yang lebih bermakna untuk seorang pendosa, 
selain dipadamkan dosa-dosanya?
 
Allah masih memandang kita. Apakah yang lebih besar?

Dan perasaan bahawa Allah SWT masih memandang kita,
 masih memberikan peluang kepada kita, nyatanya di situ ada 
tanda yang jelas bahawa ALLAH MASIH SAYANG KITA,
 justeru hati pendosa mana yang tidak kembang dengan perkara ini?
Seakan-akan orang yang lapar tidak makan berhari-hari, 
yang kemudiannya diberikan makanan. 
Begitulah pendosa-pendosa yang gelisah dengan dosa-dosanya
 dan kemudian diberikan ruang keampunan. 
Pasti ‘Sang Pemberi’ punya rasa belas.

Tidakkah kita rasa bertuah, di’belas kasihan’kan Allah SWT?
Allah SWT! Siapakah Allah? Tuhan Sekalian Alam.
 Yang Di tanganNya langit dan bumi. 
Yang Menguasai Segala-gala. Yang Maha Perkasa.
 Allah itulah yang sedang memandang kita para pendosa
 dan memberikan belas kasihanNya kepada kita 
dengan memberikan peluang Ramadhan kali ini buat kita.
Kita! Siapakah kita? Kita yang penuh dengan lumpur-lumpur dosa. 
Kita yang bila diberikan peringatan lupa. 
Kita yang bila ditegur tak ambil peduli.
 Kita yang terus-terusan mengulang dosa yang sama.
 Kita yang lambat bergerak menghargai peluang keampunanNya selama ini.
Apakah yang lebih besar dari perasaan
 “Allah Masih Memandang Aku. 
Allah Masih Sayang Aku.” Ini?
Nyata orang-orang yang melihat akan tersedar, 
lantas mengambil peluang Ramadhan ini.
Allah masih sayangkan kita.
Kita. Pendosa.
 
Penutup: Motivasi buat pendosa yang masih hidup.

 Ramadhan ini, berubahlah.
Tanda bersyukur bukanlah hanya dengan menyebut alhamdulillah.
Orang yang bersyukur dengan pemberian kedua-dua ibu bapanya, 
dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik.
 Ibu bapa beri duit untuk dia belajar, dia belajar bersungguh-sungguh.
Maka orang yang bersyukur dengan pemberian Allah SWT,
 dia akan bersungguh-sungguh untuk hidup dengan baik juga. 
Allah SWT memberikan kita Ramadhan untuk menjadi lebih baik,
 maka kita mengambil segala peluang yang wujud
 di dalam Ramadhan dengan bersungguh-sungguh.
Kalau Allah benci dengan kita, 
Dia boleh sahaja mematikan kita sebelum Ramadhan.
Tidak memasukkan kita dalam kalangan yang mendapat peluang ini.
Tetapi sekarang, 
Ramadhan telah tiba dan kita berada di dalamnya.
Maka marilah kita, 
para pendosa yang masih hidup ini, 
bersyukur, 
dengan mengambil peluang Ramadhan ini, 
menjadikan Ramadhan kali ini medan perubahan kita.


InsyaAllah..~
Sumber: Langitilahi.com
By: Hilal Asyraf
(penulis favourite ana ni.!hehe..)
taQabalallahu minna wa minkum :)

29 July 2011

Munazarah Lughah Arabiah Fi USIM 2011

 Bismillahirrahmanirrahim . . .
Kaifa halukum antum jami'an ?
Hal Bi khoir ??
InsyaAllah Biiznillah Alhamdulillah ~ =)

Ana teringin untuk berkongsi pengalaman disini..
Pengalaman selama lima hari di USIM ..
MasyaAllah banyak perkara ana belajar..
Banyak perkara ana nampak..
dan banyak kenangan yang ana dapat.. =)
Alhamdulillah ..~

Fest time dgr USIM ..
wahhhh.. itu dulu Universiti impian ana tuu..~
Universiti Sains Islam Malaysia.. :)
Dewan Canselor USIM :)
Azam : abeslaa USIM dah senget~
haha..
tapi sekarang ??
ana tak kisah dah universiti mana2 pun..
Yang penting ana dapat belajar apa yang ana mahu..!
dan Yang penting Usaha dulu !
SMA dgn SPM pun tak pass lagi ni.. hehehe~ ;)

::Munazarah Lughah Arabiah ::

Pertandingan Debat Bahasa Arab.. :)
Masing2.. "Waaaaa~"
Tapi ana jawab dkt kwn2 ana...
"eh,bukan ana yang masuk..,
ana ikut je..
Pendebat2 nye orang lain.."..
Kawan ana "La..??Abes tu knp ikut ? "..
Ana jawab "adelaaa~"... Sirrr2...
Sirru Asrar... hehe..

Sebelum bertolak...~
barang-barang yang banyak..
5 hari yg bagaikan sebulan..~
Best ke debat bahasa arab ?
Bagi ana .., Best !
Dpt tambah byk mufrad2 baru kan..
Nak harapkan diri sendiri bace buku2 cerita bahasa arab..
untuk tambah mufrad..
Nampaknya ye bertahun2 la tinggal harapann..~hehe..
Sama je caranya dengan debat BM..
Tapi ade lain sikiiitt je..
Debat Bahasa Arab ni mementingkan kesopanan..
Ada markah untuk adab..
Itu yang Ustaz kami bgthu la..~
maksud ana 'kesopanan' disini..
kalau BM kita boleh cakap..
ayat pedas2..ayat sindir2..
tp arab ni lain sikit..
Boleh tu boleh tapi dalam pedas tu kena ade manis jugak ..
ana pun tak thu mcmne nak terangkan dgn lebih jelas..Asiff2.. (~~,)..

Haa~
Ini bilik perbincangan kami..
Dalam berdebat ini..
Ustaz selalu pesan..
"Kamu jangan fikir kamu debat untuk menang..
Tapi kamu debat untuk pertahankan apa yang kamu pegang"..
yg penting niat Lillahi Taala..

Hmm..Betul..Betul..Betul...!
apa ustaz ckp !
Teringat kata2 Imam Hambali ..
Masa ada golongan Muktazilah ajak dia berdebat..
Tapi imam Hambali tu bukan lah 'pertandingan'..
Ini yang betul2..
Waktu tu mereka ajak imam hambali debat tentang 
"Al Quran itu bukan makhluk.."
mereka minta Imam Hambali buktikan..
Sebelum apa2 Imam Hambali berkata dulu..

"Aku berdebat bukan untuk apa-apa..
Melainkan hanya untuk menegakkan kebenaran"..

Sebab sebelum ni golongan Muktazilah byk kali  ajak Imam Hambali berdebat..
tp Imam hambali menolak..
Bg nya lebih baik diam..
tp yg kali tu Imam Hambali terima..
dan akhirnya untuk debat perdana hari itu..
Imam Hambali menang dengan hujah2 nya ~ =)
Alhamdulillah..
Allah akan sentiasa bersama mereka yang benar ..~

mereka Sedang mencari maklumat..~
untuk besoknya.. =)
ana sambung kisah ana pula..
Kalau antum nak tahu..
Ustaz Sofwan jugak pesan..

"Debat Bhsa Arab ni yg penting juri nak tgk 
keyakinan kamu bercakap..
Boleh atau tak kamu bckp dlm bhsa Arab dgn yakin..
kat situ ada markah..
Nak cakap arab ?
Yg pertama jgn terlalu fikirkan Nahu ..,
Dulu kamu baby pun kamu blaja bercakap..
bukannya betul pun ..
Ada pelat2 sikit..
kan ??
jadi sama mcm bhasa arab..
yang penting yakin!
klo slh pun buat gaya kamu yakin mcm betul je ..
kalau kamu sebut..
'ana yazhabu ila madrasah' dgn lancar muke confident..
orang tgk pun cam betul je budak ni ckp..
padahal nahu dh salah tu..
dengan orang yg ckp..
'ana azhabu ila madrasah'..
nahu betul tapi teragak-agak..tergagap2..
org lain tgk pon cam betul ke tak dia ckp ni ?
betul ta? ..~".. 

hehehe...
tergelak msing2 dalam kelas waktu tu..
kami semakin faham..
Apa yang ustaz cuba tekankan..~
Betul2 apa ustaz ckp !

isti'dad Qobla Munazarah..~
sampai2 je dah bukak laptop cari bahan..~

Ustaz jugak ingatkan...
"memang tak perlu fikirkan nahu sgt bila nak bercakap..
tp tak bermakna nahu tu kita boleh selalu salah..
yang salah kita kena betulkan..
agar yang salah xdiulangi.."
kata-kata ustaz diingati..
hingga hari ini.. =)


ana tringin pulak nak kenalkan pendebat2
 yang mewakili sekolah ana.. =)
antum nak tahu.. ??


AfiQ Ishar ...
ini sebaya ana..form 4 ..
jawatannya samada..
Ra'isul Wizara' (perdana menteri)
ataupun 
Za'imul Mu'aradhah..(Ketua Pembangkang) =)
lg senang panggil pendebat pertama..


dan seterusnya..
ini senior ni ..
form 6 STAM..
Abdullah Azzam ..
Jawatannya pula samada..
Na'ib Ra'isul Wizara' atau pun..
Na'ib Za'imul Muaradhah.. =)
bahasa mudahnya pendebat ke-2

kemudian ...
Wan Nur Aliya Afifah..
ini kakak Form 5...
jawatannya sebagai pendebat ke-3..
Wazirud Difa'.. =)
suke tgk kakak ni speaking arab !
(^^_)..




form 6 STAM...
namanya Azreen..
tp ana panggil kak azreen lah.. :)
kak azreen sebagai Ihtiati (simpanan)..
sgl mcm hal kak azreen uruskan..
 kak azreen byk tolong.. :)


Waktu cuti sekolah 2minggu memang byk korban..
bukan korban lembu..
tapi korban wang dan waktu..hehe..
pi sekolah utk latihan debat kan..
bila ana duduk bsame-same mereka ni..
masyaAllah..
dlm hati ni..
"kesiannye laa bhse arab aku ni.."..
bahase arab mereka hebat2 boleh tahan..
ana ? hmm .. ana rse rendah benar diri ini..
hehehe..byk lagi kena belajar ni...
lagi2 bila tgk kakak dgn abang STAM bckp...
waaaa...~


Ana teringat masa awal2 ustaz minta kami 
bckp bahasa arab untuk perkenalkan diri masing2..
sampai turn ana kan..
niat di hati nak menyebut 
perkataan 'tambahan lagi'..
lalu dgn yakinnya ana pergi sebut..
"mudhaf ilaih"..adehh..~
patut rasa mcm pelik semacam..
ustaz dgn ustazah tegur..
"mudhaf ilaih ?Idhafah ila zalik laa...~"..
adohyai..hehe..segan2..
mudhaf ilaih tu dh masuk nahu sorof daa~




Malam pertama kami di Nilai,N9..,
 Ustaz dan Ustazah 
berserta Kak Faezah sekali..
belanja kami makan ..


Sedang dalam perjalanan tu..
Ada seorang lelaki pandang ustaz..
Ana tgk muke mcm orang Arab...
kami pun mdekati dia..
Mule2 tak dgr jelas ap yg dia ckp dgn ustaz..
Bunyi mcm lahjah arab..
Sekali dh dekat..
Kecek Klate naaaa~
huhuhu~
rupanya mmg org arab pun..
tp lame duduk malaysia..
Rupanya itu ustaz untuk Sek Imtiaz...
inilah ustaznya bersama Isteri dan anaknya..
Ustaz sekolah Imtiaz..
waktu ini mmg tgh rehat pun..
ana suke tgk anak dia ! uhuuu~
comeelll montell~
_ayam goreng_..ngeh3..




nampaknya hari yang ditunggu dah tiba..
kami dari asrama USIM naik bas hendak ke USIM...
debaran terase...~


tengah siap2 sikit...


ini kak Mirhan...
ana bersembang dgn akak ni bestt !
ini runner utk sekolah ana..
kirenye akak ni jaga kami lah kat sini..
hehe..~


berkumpul di dewan kuliah utama..
Pertandingan debatnye diadakan di 
Fakulti Quran Sunnah..
Pertandingan melibatkan 50 buah sekolah..
SAM,SMA,SMK,SMKA,Maahad pun ada...
Satu Malaysia la pulak rasanya....
Dari Sabah dgn Sarawak pun ada !
Sedang menunggu untuk mengundi tajuk debat untuk hari pertama..:)


seingat ana rasanya waktu ni dah dapat tajuk dah..
Berbincang untuk persediaan =)








Ya..
Inilah dia parlimennya...
Ada Kerajaan ada Pembangkang.. =)
sepanjang pertandingan...
Sekolah ana undi..
Sekali je dapat jadi Hukumah(kerajaan)..
yang lain semuanya jadi Mu'aradhah(pembangkang)..
rezeki2..hehe..~ :)


antara sekolah yang ana saksikan 
sidang parlimen mereka..


SMKA AL-IRSYAD
 vs 

SAMT TUNKU AMPUAN JEMAAH
(SAMTTAJ)



mereka tgh buat persediaan ni..


Dua-Dua sekolah ni hebat..
dan perdebatan hari itu..
dibawah tajuk..
الاستشارية افضل حل لقضية مشاغب شوارع
(KAUNSELING LEBIH BAIK UNTUK MENGATASI MASALAH MAT REMPIT)
dan persidangan hari itu dimenangi oleh SMKA AL-IRSYAD..
sebgai PEMBANGKANG... :)


rehat...
inilah tempat kami rehat dan makan..


dan yang ini..
sekolah ana bertanding dgn SMKA Slim River.
Alhamdulillah kemenangan menyebelahi sekolah kami..=)

barisan para juri..=)

waktu ini..
masing-masing tengah berlatih bercakap..
deme buat 'text instant'..
kalau ana..,ana rasa xmampu kut..
kali ini..
SAMT Hisamuddin vs SMKA Naim Lil Banat..
dan alhamdulillah kemenangan menyebelahi sekolah kami..

Selama 6 jaulah..
sekolah kami menang 5 jaulah..
dan kalah pada 1 jaulah..
sewaktu bertanding dengan SMAP Labu..
apa-apa pun alhamdulillah..~

kalau sebelum ni..
masa 6 jaulah (pusingan)
yang kalah akan berlawan dgn kalah..
menang lawan menang..
Hari Esoknya merupakan pertandingan kalah-mati..
malam tu kena pulun habis nampaknya..

tgh2 pagi ni..
kami tak tidur lagi..
hehe...~
Adilah tolong kak azreen cari maklumat ..

ustaz sofwan juga tak lupa untuk membantu 
dan menyokong kami..

itu ustazah kami ! 
Ustazah Siti Nor.. =)

memperbaiki teks dan isi..~

dengan kerjasama semua..
kami pulun semampu mungkin..
Untuk esok hari ,
InsyaAllah diusahakan sebaiknya.

takdir Allah menentukan..
sekolah ana
 bertanding dengan
Madrasah Al Attas Al Islamiah nampaknya..

sebelum pertandingan..

sekolah Al Irsyad pun tgh sibuk berlatih 
sebelum berapa minit lagi pertandingan bermula..


tiga orang ini lain pula kerjanya..
kami ad misi..(eceh ayat..hehe..)

SAMT Sultan Hisamuddin

Madrasah Al Attas Al Islamiah

suasana pertandingan..~

tenaga pendidik yang mendidik kami..~
memberi sokongan ! :D

inilah candid2 pendebat sekolah ana..




Saat 'mudakhalah'..
(izin kata laluan)..
waa~
ana sukakan saat ini
 dan gambar ini ! :)

minta pendapat dan komen juri-juri
lepas pertandingan..
dan keputusannya..


Alhamdulillahi kathiran..~
Nampaknya sekolah kami akan 
bertemu dengan SAM Bestari..
di suku akhir..

ustaz sentiasa bagi sokongan dan semangat..

SAMT Sultan Hisamuddin 
vs 
SAM Bestari

dan keputusannya..
kemenangan menyebelahi SAM Bestari..
apa-apa pun Alhamdulillah..~

kak azreen: xpelah..dh takde rezeki kita..
apa2pun bersyukur..
azam:eh,mana ada xde rezeki.ada rezeki.
inilah rezekinya sampai sini.

ana yang ada disitu..
pandang dua-dua..
ehee..~ana senyum..
betul3 .
paling utama bersyukur.
sekurang-kurangnya kita dh berusaha ..
kan kan kan..:)

malam itu ustaz dan keluarganya 
ajak kami makan ..
kami berkelah di dataran Nilai..
hehehe..~

lepas makan..
ada waktu yang terluang..
di kesempatan yang ada ini..
dapatlah kami berjalan-jalan ambil 
angin Negeri Sembilan..

dpt gak jalan-jalan ambil angin dekat 
negeri sembilan akhirnye..hehe.. :-)




::Pertandingan Peringkat Akhir::
setelah bermacam sekolah yang bertanding..
akhirnya 2buah sekolah berjaya ke peringkat akhir..
SMKA Al Irsyad
vs
SMAP Labu..
dan Piala Juara dimenangi oleh..
SMKA Al Irsyad..~
mabruk ilaikum! 
(^^,)..
kepada Ustaz Sofwan..
Kak Faezah..
Ustazah Siti Nor..
Banyak yang mereka ajarkan pada kami..
dan bantu kami..
dan byk yg ana pelajari dari mereka..
terima kasih ustaz dan ustazah yang mendidik kami !
sungguh ! setiap ilmu yg bermanfaat itu adalah berharga !

Sampai disini coretan cerita ana ingin 
kongsikan bersama antum..
dari awal kalam hingga akhir kata2 ..
ana mohon maaf jika tersalah bahasa..~

dari kami SAMT Sultan Hisamuddin..~
ismahu li bil iQtirah.. =)
_taQabbalallahu minna wa minkum_
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...