Pembangunan
tamadun islam pada hari ini sebahagiannya adalah daripada usaha-usaha dan jasa
para cendekiawan islam terdahulu dalam mengkaji dan menuntut ilmu serta
menyebarkannya sehingga berjaya mengangkat tamadun islam dimata dunia.Maka
lahirnya pelbagai tokoh cendekiawan
islam yang serba boleh dalam pelbagai bidang seperti Imam Ghazali,Al Kindi,Ibn
Sina,Ibn Rusyd dan ramai lagi.Antara tokoh falsafah yang seperti mereka ialah
Al Farabi.
Nama sebenar Al Farabi ialah Abu Nasr
Muhammad Ibn Tarkham Ibn Awzalagh Al Farabi.
Beliau dikenali sebagai Al Pharabius
dikalangan tokoh-tokoh barat serta mendapat gelaran Aristotle ke-2
kerana
arifnya beliau mengenai karya-karya
Aristotle dan mempunyai kebijaksanaan sehebat tokoh
tersebut.Al Farabi tidak
seperti tokoh lain yang ada menulis tentang biografi hidupnya sendiri.
Maka
berlaku sedikit percanggahan pendapat dan kesamaran maklumat dalam menentukan
ketepatan
sebenar biografi hidupnya.Beliau dikatakan berasal daripada Iran namun sebahagian pendapat kuat
mengatakan beliau berbangsa Turki.Al Farabi dilahirkan di sebuah kampung kecil bernama Wasij
dibandar Farab,Turkestan sekitar tahun 870 Masihi.Oleh itu,gelaran Al Farabi dinisbahkan
kepadanya
bersempena nama tempat kelahirannya.Beliau meninggal dunia di
Damaskus pada 14 Disember 950M
bersamaan bulan Rejab tahun 339 Hijrah.(Shafie
Abdul Rahman,2011:19)
Al Farabi seorang
ilmuan islam yang hebat dalam ilmu logik,falsafah politik,metafizik dan
berkemahiran
tinggi dalam seni muzik.Hampir sebahagian hidupnya dihabiskan di Baghdad untuk
menuntut ilmu sehingga tahun 942M.Antara guru terawal beliau ialah seorang kristian
bernama
Yuhanna Bin Haylan.Daripadanya Al Farabi mempelajari ilmu logik dan
mendalami karya-karya
Aristotle.Antara hasil karya Al Farabi yang terkenal ialah
kitabnya Al madina Al Fadila yang
membincangkan teori membina sebuah negara
ideal patut dipimpin oleh Nabi atau golongan yang
berwibawa dalam bidang
agama.Seterusnya ialah kitab Ihsan Al Ulum dan Kitab Al Jam yang
menghuraikan pandangan beliau berkaitan ilmu falsafah Yunani,Plato dan Aristotle.Selain itu,Al Farabi
turut menghasilkan karya berkaitan muzik seperti bukunya Meanings
of The Intellect yang menerangkan
kaitan antara kesan terapi muzik dan kesannya
terhadap spiritual manusia.(Netton Ian Richard,1992:5)
Definisi falsafah pada Al Farabi ialah suatu ilmu yang
menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini.Antara falsafah beliau
ialah seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains
dan politik.Tanpa sains seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan
untuk dieksploitasi bagi kepentingan orang lain.Merujuk kepada falsafahnya juga
Al Farabi berpendapat seseorang indiviu yang memencilkan dirinya tidak akan
berjaya hanya dengan dirinya tanpa bantuan daripada insan lain.Beliau juga berpegang
bahawa ilmu adalah segala-galanya dan para ilmuan hendaklah diletakkan pada
kedudukan yang tinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.(Shafie Abdul
Rahman,2011:21)
Kesimpulannya,biografi
ringkas berkaitan hidup Al Farabi cukup mengajar kita tentang rasa cinta kepada
ilmu yang tinggi serta kesungguhan dalam menuntut ilmu.Bahkan antara takrif
falsafah itu sendiri ialah mencintai kebijaksanaan.Budaya Ilmu dan berfikir
dengan kritis dapat meningkatkan lagi potensi diri dan menajamkan akal fikiran
serta membawa kita semakin dekat untuk mengenal Tuhan.Oleh itu adalah sesuatu
yang tidak mustahil untuk kita menjadi insan sehebat Al Farabi yang tidak
pernah jemu bersama ilmu serta menguasai ilmu yang pelbagai dan tidak tertumpu
hanya pada satu bidang sahaja .
Ahmad
Sunawari Long. 2008. Sejarah Falsafah. Selangor: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Corbin,
Henry. 1993. History of Islamic Philosophy. USA: Islamic
Majid
Fakhry. 1997. Islamic Philosophy,Theology and Mysticism.
England: Oneworld
Publication.
Netton,
Ian Richard. 1992. Al Farabi and His School. London: Routledge.
Netton,
Ian Richard. 2007. Islamic Phylosophy and Theology. London: Routledge.
Osman
Bakar. 1987. Al Farabi,Life Works and Sigficance.
Kuala Lumpur: The Islam Academy of Science.
Shafie
Abdul Rahman. 2011. 25 Cendekiawan Islam. Kuala Lumpur: Mustread.