18 March 2011

"aku rindu dia"


"Wahai sahabat dengarlah rintihan masalah ku..
Telah ku luahkan padaNya..
telah Allah tenangkan hatiku..
telah Allah ingatkan pula padaku..
Bahawa aku bukanlah sendirian..
Tapi aku dikurniakanNya sahabat dan teman..
Teman yang mampu menjadi teman kala aku kegembiraan mahupun kesedihan..
dan aku perlukan kekuatan..
Hati ku lemah dalam ujian..
aku perlukan kekuatan..
Meski sebahagiannya sudah aku ketahui apa yang patut ku lakukan..
Tapi sahabat..
semangat kata-kata yang lahir dari hatimu melalui bibirmu..
lebih memberi kesan untuk aku lebih bersemangat wahai sahabat !"..

"Wahai sahabat..
Ingatlah bahawa aku sentiasa bersamamu..
Ada disisimu..
Ada di dalam hatimu..
Sebagaimana Allah telah takdirkan aku berpaut dihatimu..
Meski jika Dia takdirkan hanya sementara..
Akan aku manfaatkan saat yang ada..
untuk bersamamu..
Luahkanlah apa yang terpendam dihatimu sayangku..
Aku disini bersamamu mendengar keresahanmu
membantu semmapu yang ku mampu.."..

"Wahai sahabatku..
Sungguh hatiku resah kerinduan merindui dia..
Dia yang sepatutnya aku berhati-hati tika mahu masuk ke hatiku..
Ku akui ini salahku membenarkannya menyusup menuju hatiku..
Dan kini dia telah pun wujud dihatiku..
kini ku mujahadah dalam menahan perasaan..
Hatiku berat menampung kerinduan..
Sedang aku masih punya takut pada Tuhan..
Aku takut cintaku pdNya akan terlerai..
Sedang aku belum sempurna mencintaiNya..
Aku takut aku lalai..
Peringatkan aku sahabatku.,"

"Wahai sayangku..
Rindu dan cintamu itu adalah fitrah..
aku berkata bukanlah bermakna aku sempurna..
Aku berkata bukanlah bererti aku tak pernah merasa seperti itu jua..
sekadar aku mengingatkanmu dan mengingatkan diriku..
Perasaan itu bukanlah salahmu..
Kau mesti ingat bahawa ini adalah takdir yang Allah tentukan untukmu..
Dalam masa yang sama kau perlu tahu..
Inilah ujian Allah menguji kesetiaanmu padaNya pula.."..

"Temanku..
Tika dia jauh dariku ..
aku menantikan hadirnya..
Tika dia sudah ada depan mata..
Aku bagaikan mahu melarikan diri ke hujung dunia..
Aku menyesal dan rasa berdosa..
Kerana aku tak tahu apa yang aku lakukan..
dan aku tak tahu apa yang sedang aku perkatakan ini padamu.."..

"tenanglah sahabatku..
aku tahu hatimu sedang keliru..
aku tahu jiwamu sedang lemah..
aku disini seizinNya menemanimu..
ingatkanlah dirimu kembali..
bukankah menjauh itulah yang kau mahu.??
Bukankah menjauh itulah lebih baik bagimu..??
Permulaan mujahadahmu pasti sakit di awalnya..
Dan engkau akan biasa setelah kau lalui keseluruhan jalanNya..
Malah kau akan bertambah mencintai untuk terus meniti jalanNya..
Penghujungnya itu SYURGA..
Jangan hingga kau putus asa !
Jangan hingga kau berpatah kembali melawan arah ..
bukankah dahulu kau yang katakan padaku..
"Takdir Allah itu indah"..
Jangan kau lemah dalam menguruskan fitrah perasaan..
jangan kau pandang siapa dibawahmu..
Tapi kau lihat serikandi wanita di atasmu..
sibukkah mereka memikirkan ttg ini semua..??
Tidak sayangku..
Ada yang lebih penting dalam fikiran mereka..
mereka memperjuangkan diri kerana cinta Allah dan agama..
Jangan kau terlalu bersedih hati kerana manusia..
Jangan kau terlalu memikirkannya..
Hingga kau ketinggalan..
Sedangkan hamba-hambaNya yang lain sedang merebut meraih mengejar cintaNya..
Dan kau hanya temggelam dalam cinta manusia yang fana'..??
Yakinkanlah dirimu..
Sekiranya dia benar untukmu..
Allah ada menyediakan takdir itu buatmu..
Hanya kau perlu tunggu..
Jika tidak..
Hanya Allah itu yang mengetahui hikmah setiap keputusanNya..
Ada yang lebih baik untukmu..
Kuatkan jiwamu teman.."..

"Sahabatku...
kerana itulah Allah menghadiahkanmu padaku..
malunya aku dengan diriku..
malu lagi aku denganNya..
sahabatku..
tangisanku tak dapatku hentikan..
Aku menyesal..
Ya Allah..
Kenapa bisa sampai aku lalai hingga begini..??.."

"Sayangku..
Kerana Allah menyayangimu Dia kembali mengingatkanmu ttgNya..
aku faham sayangku..
Kita manusia biasa..
tak lari dari kesilapan..
Pasti tak lepas dari ujian..
Hadapilah ujian ini semampumu..
kerana Allah takkan membebani hambaNya diluar kemampuan hamba itu..
ayuh bersama denganku..
Terima lamaranku..
mengejar cintaNya bersama denganku..
Ingatkan aku jua kala aku lemah dan lupa..
kerana Dia Allah Maha Esa kita saling mencintai..
tentang 'dia' yang kau rindui..
aku fahami keadaaanmu..
doakanlah kebaikan untuknya..
itu  mampu mengubat rindumu pada 'dia'.."
zikrullah lah ! hatimu akan tenang..
Mohonlah agar Allah pelihara hatimu dan dia..
Raih dulu cinta  Yang Esa sahabatku..
Kembalilah kerinduan kepadaNya..
Akan terubat segala kerinduan yang kau ada..."..

"Wahai teman ku..
dengan izinNya..
dengan iradatNya..
kata2mu menyuntik semangat dihatiku..
kembali menyedarkan aku ..
benar kata mu !
aku sambut lamaran mu bersamaku..
pimpin aku dalam menuju jalan cintaNya..
sahabatku..
sungguh Allah itu Maha Penyayang kan.??..
Terima kasih mengingatkan aku tentang cintaNya..
akan aku usahakan sebaikNya..
bersaamamu..
selagimana Allah izinkan aku bersamamu.."...

"Bismillah..
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ
وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ
إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ
(رواه الترمذي وقال حديث حسن)
“Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu
dan cinta orang yang mencintai-Mu,
amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu.
 Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai
melebihi cintaku pada diriku sendiri,
keluargaku, dan air dingin.”
 _HR. Tirmidzi_
~.....Ukhuwah wa hubb fillah...~

17 March 2011

Bila Allah Sedang Cemburu

Bismillahirrahmanirrahim..~
Assalamualaikum warahmatullah ana ucapkan buat sahabat2..
Bagaimana iman antum hari ini..??
Bagaimana iman ana jua hari ini..??
Bersama-samalah kita perbaiki dan perbaharui iman kita ..~ =)

Nampaknya sudah lama tak bermuhasabah diri..
Diri ana sendiri..
Terlalu asyik dan leka dengan pelbagai nikmat dunia..
Hingga terlupa ada Maha Kuasa yang sentiasa perhatikan kita..

Seusai membaca Surah At TalaQ selepas Zuhur tadi..
Ana tertarik pada makna terakhir ayat ini..
Cukup untuk menyedarkan diri ini yang sedang terleka..

"Allah lah yang menciptakan tujuh langi
t dan seperti itu pula Bumi..
Perintah Allah itu berlaku terus menerus
 di antara alam langit dan bumi..
agar kamu mengetahui bahawasanya
Allah Maha Kuasa atas atas segala sesuatu..
Dan sesungguhnya Allah itu ilmuNya benar2
 meliputi segala sesuatu.."..

~..ALLAHUAKBAR..~ (-_-)..

Ayuh ana kongsikan bersama antum ..
Kita bermuzakarah pula tentang CINTA ALLAH..~
Bak kate blog ukhti kesayangan ana..
jom kita 'MUHASABAH CINTA'..
maka ana pun mengikut kata satu lg blog  ukhti kesayangan ana..
ana buat 'TINTA UNTUK KEKASIH'.. =) hee..~
maka kita cuba 'MENUJU JALAN CINTANYA'.. ;-)

Ana kongsikan artikel ini dari majalah SOLUSI..
antum pernah baca majalah ni..??
Kalau belum cubalah beli ! (promote ney..heheh~..)
itu majalah kegemaran ana !
Jom ! Ana taipkan untuk antum kita muhasabah cinta same2 yep.. =)


:: Apa yang membuatkan Kekasih Agung kita sedang cemburu? ::

Siapa kekasih agung kita..??
Sudah tentulah Allah Maha Pencipta..~ =)

Anda sedang asyik berbalas SMS dengan seseorang bukan mahram ?
Anda sedang ternanti nanti panggilan dari si dia..??
Anda sedang menunggu saat-saat dpt bertembung dengannya ?
Anda sedang memilih minyak wangi paling harum untuk keluar dating?

Err..,jika jawapannya YA ,
anda sedang membuat kekasih Agung anda sangat Cemburu !

berkata Ibn Qayyim Al Jawziyyah..
"Allah s.w.t sgt cemburu terhadap hati hambaNya yang mengabaikan cinta,harap dan takut kepadaNya,
dan ada sesuatu yang lain dalam hati hambaNya selain Dia.."..

Kata ulamak muktabar ini ada asasnya daripada sabda Rasulullah S.a.w...
Drpd Mughirah r.a katanya..
Sa'ad Bin ubadah mengatakan..
"Sekiranya aku melihat lelaki
berkelakuan serong (bermesra-mesraan) dgn isteriku..,
nescaya lelaki itu aku tetak dengan mata pedang yang tajam,
bukan dengan sisi tepi pedang ! "

Ucapan itu sampai kepada Rasulullah S.a.w..
Lalu baginda berkata..

"Mengapa kamu hairan melihat cemburu Saad ?
Demi Allah ! Aku lebih cemburu daripadanya
(terhadap perkara yang diambil endah dan membenci sesuatu kemungkaran demi agama)
Dan Allah lebih cemburu daripadaku..
Kerana itu dilarangNya mengerjakan perbuatan keji..
baik yang terang atau tersembunyi..
Dan tidak seorang pun yang suka memberi maaf lebih dari Allah..
Dan kerana itu diutusNya orang  yg akn mberikan berita gembira
dan org yg mberikan peringatan
Tiada seoang pun yg suka menerima pujian lebih daripada Allah..,
Dan kerana itu..(untuk org yg memujiNya)
dijanjikan SYURGA.."   -Riwayat Al Bukhari Dan Muslim-

:: Cemburu Allah tanda Besarnya Cinta ::
Cemburu Allah langsung tidak menunjukkan kerendahan..
atau Dia memerlukan kita..
Maha Suci Allah dari sifat kekurangan..
Cemburu Allah itu tanda besarnya CInta Yang MAha Pengasih dan Maha Penyayang
terhadap hambaNya..
Dia tidak memerlukan kita..
Dia tak luak dengan kelalaian kita..
Tak terjejas dengan cinta kita..

Tapi kita ????
Keperluan kita kepada cintaNya lebih penting !
berbanding makann ,minuman dan oksigen.
Mencintai Allah adalah fitrah hidup kita semua..

Cinta-Nya cinta utama !
Cinta-Nya membuatkan segala masalah yang BESAR terasa KECIL
kerana kita ada ALLAH YANG MAHA BESAR untuk menyelesaikannya..
Cinta-Nya membuatkan kita merasa kuat dan yakin diri kerana percaya ada Raja yang mempunyai kerajaan langit dan bumi BERSAMA KITA !
Cinta-Nya membuatkan kita hidup mulia kerana merasakan diri kita
hanya hambaNya
tidak boleh diperhamba sesama manusia..~

:: Jika Hilang Cinta-Nya ::
Apabila kita tak ambil kisah tentang kecemburuan Allah..
terus mengagungkan makhluk daripadaNya..
Bimbang CINTA kekasih AGUNG meninggalkan kita..~ (-_-)..
Azab Allah yang amat pedih di dunia ialah..
apabila dia memisahkan kita daripada jalan menuju HidayahNya..
Menuju syurgaNya..
Apabila Allah memisahkan kita dari pintu2 kebaikan ini..??
Apalah ertinya lagi hidup kita ini..???...
~..allahuakbar..~

::Aku Jatuh Cinta Dengan Dia::


 YA ! ketertarikanmu kepada si dia adalah lumrah..
Fitrah yang Allah hadirkan..
Setiap fitrah ada peraturannya..
Fitrah makan pun ada peraturan ,inikan pula fitrah cinta !
Oleh itu,wajarkah kita mencipta langkah seterusnya tanpa membelek sedikit pun peraturan yang Allah tetapkan..??

Sanggupkah dirimu mencipta sebuah kenangan cinta tanpa peraturan ?
Penuh maksiat hati menjalar pula kepada maksiat perbuatan..

Sahabatku sayang..
Bukan diri kita sahaja yang mengalami rasa cinta..
malah para rasul,sahabat dan orang yg soleh jua ada perasaan cinta..
Bezanya..
Bagaimana mereke menguruskan rasa cinta..??
Dan bagaimana pula kita mengurus rasa cinta..??

ibn Qayyim menukil indah dalam kitabnya Raudah Al Muhibbin..
ttg kisah Saiditina Fatimah pada malam pertamanya..
Fatimah,puteri Rasulullah berkata kepada suaminya,Saidina Ali,..

"Kanda,sebelum kita nikah..
Dinda teringin sgt nk jadi isteri kepada seseorang..
Dinda amat mengaguminya.."

Dgn penuh cemburu Saidina Ali berkata:
"Habis tu,Dinda menyesal nikah dengan kanda..?? "

Si isteri menjawab nakal dengan senyuman menghias dibibir..
"Tak kandaku  sayang..
kerana orang itu adalah kekanda.."..

(psstt..ana nak mencelah sikit..,huhu..so sweeeeet..hehe..)..
kisah ini menjadi satu bukti jelas..
bahawa puteri Rasulullah sendiri pernah memendam rasa cinta kepada Saidina Ali..
merindui.mengagumi..memasang impian hidup bersamanya..

Namun adakah si gadis beriman itu berani menghantar surat tanpa pengetahuan wali.??
berhubung melalui burung merpati..?
mengatur dating belakang pohon kurma.?
atau membonceng unta bersama kekasihnya..??

Begitu juga saidina Ali..
Adakah dia melalaikan Fatimah dgn janji2 kosong sblm nikah..?
Adakah dia terus mengurat wanita idamannya dgn meredah hak wali..??
Adakah dia terburu buru merebut cinta Fatimah yg turut diimpikan Abu Bakar dan Umar dgn mbawanya lari..??
Adakah dia meminang Fatimah ketika tidak membina kualiti diri..??

Kita pula..??
Bagaimana..??
Menguruskan perasaan fitrah kepada si dia..??
Adakah dgn jalan yg mhampiri fitnah..??
Atau jalan yg mhampiri barakah..??
~..tepuk dada tanya iman..~

itulah yang mampu untuk ana taipakan dan kongsi dgn antum apa yang ana baca..
ana tambah sikit la kan..
Ayuh kita fikir2kan..

"Adakah kita mahu akhirkan percintaan kita dengan perkahwinan..
Atau mulakan percintaan kita dengan perkahwinan..??"..
~..kita fikir2 same2..~mana yg lebih baik..~

ehemm..gaye ckp mcm ana expert laksss..
tadelah..ana sendiri masih dibangku sekolah lagi..
tapi kita ambil ia sebgai pengajarankan untuk masa kita akn dtg nanti.. =)

Dapat CINTA ALLAH..
Kita takkan merasa kehilangan cinta SelainNya..
Kembali kepada cintaNya..
Kita dapat cinta yg lainnya..~

Sorang sahabat ana pernah bertanya pada ana..
"Ada ke istilah RINDU ALLAH..???
Mcmne nak rindu Allah .. ??

Sorang lagi bertanya pada ana..
"Mcmne nak cinta Allah ..??
mcmne Nak bercinta dengan Allah..?? "...

panjang penerangannya tu..
dan jawapan ana untuk itu yang mampu ana taipkan disini..
(sbb ana pon masih merangkak lagi dlm usaha untuk mencintaiNya..byk lg lemahnya..)

yg ana mampu jwb..
"Tak Kenal Maka Tak Cinta"
itu ayt mudahnya..
Bagaimana nak kenal Allah..??
Tuntutlah ilmu ttgNya..
Mendekatkan diri dgnNya..
Bagaimana nak dekat dgnNya..
Bykkan amalan soleh mendekati dia..
Pada permulaan hinggalah sepanjang perjalanan mencari cinta Dia..
perlukan MUJAHADAH..~

plg penting..
Pintalah CINTA dan HIDAYAH itu kepada ALLAH..
Pinta CINTA-NYA kepadaNya..
Cepat atau lambat urusanNya..
Kita sebagai hamba jgn pernah putus asa minta CINTA-NYA ~
MINTA dan USAHA !


Bila kita kenal seseorang kita akan tahu siapa dia..
Bila kita tahu siapa dia kita akan mendekatinya..,
Bila kita sudah mendekatinya..
Tak lama lepastu kita akn menyayangi dia..
Bila kita menyayangi dia..
Kita pasti akn merinduinya..

Samalah perumpamaannya dalam menyintai Allah..
Cume perumpamaan atas tadi itu baru manusia..
nak dibandingkan Allah Maha Sempurna..??
LAgi hebat cintaNya..
CintaNya yang pasti BERBALAS dan HAKIKI..~

:: Dia Di Hati ku ::
Akhir kata posting ana..
Ana ambil petikan kata-kata dari sebuah buku..
Untuk ana dan antum hayati sama2 bait2 kata itu..


"Kalau kau tanyakan aku,"Adakah Dia(ALLAH) di hatimu?"..
Aku hanya mampu menjawab..
"Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku..
Aku belum sampai tahap mencintaiNya..
tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk menyintaiNya !
Justeru kerana belum ada Dia dihatiku..
Hidupku belum bahagia ,belum tenang,dan belum sejahtera !
Aku akan terus mencari !
Aku yakin ALLAH itu DEKAT ..
Pintu keampunanNya lebih luas dari kemurkaanNya..
selangkah aku mendekat..
Seribu langkah DIA merapat..
Dan akhirnya aku yakin..
Satu hari nanti..
Akan ada DIA dihatku dan hatimu jua..~

~..dan kita akn terus mengemis kasih..~

~...Allahu ta'ala a'lam...~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...