17 September 2011

Rahsia Tidur Kita

Bismillah..~
Rasulullah S.A.W bersabda :
" Apabila kamu hendak tidur,
Ambillah wuduk sepertimana kamu hendak menunaikan solat,
kemudian berbaringlah dengan mengiring ke sebelah kanan"
Riwayat oleh Bukhari,daripada Al Barra' ibn Aazib.

Siapa dalam hidupnya tidak pernah tidur ?
Secara normalnya kita semua amat memerlukan tidur bagi merehatkan badan.
Kadang-kadang sampai terlebih tidur.
Dan..ana percaya..
Setiap orang masing-masing ada
'SENI GAYA TIDUR'nya yang tersendiri..
Betul ? hehehehe ...
Hari ini ana mahukan kongsikan..
Rahsia tentang tidur..
Yang mungkin sebahagian dari kita terlepas pandang..

Anda Nak Tahu Tak, Jika Anda Tidur Secara...

1.Meniarap

Kita akan berasa sesak nafas dalam tempoh yang singkat
Kerana Tulang Belakang yang terletak di atas akan menghalang
otot-otot dada berkembang semasa kita menyedut dan menarik nafas.
Kita juga akan berasa senak perut dan sakit leher dan sakit-sakit seluruh badan.
Ia juga boleh menyebabkan kegagalan paru-paru dan
otak berfungsi kerana kekurangan oksigen.

2.Menelentang
Cara tidur begini yang paling ramai diamalkan oleh kita.
Tidur sebegini menyebabkan mulut terbuka semasa tidur.
Kerana otot rahang sebelah bawah merenggang.
Ini menyebabkan udara yang disedut ke paru -paru 
akan melalui mulut bukan hidung.
Perlu kita ingat !
Hidung adalah ORGAN PERNAFASAN PENTING 
yang Allah ciptakan untuk kita.
BULU HIDUNG  dan KELENJAR MUKUS 
 berfungsi MENAPIS DAN MELEMBAPKAN UDARA SEBELUM
 IA MASUK KE DALAM PARU-PARU.
Bahagian dalam hidung juga dipenuhi salur
 darah yang berfungsi memanaskan udara yang sejuk
 agar udara itu sesuai dengan suhu badan.
Maka..
Jika tidur menelentang..
Udara yang tak bertapis masuk melalui mulut dan terus ke paru-paru kita.
ia mendedahkan kita kepada BATUK,SAKIT TEKAK,JANGKITAN KUMAN PADA PARU2.
Juga mudah terkena kekeringan gusi dan keradangan.
Tidur cara ini juga menyebabkan kita BERDENGKUR.

3.Mengiring sebelah kiri
Jantung akan tertindih dengan paru-paru kanan yang saiznya lagi besar dari paru-paru kiri.
Ini akan melemahkan denyutan jantung
 terutama bagi mereka yang menghidap masalah jantung.
Sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Saintis bernama Galteh
 mendapati bahawa
Pergerakan makanan dari perut ke usus kecil 
jika seseorang itu  tidur dengan menigiring sebelah kanan
 hanya mengambul masa lima jam (jangka maksimum)
tetapi..
Jika seseorang itu tidur mengiring disebelah kiri..
ia mengambil masa lima hingga lapan jam.

 Jadi yang paling terbaik adalah.....
MENGIRING KE SEBELAH KANAN
Posisi terbaik untuk kita tidur sepanjang malam.
Membantu mempercepatkan pencernaan.
Mengurangkan tekanan mekanikal ke atas jantung.
Menapis serta melembapkan udara yang masuk ke paru-paru.

Fanzuru !
Bukankah itu cara terbaik yang Rasulullah sendiri sudah praktikkannya dahulu sebelum kita ?
Kemudian dibuktikan pula dengan kajian Sains yang memperakui kesan positifnya.. =)
Apa kata ayuh kita sama-sama tidur ikut Sunnah Rasulullah..
Umpama 'Buy one Free One'..
Sebab apa ?
Sebab dalam kita dapat tidur yang sihat dan selesa dalam 
masa yang sama kita juga dapat bonus pahala kerana mengikuti 
Sunnah Rasulullah S.A.W insyaAllah~ ^^, 

Sebelum itu..
Andai tiba-tiba anda rasa nak kata..
"Masa tidur nanti kita mesti gerak-gerak..
Manalah perasan kita tidur arah mana..
mesti dah berubah arah dah..
Macamne tu..
Baik tak payah? "

Maka jawapan ana...
"Sekurang-kurangnya sebelum tidur tadi,
kita berusaha untuk ikut Sunnah dan melakukan posisi tidur yang sebaiknya..
Allah Maha Tahu niat kita .. :-)
apa yang bakal berlaku pada posisi kita setelah kita tidur lepas tu..
itu dah diluar kesedaran kita..
more or less we try than we dont ..right ?" (^^,)...

Wassalamun Alayk..
~Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad Wa 'Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Sallam~


Sumber info tentang tidur dari : Dr.Farhan Hadi Mohd taib._Aritkel Tidur Sihat_(Gen-Q)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...