09 June 2016

Mencari BARU.

Umpama berjalan di jalan lurus tanpa berpenghujung
Mencari cari arah ke mana hendak pergi.
Mencari tujuan hidup sendiri.
Benarkah ini jalannya yang ditempuhi ?

Aku mencari sesuatu yang baru.
Mencabar akal dan daya fikirku yang biasa.
Keluar dari rutin.
Keluar dari keselesaan kebiasaan yang dilalui.
Mencari sesuatu BARU yang lebih bermakna.
Lebih lebih lagi untuk agama.
Mencari sesuatu di dunia untuk membayar syurga.
Moga ada sinarnya.

Catatan ini bukanlah untuk sesiapa.
Melainkan untuk aku sendiri.
Seorang manusia yang punya cerita sendiri.

28 September 2014

AL FARABI


Pembangunan tamadun islam pada hari ini sebahagiannya adalah daripada usaha-usaha dan jasa para cendekiawan islam terdahulu dalam mengkaji dan menuntut ilmu serta menyebarkannya sehingga berjaya mengangkat tamadun islam dimata dunia.Maka lahirnya pelbagai tokoh  cendekiawan islam yang serba boleh dalam pelbagai bidang seperti Imam Ghazali,Al Kindi,Ibn Sina,Ibn Rusyd dan ramai lagi.Antara tokoh falsafah yang seperti mereka ialah Al Farabi.
     Nama sebenar Al Farabi ialah Abu Nasr Muhammad Ibn Tarkham Ibn Awzalagh Al Farabi.
Beliau dikenali sebagai Al Pharabius dikalangan tokoh-tokoh barat serta mendapat gelaran Aristotle ke-2 
kerana arifnya beliau mengenai  karya-karya Aristotle dan mempunyai kebijaksanaan sehebat tokoh 
tersebut.Al Farabi tidak seperti tokoh lain yang ada menulis tentang biografi hidupnya sendiri.
Maka berlaku sedikit percanggahan pendapat dan kesamaran maklumat dalam menentukan ketepatan
sebenar  biografi hidupnya.Beliau dikatakan berasal daripada  Iran namun sebahagian pendapat kuat
mengatakan beliau berbangsa Turki.Al Farabi dilahirkan di sebuah kampung kecil bernama Wasij
dibandar Farab,Turkestan sekitar tahun 870 Masihi.Oleh itu,gelaran Al Farabi dinisbahkan kepadanya
bersempena nama tempat kelahirannya.Beliau meninggal dunia di Damaskus pada 14 Disember 950M
bersamaan bulan Rejab tahun 339 Hijrah.(Shafie Abdul Rahman,2011:19)
      Al Farabi seorang ilmuan islam yang hebat dalam ilmu logik,falsafah politik,metafizik dan 
berkemahiran tinggi dalam seni muzik.Hampir sebahagian hidupnya dihabiskan di Baghdad untuk 
menuntut ilmu sehingga tahun 942M.Antara guru terawal beliau ialah seorang kristian bernama 
Yuhanna Bin Haylan.Daripadanya Al Farabi mempelajari ilmu logik dan mendalami karya-karya
Aristotle.Antara hasil karya Al Farabi yang terkenal ialah kitabnya Al madina Al Fadila yang 
membincangkan teori membina sebuah negara ideal patut dipimpin oleh Nabi atau golongan yang 
berwibawa dalam bidang agama.Seterusnya ialah kitab Ihsan Al Ulum dan Kitab Al Jam yang
menghuraikan pandangan beliau berkaitan ilmu falsafah Yunani,Plato dan Aristotle.Selain itu,Al Farabi 
turut menghasilkan karya berkaitan muzik seperti bukunya Meanings of The Intellect yang menerangkan
kaitan antara kesan terapi muzik dan kesannya terhadap spiritual manusia.(Netton Ian Richard,1992:5)
       Definisi falsafah  pada Al Farabi ialah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini.Antara falsafah beliau ialah seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik.Tanpa sains seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk dieksploitasi bagi kepentingan orang lain.Merujuk kepada falsafahnya juga Al Farabi berpendapat seseorang indiviu yang memencilkan dirinya tidak akan berjaya hanya dengan dirinya tanpa bantuan  daripada insan lain.Beliau juga berpegang bahawa ilmu adalah segala-galanya dan para ilmuan hendaklah diletakkan pada kedudukan yang tinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.(Shafie Abdul Rahman,2011:21)
       Kesimpulannya,biografi ringkas berkaitan hidup Al Farabi cukup mengajar kita tentang rasa cinta kepada ilmu yang tinggi serta kesungguhan dalam menuntut ilmu.Bahkan antara takrif falsafah itu sendiri ialah mencintai kebijaksanaan.Budaya Ilmu dan berfikir dengan kritis dapat meningkatkan lagi potensi diri dan menajamkan akal fikiran serta membawa kita semakin dekat untuk mengenal Tuhan.Oleh itu adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk kita menjadi insan sehebat Al Farabi yang tidak pernah jemu bersama ilmu serta menguasai ilmu yang pelbagai dan tidak tertumpu hanya pada satu bidang sahaja .

RUJUKAN
Ahmad Sunawari Long. 2008. Sejarah Falsafah. Selangor: Penerbit
  Universiti Kebangsaan Malaysia.
Corbin, Henry. 1993. History of Islamic Philosophy. USA: Islamic
   Publications Limited.
Majid Fakhry. 1997. Islamic Philosophy,Theology and Mysticism.
  England: Oneworld Publication.
Netton, Ian Richard. 1992. Al Farabi and His School. London: Routledge.
Netton, Ian Richard. 2007. Islamic Phylosophy and Theology. London: Routledge.
Osman Bakar. 1987. Al Farabi,Life Works and Sigficance.
    Kuala Lumpur:  The Islam Academy of Science.
Shafie Abdul Rahman. 2011. 25 Cendekiawan Islam. Kuala Lumpur: Mustread.

05 August 2013

Berikan Aku Peluang Berkali-kali


Huh.
Jiwa itu mengeluh .
Fitrah hatinya terasa penat melakukan dosa .


" Bilalah kita ni nak berhenti buat dosa hah ?"

Akal dan iman tertanya-tanya pada tuannya .
Kedua-duanya amat membenci NAFSU AMMARAH yang menguasai.
Manakan tidak ,
kerana nafsu ,
iman dan akal hampir terbunuh .

" Tuan kita ni tak sayang diri dia sendiri ke ?"

Akal dan iman masih lagi bertanya .

" Tuan kita ni tak dengar ke jeritan batin kita yang amat bencikan maksiat dan kemungkaran ni ? "

Mereka masih bertanya.

"Tuan kita ni tak rasa ke yang kita ni tengah terseksa segala-galanya gara-gara maksiat dan dosa?"

Mereka terus bertanya.

" Mungkin kerana bisingnya DOSA , tuan kita tak dapat dengar bisikan fitrah hatinya yang asal. "
Akal meneka.

" Ha'ah kot . Pastu dia nak salahkan FITRAH dia pulak . Katanya
'Aku memang dah macamni . Nak berubah apanya lagi .Memang inilah diri aku'
Tuan kita menipu je tu " .
Iman menambah.

Fitrah manusia itu cintakan kebaikan .
Cintakan kedamaian.
Fitrah manusia perlukan Tuhan yang satu.
Itu asal sebenar sifat manusia.

Bila lalat-lalat dosa menghurung ,
nafsu menutup fungsi iman dan akal .
Manusia menjadi pekak kerana dosa .
Manusia menjadi buta kerana dosa.
Manusia menjadi bisu kerana dosa .

" Tuan kita OKU rupanya. Sebab tu dia tak boleh buat apa-apa .
Yang dia boleh buat ,
salahkan takdir Tuhan aje . Sangka dia Allah lah yang bersalah mentakdirkannya jadi 'jahat'. Merepek. Merepek" .
Akal meluahkan .

Hati dan akal yang sudah dibisukan , dibutakan , dan dipekakkan oleh NAFSU ,
tidak mampu mendengar , melihat , mengatakan KEBENARAN .
Tidak mampu melaksanakan KETAATAN.

Bahkan Allah pula yang dipersalahkan .
Sedangkan dirinya yang salah kerana kurangnya ILMU dan IMAN .
Jika benar dia fahami konsep TAKDIR ,
dia sendiri akan terdiam .

::KONSEP TAKDIR ::

Takdir terbahagi kepada dua.

1.Takdir yang tidak akan berubah dikenali dengan Qada' Mubram Qadar Qubra
2.Takdir yang boleh berubah dikenali dengan Qada' Muallaq dan Qadar Shughra

Banyak timbul salah-faham akan hakikat Q&Q ini terutama bagi mereka yang
terkeliru.
Apakah sebenarnya maksud Q&Q ini?
Bolehkah Qadha' berubah?

Sabda Nabi SAW,
"..dan ketahuilah bahawa jika suatu kumpulan umat manusia yang ramai
hendak memberi kebaikan kepada engkau maka mereka tidak akan berjaya memberi apa2 kebaikan kepada engkau melainkan menurut apa yang dahulu
ditulis oleh Allah bagi engkau. Dan begitu juga sebaliknya jika mereka hendak mendatangkan kerosakan kepada engkau maka mereka tidak akan berjaya mendatangkan apa-apa kerosakan kepada engkau melainkan menurut apa yang sudah lebih dahulu ditulis Allah bagi engkau. Telah diangkat qalam-qalam (pena-pena) itu dan telah kering tempat tulisan itu."
( Riwayat Tarmidzi )


Nyatalah pada kita sekarang yang apa sahaja yang berlaku telah ditentukan
oleh Allah SWT. Manusia tidak boleh mengubahnya.

Bagaimana dengan nasib manusia?
Oleh kerana segalanya telah ditentukan, bererti nasib tiap-tiap manusia juga telah ditentukan.
Kalau kaya, kayalah dia. kalau bijak,bijaklah dia! kalau miskin,miskinlah dia.
Jadi, apa faedah manusia disuruh berusaha dan berdoa jika dia sudah ditentukan menjadi miskin?
Tidakkah manusia boleh mengubah atau membentuk nasibnya sendiri?
Firman Allah SWt di dalam surah Ar-Ra'd : 12,

"Bahawasanya Allah SWT tidak mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".

Nabi junjungan kita juga ada bersabda,

"Tidak dibalikkan (atau diubah) Qadha' melainkan dengan doa"

Apakah kedudukan sebenarnya?
Sesetengah ulama' ada berpendapat yang manusia itu mempunyai Qudrah Juzlah yakni kuasa kecil.
Yang sebenarnya, manusia memang tiada kuasa cuma kuasa kecil yang dimaksudkan disini adalah IKHTIAR (PILIHAN).
Manusia boleh memilih atau berikhtiar untuk melakukan sesuatu perbuatan.
Manusia boleh mengarahkan Qudrah yang Allah beri untuk membuat apa yang mereka kehendaki.
Disebabkan IKHTIAR inilah, manusia diberi pahala dan dosa.

Ref: Qadha'dan Qadar karya Ustaz Haji Mohd. Taha Sulaimi
(http://sinaronline.tripod.com/Edisi10/Fokus1.htm)


" Tuan kita salah pilih jalan ."
Iman berkata.

" Ha'ah . Allah dah bagi dia dua jalan pilihan .

' maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan .
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya. ' Surah As Syams ayat 8-10.

dan tuan kita yang pilih 'jalan kefasikan' tu ".

Iman dan akal diam.

"Cukup ! Cukup ! " .

Akhirnya tuan mereka bersuara. Si hamba Allah yang penuh dosa.

" Ye . Sekarang aku dah dengar segala-galanya.dan aku hilang separuh BAHAGIA kerana salah dan dosa."

Wajah itu mengalirkan airmata.
Biasanya manusia , apabila kesusahan menimpa diri , kesedihan menerkam jiwa , manusia lain meminggirkan dirinya,

Tika itulah baru menyedari Tuhan ada disisi. Setia menerima taubat seorang hamba.
Allah swt tidak pernah jauh dari kita.
Tapi kita yang selalu lalai dan leka hingga bergerak sendiri menjauhiNya.
Apabila diri yang leka diulit nafsu dan dosa,
tiba-tiba mampu MENDENGAR  bisikan IMAN dan AKAL yang merintih mahu kembali ke jalan Tuhan ,dengarkanlah permintaannya.
Hati yang masih sensitif dan punya rasa bersalah ketika melakukan dosa,
tanda IMAN dan AKAL masih lagi mampu BERFUNGSI.
Jika diabaikan , takut tidak lagi dapat kau dengar 'bisikan fitrah' itu dan kau terus tenggelam dengan kebisingan dosa .
# Ya Allah , terimalah taubat hambaMu. Berikan aku PELUANG BERKALI-KALI untuk taubat kepadaMu . Sekalipun telah berkali-kali memungkiri janjiku dan berdosa padamu. Izinkan aku kembali pada fitrah , menuju kepada cintaMU dan cinta kepada RasulMu Saidina Muhammad s.a.w sebelum mati mendatangiku dan sebelum Qiamat datang menyeru. Ameen #


 Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT telah berfirman:
“Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku.
Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu.
Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi).
Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” 

Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi. ::

Allahualam.

14 December 2012

Best Debate Ever ^^ Allahuakbar !

Bismillah  ~
sedikit perkongsian , ana dapatkan daripada  sahabat-sahabat semasa jalan jalan di facebook .
Beberapa cerita akidah yang menarik .
Memberi keyakinan padaNya . Allahuakbar ^^,
Selamat menuntut ilmu :)

jap ! panjang ? banyak ? malas nak baca ? haha :D
sabar ~
cube baca satu , pelan-pelan .,
 insyaAllah pasti ada yang memasuki hati yang punya iman kepadaNya :)\

kisah : 1 
Professor : You are a Muslim, aren’t you, son ? 

Student : Yes, sir.

Professor: So, you believe
in GOD ?

Student : Absolutely, sir.

Professor : Is GOD good ? 

Student : Sure.

Professor: Is GOD all powerful ?

Student : Yes. 

Professor: My brother died of cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. 
But GOD didn’t. How is this GOD good then? Hmm? 

(Student was silent.)

Professor: You can’t answer, can you ? Let’s start again, young fella. 
Is GOD good?

Student : Yes.

Professor: Is satan good ?

Student : No. 

Professor:Where does satan come from ?

Student : From … GOD … 

Professor: That’s right. Tell me son, is there evil in this world?

Student : Yes.

Professor: Evil is everywhere, isn’t it ? And GOD did make everything. Correct?

Student : Yes.

Professor: So who created evil ?

(Student did not answer.)

Professor: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don’t they?

Student : Yes, sir.

Professor: So, who created them ?

(Student had no answer.)

Professor: Science says you have 5 Senses you use to identify and observe the world around you. 
Tell me, son, have you ever seen GOD?

Student : No, sir.

Professor: Tell us if you have ever heard your GOD?

Student : No , sir.

Professor: Have you ever felt your GOD,tasted your GOD, smelt your GOD? Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter?

Student : No, sir. I’m afraid I haven’t.

Professor: Yet you still believe in Him?

Student : Yes.

Professor : According to Empirical,Testable, Demonstrable Protocol, Science says your GOD doesn’t exist.
What do you say to that, son?

Student : Nothing. I only have my faith.

Professor: Yes, faith. And that is the problem Science has. 

Student : Professor, is there such a thing as heat?

Professor: Yes.

Student : And is there such a thing as cold?

Professor: Yes.

Student : No, sir. There isn’t.

(The lecture theatre became very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat,
even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. 
But we don’t have anything called cold. 
We can hit 458 degrees below zero which is no heat,
but we can’t go any further after that.
There is no such thing as cold.
Cold is only a word we use to describe the absence of heat
We cannot measure cold. Heat is energy.
Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it. 

(There was pin-drop silence in the lecture theater.)

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

Professor: Yes. What is night if there isn’t darkness?

Student : You’re wrong again, sir. Darkness is the absence of something.
You can have low light, normal light, bright light, flashing light.
But if you have no light constantly,you have nothing and its called darkness, 
isn’t it? In reality, darkness isn’t
If it is, were you would be able to make darkness darker, wouldn’t you? 

Professor: So what is the point you are making, young man ?

Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Professor: Flawed ? Can you explain how?

Student : Sir, you are working on the premise of duality.
You argue there is life and then there is death,
a good GOD and a bad GOD.
You are viewing the concept of GOD as something finite,
something we can measure.
Sir, Science can’t even explain a thought.
It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one.
To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.
Death is not the opposite of life: just the absence of it.
Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved from a monkey?

Professor: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir? 

(The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the argument was going.)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor. 
Are you not teaching your opinion, sir?
Are you not a scientist but a preacher? 

 (The class was in uproar.)

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor’s brain? 

(The class broke out into laughter. )

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor’s brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so.
So, according to the established Rules of Empirical, Stable, Demonstrable Protocol, Science says that you have no brain, sir. 
With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room was silent. The Professor stared at the student, his face unfathomable.)

Professor: I guess you’ll have to take them on faith, son.

Student : That is it sir … Exactly !
The link between man & GOD is FAITH. 
That is all that keeps things alive and moving. 

P.S: I believe you have enjoyed the conversation. And if so, you’ll probably want your friends / colleagues to enjoy the same, won’t you?

kisah 2 :

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?" 
 "Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah" 

 "Baitullah tu apa?" ...

 "Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

 "Allah ada dalam tu?" 

 "Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?" 

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada.."

"Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."

:: buka hati buka minda . persiapkan diri kita dgn ilmu , dunia luar itu byk cabarannya persoalannya , dakwah itu perlu bijak perlu hikmah , berbekalkan iman , beserta ilmu diiringi amal , insyaAllah , kita mampu tempuhinya , moga Allah mudahkan urusan kita ::



kisah 3 :
----- KISAH PENGGUNTING RAMBUT & SEORANG LELAKI -----

 Pada suatu petang, seorang lelaki datang ke kedai gunting rambut untuk memendekkan rambutnya yang agak panjang dan tidak terurus.

Seperti biasa, si penggunting rambut menyambut pelanggannya dengan mesra dan mempersilakannya duduk. Sedang si penggunting rambut melakukan kerjanya, mulutnya tidak berhenti bercerita. Macam-macam dibualkan menyentuh isu semasa dan kehidupan harian.

Tiba-tiba si penggunting rambut itu bertanya suatu soalan yang agak berat. 
“Tuhan ni wujud ke?”tanya si penggunting rambut.

Lelaki tersebut terkejut dengan soalan tersebut.
Belum pun sempat nak menjawab, si penggunting rambut menyambung percakapannya.
“Kalau Tuhan wujud kenapa dunia ni huru-hara, manusia saling berperang dan benci sesama manusia? Tuan tengoklah berita, di sana berperang di sini berperang. Asyik bergaduh sahaja di mana-mana…”
adu si penggunting rambut.

“Lihat di negara kita, sana sini buang bayi. Kes bunuh pun selalu keluar di akhbar. Masalah sosial lagi. Rasuah lagi. Teruklah!”
sambungnya lagi menyatakan kekesalan.

“Tuhan tu ada.” Jawab si lelaki itu singkat.
Risau melihat semangat si penggunting rambut itu dengan gunting tajam di tangannya.

“Kalau betul Tuhan ada, kenapa DIA tak selesaikan semua masalah tu?
Dan buat semuanya jadi aman sahaja? Kan senang!”
ujar si penggunting rambut yang umurnya 40-an itu.

Selepas beberapa minit berlalu, sesi guntingan rambut pun selesai.
Selesai membayar, si lelaki mengajak si tukang gunting melihat ke luar tingkap. 

“Encik lihat tak lelaki-lelaki remaja di sana? Dan pakcik tua di seberang jalan tu yang sedang duduk tu?” tanya lelaki itu.

 “Ya, saya nampak. Kenapa?”
 si penggunting rambut bertanya kembali.

“Lelaki remaja tu rambutnya panjang, nampak tak senonoh kan?
Dan pakcik tua tu pula misainya tak terurus nampaknya. Setuju tak?”
 Lelaki itu meminta pandangan.

 “Ya, betul. Saya setuju.” si penggunting rambut mengiyakan sambil mengangguk. 

 “Mereka jadi macam tu sebab tukang gunting rambut tiada kah?”
tiba-tiba lelaki itu mengajukan soalan ‘istimewa’ kepada si penggunting rambut. 

“Eh, tak. Bukan sebab tu. Ni saya ada ni.”
 Si penggunting rambut menafikan. 

 “Habis tu kenapa lelaki-lelaki remaja itu berambut panjang dan pakcik tua itu tidak tersusun misainya?” 
lelaki tersebut bertanya kembali.

 “Tu sebab mereka tak datang jumpa saya.
Kalau mereka datang jumpa saya tentu saya akan potong rambut remaja lelaki tu bagi elok.
Dan pakcik tua tu pula saya akan trim misainya bagi kemas.”
 jawab si penggunting rambut. 

 “Ya, itulah jawapan kepada persoalan encik semasa encik memotong rambut saya tadi. 
Tuhan itu ada. 
Tidaklah bermakna berlakunya peperangan, pertelingkahan, jenayah, gejala sosial, rasuah di kalangan manusia itu 
adalah kerana Tuhan tidak ada. 
Masalah ini semua timbul kerana mereka semua tidak mahu ‘berjumpa’ dengan Tuhan.” 
kata lelaki itu. 

 Si penggunting rambut mendengar dengan teliti sambil mengerutkan dahinya. Berfikir agaknya. 

 “Mereka yang abaikan suruhan dan perintah Tuhan.
 Tuhan malah telah memberikan pedoman melalui RasulNYA dan juga melalui kitabNYA iaitu al-Quran. 
Malangnya, manusia memilih cara mereka sendiri. 
Mereka menjauhkan diri dari ALLAH. 
Jika manusia mendekatkan diri dengan ALLAH, tentulah keadaan manusia lebih baik dan sejahtera.
 Lebih kurang macam sayalah sekarang ni. 
Lebih handsome dari lelaki-lelaki remaja dan pakcik tua tu sebab saya jumpa encik untuk dirapikan rambut saya, hehe…”

 “Betul jugak.
Kenapa Tuan tak jelaskan pada saya semasa potong rambut tadi” 
Si penggunting rambut mengangguk setuju sambil bertanya. 
 “Oh bukan apa. Saya risau dengan gunting di tangan encik tu.
 Dibuatnya encik marah nanti, tak pasal-pasal saya kena nanti…hehe. Tapi, alhamdulillah encik tak marah, malah dapat menerima penjelasan saya” 

Jelas lelaki tersebut sambil ketawa kecil. 
Si penggunting rambut itu turut tertawa juga. 

 Antara pengajaran penting: 
 1. Tuhan itu ada. DIA, yakni ALLAH adalah Tuhan Maha Esa.
 DIA lah tempat semua memohon pertolongan dan bergantung harap.
ALLAH tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dan DIA tidak sama dengan mana-mana satu pun. 

 2. Patuhlah kepada perintah ALLAH dan jauhilah larangan ALLAH. Kerana padanya terdapat kesejahteraan dan kebaikan yang menyeluruh. 
“Aslim, taslam”. Ambillah ISLAM secara keseluruhannya, nescaya semua manusia dan makhluq yang menghuni bersama manusia akan selamat. 

Peringatan: Ini hanyalah perumpamaan untuk dibuka fikiran sahaja. 
Kisah sebegini baik untuk disampaikan untuk mengajak manusia berfikir dan merenung
 Namun, perumpamaan ini tidaklah tepat dengan ALLAH.
Kerana ALLAH itu adalah Tuhan yang tiada suatu pun yang sama denganNYA. Semoga ada manfaat padanya, insyaALLAH. WAllahu Ta`ala A`lam.
- www.muzir.wordpress.com -


Alhamdulillah . :) moga mendapat manfaat .
Sebarkan yang sahih ~
Sebarkan yang baik-baik :)

02 January 2012

Sayonara 2011 Ahlanwasahlan 2012 :)

Bismillah ~

Assalamualaikum , salam sayang ana ucapkan ^_^
berlalu sudah tahun 2011 masuk pula 2012 ...,
Wajah blog pun sudah ada pembaharuan sedikit..,
ada bunge2 jatuh2 pulak dalam ni ;)
musim luruhhhh~ uhuhuhu~

Bagaimana 2011 ?...
Allahuakbar ~
Ana namakan tahun ini tahun tarbiyah bagi ana..,
Adakah sebelum ni ta cukup tarbiyah ?
Yep,bagi ana belum.
Hidup ini sentiasa perlu ada nasihat,pembetulan,peneguran,pembaikan,.
Tak pernah cukup dan berhenti..,
Dan tahun ini tarbiyahNya dan pengajaranNya lain pula dengan tahun yang lepas-lepas..,
Allah memang sentiasa mentarbiyah hambaNya kan :)
Bagaimana ?
Melalui 'dugaan' , 'ujian' , mahupun 'nikmat' , 
dan kita , perlu bijak melihat dan mencari dimana sudut-sudut tarbiyah itu disebalik perkara yang terjadi ,
Bagi ana ,
Setiap apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada pengajaranNya 
yang Allah mahu tunjuk pada kita.
Cuma itu bergantung pada kita,
Adakah kita lihat yang 'manis' itu sekadar 'manis'
Yang 'pahit' itu terus 'pahit'..
Yakinlah !pasti ada 'HIKMAH' yang tersurat dan tersirat dibalik 'pahit' dan 'manis' itu..
Ada mesej yang tersembunyi disitu..,
Yang kita perlu ambil menjadi pengajaran dalam hidup.
Dari situ tarbiyahNya bermula.
Lihatlah tarbiyah halus dariNya melalui perjalanan hidup kita!
Pasti ada !
Untuk melihatnya..
Mata hati perlu dibuka agar tersingkap hikmah dariNya..

Maka dari situ terdidiklah hati ..
Jika kita mendapat nikmatNya 
Alhamdulillah ~ Kita bersyukur atas pemberianNya
Jika ditimpa ujian dariNya
Kita redha dan tawakkal kerana kita yakin ada 
satu saat yang indah Allah akan berikan atas berkat kesabaran kita :)

Ana pernah terjumpa satu mutiara kata
Sesuai dengan apa yang ana katakan tadi
Ana kongsikan bersama antum 

"Bila kau memandang segalanya datang dari Tuhanmu
yang menciptakan segalanya 
yang menimpakan ujian
yang menjadikan sakit hatimu
yang membuatkan keinginanmu terhalang
serta menyusahkan hidupmu
pasti akan damailah hatimu
Kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya 
untuk sesuatu yang sia-sia
Bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu
Retaknya hatimu
dan mungkin kerana itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu hati yang sebegitulah yang lebih lunak dan mudah
untuk dekat seta akrab padaNya"

Ana ingatkan pada diri sendiri,
Bila ditimpa rasa susah
Bila diganggu rasa resah
Ana katakan pada diri ,
"Dah jauh mana dah ni kau jauh dari Allah ?"
Untuk sedarkan diri ini
UjianNya panggilan dariNya untuk kita kembali ingatiNya..
Bukan kah itu tanda sayangNya ? Subhanallah ~
"ohh.,Allah bagi aku macamni sebab untuk ingatkan aku balik tentang Dia"..
ana teringat kata-kata seorang sahabat..
"Kalau hati tidak tenang atau rasa gelisah, itu adalah hukuman halus daripada ALLAH"...    
:') Jadi setiap yang terjadi dalam hidup kita ada hikmahNya dan kebaikannya.
Bukan untuk Dia kebaikan itu , bahkan untuk hambaNya sendiri.
Untuk kita . :)
Bersangka baiklah denganNya <3

Ayuh kita tempuhi hidup ini dengan keimanan dan persaudaraan :)
Saling ingat mengingatkan dan perbaiki diri demi Allah yang kita cintai.
Ada kehidupan bahagia hakiki disyurgaNya nanti.
Bersabarlah untuk penderitaan yang mungkin berpuluh-puluh tahun cuma
Agar dapat kita tebus dengan kebahagiaan yang selama-lamanya di syurgaNya.
Ameen . InsyaAllah !

Kita takkan pernah dapat berehat 
Perjuangan kita takkan pernah berhenti
Hingga syurgaNya dapat kita diami.
Ayuh , saudara kita usahakan bersama.
Biar pahit seketika untuk manis selama-lamanya disana.
Yakinlah denganNya!

*****************************************

Nampaknya dah tiba masa ana perlu meninggalkan
 rumah dan kembali ke sekolah dan asrama.
^_^ Ayuh kembali ke sekolah ~
Hehehehehe~

Buat sahabat-sahabatku ~
Jom ! SPM kite tahun ni,
Tokleh nak main-main sangat lagi time prep nanti
Tokleh nak ngantok-ngantok lagi dlm kelas nanti
hehehehehe~
Kite ada misi tahun ni !
Usaha sama-sama ! ^_^

Buat Berlian ana, Najwa ana ~
Adekk , i'dadi buat sungguh-sungguh ye :D
Daeman sy disini sokong awak !
^_^ uhibbuk hubban jamma !

Kak Akmar , Kak Najah , Kak Asma' ~
Kite saaayang ukhti banyak-banyak hari-hari !
Moga tabah dan kuat menghadapi ranjau hidup ini !
Allah selalu bersama kita kan ! ^_^
Mudah2an kak akmar dan kak asma'
 dpt yg terbaekkk result SPM nanti :D
dan Kak Najah mumtazzz untuk STAM :)
InsyaAllah yang terbaek :)

psstt..dan jodoh yang terbaik jgk :)


Khulasah Qaul minni ~
Maafkan salah silap ana sepanjang kita bersaudara ^_^
Ada salah ada silap tegurlah

Ana akan terimanya selagi mana itu memang dari kesilapan ana.
Ana tutup bicara ini ..
Dengan serangkap lagu..
(sama tema dengan layout blog ana pulak..hehe.. )
~Kuntum kasih berserakan ..
Daun-daun berguguran..
Izin ana undur diri..
Salah silap dimaafi..~

Salam Sayang  dari ana , :)


11 December 2011

Kisah Abu dan Atan :: Tak Tahu ? Tak payahla~

Bismillah ~

Pada petang yang santai..,
Dorm Saidina Ali sunyi sepi..,
Abu menguak pintu yang separa tertutup..,

Abu : Assalamualaikum ! 

Atan : Waalaikumuss..salam..oh,kau, buat terkejut jelah !

Abu : Aha ! Orang petang2 pi main bola kat padang,ni dok sorang dalam dorm,bakpo ha ?
Uishh..,lawo handset (^~,)

Atan : Hehe~ ada masa ni online lah sat.,baru nak log in ni haa~
exam baru habis kan..

Abu : Oh, fesbuk lah tu..,Hmm..aku takdak fesbuk2 ni.Nanti leka kalau aku yang main benda2 ni.
Tak pandai aku nak kawal.Ada apa je dalam tu ?

Atan :Aku tengah baca komen2 orang ,
 macam2 ada.Ada yang kelakar..Alahai~
Leka ? Hurmm..Betul tu..Aku tak nafikan..
Sejam pun rasa macam 5 minit je..,
Masa yang berlalu cepat ke atau aku yang buang masa banyak ? 
Itu bergantunglah kan macamne orang manfaatkan benda2 macamni.

Abu : Hmm..Betul2 ! Aku teringat pesan sorang bro ni masa aku dengar tazkirah dia.
Dia kata , tak salah kita nak berhibur, santai2 , relaks2 , 
asalkan tak melampaui 3 perkara ni .

Atan : Apa benda ?

Abu : 1. Tak melebihi waktu solat (jgn sampai solat lambat@ tak solat langsung)
2.Tak ada percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan.
3.Tak ada unsur judi , arak , dan yang sama waktu dengannya.
kalau sampai ada 3benda ni , hiburan tu boleh jatuh hukum HARAM .

Atan : Yeke ? Peringatan2 untuk aku.
Alhamdulillah.Mekasih2.
Ha,kalau kau nak tahu dalam ni ada 'group'.Boleh join,
boleh kongsi maklumat,kongsi2 ilmu . :)
 tapi..,ada 1 benda yang aku kurang senanglah~

Abu : Apa benda ?

Atan : Haa~ panjang umur ! cuba baca ni~ 
 :: Jejaka Jambu: Apa hukum potong kuku hari jumaat ? ::

Abu : Kenapa dengan soalan ni ? Kau nak jawapannya ke ?

Atan : Bukan~
  Bila ada orang kemukakan soalan ,
atau pendapat atau maklumat kan,
ada sesetengah orang yang dia main sebar je~
Tak ke dia cek dulu ke sahih ke tidak khabar tu~

Abu ; Mungkin diorang betul2 tak tahu benda tu sahih atau tak..
dan tambah lagi ada org yang mmg taknak ambil tahu pun sahih ke tidak asalkan sebarr~
Lain org lain tahap pengetahuannya.
Jadi tugas utk org yg DAH TAHU maklumat tu benar ke tidak,
jgn pernah jemu utk BAGITAHU .
Nama pun 'group' kan.,jadi bila ada something yang 
dikongsi disitu bermulalah perbincangan.
Jadi beritahulah apa yg anda tahu dan anda pasti kesahihannya kpd
 mereka yang tak tahu .Discuss2. ^^,

Atan : Aiwah ! Ustaz Abu ! InsyaAllah2 ! 

Abu : Ha, ni yang aku plak kurang senang ni . 
Asal bagi nasihat ke, apa-apa ke ustaz ustazah la ye ?
Dalam hidup kita ni mmg tak lari dari aturan 'Islam'.
Islam tu kan syumul.Jadi setiap aspek dlm khidupan Islam ada jalannya.
Hatta menguap sekalipun , Islam ada adabnya..dan kite kan SAUDARA ! ^^,
ada time aku ingatkan kau, ada waktu nanti kau pula perlu betulkan aku .
Kita memang kena saling ingat mengingatkan.
Tak kisahlah siapa pun dia.Ustaz ke tidak ,
 "nasihat-menasihati" itu MESTI~


Atan : Aiwah , Dr.Abu ! hehe~ Aku mendoakan ni ~ ameen2 :)

Abu : Ameen ! ada2 je lah dia ni~ haha~


Atan : ha, lagi satu  ! Bila dah mula orang komen mengkomen kan.,
ada timbul satu benda yang aku tak berapa gemar la~

Abu : Apa pula bendanya ?

Atan : Ok , macamni.
Contohnya bila ada orang tanya ttg sesuatu hukum dlm ssuatu
 perkara ada sesetengah orang yg dia jawab ikut "rasa2" dia je ~
Ada yang siap kata "ikut logik akal" dia la ~
"dgr2 dia" la ~
"rasa sy sunat kot"..~
"mungkin makruh.."..
"rasa2 sy kena buatnya macamni.."
Tak ke kasihan pada orang yang bertanya ?
Dia betul2 tak tahu dan mahukan jawapan tapi 
sebahagian orang bagi komen dan jawapan yang mengelirukan.
Bagi aku , kalau benar2 tak tahu sesuatu hukum tu atau pelaksanaan ssuatu ibadah tu , katakan jelah 'ana la adri' (saya tak tahu)..
means takyah bagi komen @ pendapat ~
Bab2 HUKUM tak boleh buat main-main maa !
kalau tak tahu , buat cara betul-betul tak tahu.
Kalau memang tahu dan pernah tanyakan perkara yang 
sama pada orang yg lbih berpengetahuan 
sila kongsikan dan terangkan kepada kami yang tak tahu ni.
Yakin dan ada sumber sahih atau dalil , maka silakan kongsi bersama :)

Abu : Betul2.Sedangkan ulama zaman dulu pn yg tinggi ilmunya kalau
 ada orang tanya dia satu perkara yang mmg dia tak tahu ,
 dia kata ' ana la adri'. Dia tak main "teka-teka" hukum je.
Apatah lagi kita yg ilmunya masih takat celah gigi je ni .
Misalnya macam Imam Malik R.A.
Ditanya kpd dia 48 masalah ,
hanya 2 dijawab dan 30 dijawab dgn "la adri".(tak tahu).
Buat apa nak segan kan kalau mmg tak tahu , 
dari bg statement salah ~ naya plk nanti~
dan untuk kita yang TAK TAHU ni , USAHALAH cari sampai tahu !
Tanyakanlah pada org yang benar2 tahu,
rujuk lah buku2 agama,org2 alim dan mereka 
yang mmg belajar dan tahu dalam penentuan hukum2 ni. 
Jangan biarkan diri anda di selubungi misteri~ hehehehehe~

Atan : Hmm,,Sbb "hukum" dan "pelaksanaan ibadah" ni sesuatu yg rigid kan ,
 jadi tak boleh letak ikut suka-suka kita je kan~
Dia ada aturannya.
Lainlah kalau macam hal-hal kemaslahatan masyarakat..,
aiseh ayat aku ! hehe..
Contohnya , "Apa nak buat pada kawan yg tgh merajuk ye?"
ataupun "bagaimana cara nak elak solat lambat?"..
dan yg sama waktu dgnnya.
Bolehlah kalau kita nak kongsi pendapat.
Kiranya pertanyaan itu lebih kepada motivasi diri
 dan bukan penentuan hukum ataupun 
masalah2 pelaksanaan fekah sebagai soalan utama.
Asalkan pendapat itu membina dan berhikmah :) serta bukan menghina.
Lazimnya orang yang aku perasankan , 
dia akan bagi pendapat ikut pengalaman yg
 dia jugak pernah lalui perkara itu ~ kan2 ? ^^,

Abu : Ha'ah . Betul2. Eh , apa nama FB kau ?

Atan : Ahaa~ Prince Charming ! amacam ? ;)

Abu : Ceh , charming ? :P

Tiba-tiba 1 suara menyampuk..,

"Dah berapa banyak friends ? Ana nak add jugak boleh ? "

Atan : boleh2 ! Eh, macam kenal je suara ni ?

Abu dan Atan saling berpandangan dan menoleh kebelakang perlahan-lahan.
"Alamak , Ustaz ! Cabutttttttttttttttttttttttttt "
Ustaz Ali : Ish..Budak2 ni..,nak lari tapi henset tertinggal ? 
Baguslah , mudahkan urusan ustaz 'simpan' henset kamu.
Ada2 je hal diorang ni.

"Moga remaja2 inilah yang bakal menyambung perjuangan
 salafussoleh terdahulu dalam menegakkan syariatNya.Ameen" .. :)

Doa Ustaz Ali dalam hatinya. 
Lama juga Ustaz Ali hanya memerhati dan mendengar
 perbualan mereka dari belakang. 

~Begitulah kisah Abu dan Atan~

Ana akhirkan bicara dengan sebuah analogi dari seorang sahabat..~
:: Bila masalah timbul dlm perubatan,semua org serahkan pada doktor,
kalau bidang kejuruteraan,semua serah pada engineer,
kalau bidang I.T semua serah pada pakar I.T,
kalau bidang masakan,semua serah pada chef..

TAPI KENAPA KALAU DALAM 
BIDANG AGAMA TIMBUL MASALAH,
SEMUA ORANG NAK TUNJUK PANDAI BAGI PENDAPAT AKAL?
APA AGAMA LEBIH MURAH DARIPADA BIDANG2 TADI? :: 
Allahualam.
Peringatan bersama untuk ana dan kita semua.
~Moga rahmatNya sentiasa bersama kita~
~TaQabbalallahu minna wa minkum~ ^^,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...