05 August 2013

Berikan Aku Peluang Berkali-kali


Huh.
Jiwa itu mengeluh .
Fitrah hatinya terasa penat melakukan dosa .


" Bilalah kita ni nak berhenti buat dosa hah ?"

Akal dan iman tertanya-tanya pada tuannya .
Kedua-duanya amat membenci NAFSU AMMARAH yang menguasai.
Manakan tidak ,
kerana nafsu ,
iman dan akal hampir terbunuh .

" Tuan kita ni tak sayang diri dia sendiri ke ?"

Akal dan iman masih lagi bertanya .

" Tuan kita ni tak dengar ke jeritan batin kita yang amat bencikan maksiat dan kemungkaran ni ? "

Mereka masih bertanya.

"Tuan kita ni tak rasa ke yang kita ni tengah terseksa segala-galanya gara-gara maksiat dan dosa?"

Mereka terus bertanya.

" Mungkin kerana bisingnya DOSA , tuan kita tak dapat dengar bisikan fitrah hatinya yang asal. "
Akal meneka.

" Ha'ah kot . Pastu dia nak salahkan FITRAH dia pulak . Katanya
'Aku memang dah macamni . Nak berubah apanya lagi .Memang inilah diri aku'
Tuan kita menipu je tu " .
Iman menambah.

Fitrah manusia itu cintakan kebaikan .
Cintakan kedamaian.
Fitrah manusia perlukan Tuhan yang satu.
Itu asal sebenar sifat manusia.

Bila lalat-lalat dosa menghurung ,
nafsu menutup fungsi iman dan akal .
Manusia menjadi pekak kerana dosa .
Manusia menjadi buta kerana dosa.
Manusia menjadi bisu kerana dosa .

" Tuan kita OKU rupanya. Sebab tu dia tak boleh buat apa-apa .
Yang dia boleh buat ,
salahkan takdir Tuhan aje . Sangka dia Allah lah yang bersalah mentakdirkannya jadi 'jahat'. Merepek. Merepek" .
Akal meluahkan .

Hati dan akal yang sudah dibisukan , dibutakan , dan dipekakkan oleh NAFSU ,
tidak mampu mendengar , melihat , mengatakan KEBENARAN .
Tidak mampu melaksanakan KETAATAN.

Bahkan Allah pula yang dipersalahkan .
Sedangkan dirinya yang salah kerana kurangnya ILMU dan IMAN .
Jika benar dia fahami konsep TAKDIR ,
dia sendiri akan terdiam .

::KONSEP TAKDIR ::

Takdir terbahagi kepada dua.

1.Takdir yang tidak akan berubah dikenali dengan Qada' Mubram Qadar Qubra
2.Takdir yang boleh berubah dikenali dengan Qada' Muallaq dan Qadar Shughra

Banyak timbul salah-faham akan hakikat Q&Q ini terutama bagi mereka yang
terkeliru.
Apakah sebenarnya maksud Q&Q ini?
Bolehkah Qadha' berubah?

Sabda Nabi SAW,
"..dan ketahuilah bahawa jika suatu kumpulan umat manusia yang ramai
hendak memberi kebaikan kepada engkau maka mereka tidak akan berjaya memberi apa2 kebaikan kepada engkau melainkan menurut apa yang dahulu
ditulis oleh Allah bagi engkau. Dan begitu juga sebaliknya jika mereka hendak mendatangkan kerosakan kepada engkau maka mereka tidak akan berjaya mendatangkan apa-apa kerosakan kepada engkau melainkan menurut apa yang sudah lebih dahulu ditulis Allah bagi engkau. Telah diangkat qalam-qalam (pena-pena) itu dan telah kering tempat tulisan itu."
( Riwayat Tarmidzi )


Nyatalah pada kita sekarang yang apa sahaja yang berlaku telah ditentukan
oleh Allah SWT. Manusia tidak boleh mengubahnya.

Bagaimana dengan nasib manusia?
Oleh kerana segalanya telah ditentukan, bererti nasib tiap-tiap manusia juga telah ditentukan.
Kalau kaya, kayalah dia. kalau bijak,bijaklah dia! kalau miskin,miskinlah dia.
Jadi, apa faedah manusia disuruh berusaha dan berdoa jika dia sudah ditentukan menjadi miskin?
Tidakkah manusia boleh mengubah atau membentuk nasibnya sendiri?
Firman Allah SWt di dalam surah Ar-Ra'd : 12,

"Bahawasanya Allah SWT tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".

Nabi junjungan kita juga ada bersabda,

"Tidak dibalikkan (atau diubah) Qadha' melainkan dengan doa"

Apakah kedudukan sebenarnya?
Sesetengah ulama' ada berpendapat yang manusia itu mempunyai Qudrah Juzlah yakni kuasa kecil.
Yang sebenarnya, manusia memang tiada kuasa cuma kuasa kecil yang dimaksudkan disini adalah IKHTIAR (PILIHAN).
Manusia boleh memilih atau berikhtiar untuk melakukan sesuatu perbuatan.
Manusia boleh mengarahkan Qudrah yang Allah beri untuk membuat apa yang mereka kehendaki.
Disebabkan IKHTIAR inilah, manusia diberi pahala dan dosa.

Ref: Qadha'dan Qadar karya Ustaz Haji Mohd. Taha Sulaimi
(http://sinaronline.tripod.com/Edisi10/Fokus1.htm)


" Tuan kita salah pilih jalan ."
Iman berkata.

" Ha'ah . Allah dah bagi dia dua jalan pilihan .

' maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan .
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. ' Surah As Syams ayat 8-10.

dan tuan kita yang pilih 'jalan kefasikan' tu ".

Iman dan akal diam.

"Cukup ! Cukup ! " .

Akhirnya tuan mereka bersuara. Si hamba Allah yang penuh dosa.

" Ye . Sekarang aku dah dengar segala-galanya.dan aku hilang separuh BAHAGIA kerana salah dan dosa."

Wajah itu mengalirkan airmata.
Biasanya manusia , apabila kesusahan menimpa diri , kesedihan menerkam jiwa , manusia lain meminggirkan dirinya,

Tika itulah baru menyedari Tuhan ada disisi. Setia menerima taubat seorang hamba.
Allah swt tidak pernah jauh dari kita.
Tapi kita yang selalu lalai dan leka hingga bergerak sendiri menjauhiNya.
Apabila diri yang leka diulit nafsu dan dosa,
tiba-tiba mampu MENDENGAR  bisikan IMAN dan AKAL yang merintih mahu kembali ke jalan Tuhan ,dengarkanlah permintaannya.
Hati yang masih sensitif dan punya rasa bersalah ketika melakukan dosa,
tanda IMAN dan AKAL masih lagi mampu BERFUNGSI.
Jika diabaikan , takut tidak lagi dapat kau dengar 'bisikan fitrah' itu dan kau terus tenggelam dengan kebisingan dosa .
# Ya Allah , terimalah taubat hambaMu. Berikan aku PELUANG BERKALI-KALI untuk taubat kepadaMu . Sekalipun telah berkali-kali memungkiri janjiku dan berdosa padamu. Izinkan aku kembali pada fitrah , menuju kepada cintaMU dan cinta kepada RasulMu Saidina Muhammad s.a.w sebelum mati mendatangiku dan sebelum Qiamat datang menyeru. Ameen #


 Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT telah berfirman:
“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku.
Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu.
Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi).
Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” 

Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi. ::

Allahualam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...