11 December 2011

Kisah Abu dan Atan :: Tak Tahu ? Tak payahla~

Bismillah ~

Pada petang yang santai..,
Dorm Saidina Ali sunyi sepi..,
Abu menguak pintu yang separa tertutup..,

Abu : Assalamualaikum ! 

Atan : Waalaikumuss..salam..oh,kau, buat terkejut jelah !

Abu : Aha ! Orang petang2 pi main bola kat padang,ni dok sorang dalam dorm,bakpo ha ?
Uishh..,lawo handset (^~,)

Atan : Hehe~ ada masa ni online lah sat.,baru nak log in ni haa~
exam baru habis kan..

Abu : Oh, fesbuk lah tu..,Hmm..aku takdak fesbuk2 ni.Nanti leka kalau aku yang main benda2 ni.
Tak pandai aku nak kawal.Ada apa je dalam tu ?

Atan :Aku tengah baca komen2 orang ,
 macam2 ada.Ada yang kelakar..Alahai~
Leka ? Hurmm..Betul tu..Aku tak nafikan..
Sejam pun rasa macam 5 minit je..,
Masa yang berlalu cepat ke atau aku yang buang masa banyak ? 
Itu bergantunglah kan macamne orang manfaatkan benda2 macamni.

Abu : Hmm..Betul2 ! Aku teringat pesan sorang bro ni masa aku dengar tazkirah dia.
Dia kata , tak salah kita nak berhibur, santai2 , relaks2 , 
asalkan tak melampaui 3 perkara ni .

Atan : Apa benda ?

Abu : 1. Tak melebihi waktu solat (jgn sampai solat lambat@ tak solat langsung)
2.Tak ada percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa batasan.
3.Tak ada unsur judi , arak , dan yang sama waktu dengannya.
kalau sampai ada 3benda ni , hiburan tu boleh jatuh hukum HARAM .

Atan : Yeke ? Peringatan2 untuk aku.
Alhamdulillah.Mekasih2.
Ha,kalau kau nak tahu dalam ni ada 'group'.Boleh join,
boleh kongsi maklumat,kongsi2 ilmu . :)
 tapi..,ada 1 benda yang aku kurang senanglah~

Abu : Apa benda ?

Atan : Haa~ panjang umur ! cuba baca ni~ 
 :: Jejaka Jambu: Apa hukum potong kuku hari jumaat ? ::

Abu : Kenapa dengan soalan ni ? Kau nak jawapannya ke ?

Atan : Bukan~
  Bila ada orang kemukakan soalan ,
atau pendapat atau maklumat kan,
ada sesetengah orang yang dia main sebar je~
Tak ke dia cek dulu ke sahih ke tidak khabar tu~

Abu ; Mungkin diorang betul2 tak tahu benda tu sahih atau tak..
dan tambah lagi ada org yang mmg taknak ambil tahu pun sahih ke tidak asalkan sebarr~
Lain org lain tahap pengetahuannya.
Jadi tugas utk org yg DAH TAHU maklumat tu benar ke tidak,
jgn pernah jemu utk BAGITAHU .
Nama pun 'group' kan.,jadi bila ada something yang 
dikongsi disitu bermulalah perbincangan.
Jadi beritahulah apa yg anda tahu dan anda pasti kesahihannya kpd
 mereka yang tak tahu .Discuss2. ^^,

Atan : Aiwah ! Ustaz Abu ! InsyaAllah2 ! 

Abu : Ha, ni yang aku plak kurang senang ni . 
Asal bagi nasihat ke, apa-apa ke ustaz ustazah la ye ?
Dalam hidup kita ni mmg tak lari dari aturan 'Islam'.
Islam tu kan syumul.Jadi setiap aspek dlm khidupan Islam ada jalannya.
Hatta menguap sekalipun , Islam ada adabnya..dan kite kan SAUDARA ! ^^,
ada time aku ingatkan kau, ada waktu nanti kau pula perlu betulkan aku .
Kita memang kena saling ingat mengingatkan.
Tak kisahlah siapa pun dia.Ustaz ke tidak ,
 "nasihat-menasihati" itu MESTI~


Atan : Aiwah , Dr.Abu ! hehe~ Aku mendoakan ni ~ ameen2 :)

Abu : Ameen ! ada2 je lah dia ni~ haha~


Atan : ha, lagi satu  ! Bila dah mula orang komen mengkomen kan.,
ada timbul satu benda yang aku tak berapa gemar la~

Abu : Apa pula bendanya ?

Atan : Ok , macamni.
Contohnya bila ada orang tanya ttg sesuatu hukum dlm ssuatu
 perkara ada sesetengah orang yg dia jawab ikut "rasa2" dia je ~
Ada yang siap kata "ikut logik akal" dia la ~
"dgr2 dia" la ~
"rasa sy sunat kot"..~
"mungkin makruh.."..
"rasa2 sy kena buatnya macamni.."
Tak ke kasihan pada orang yang bertanya ?
Dia betul2 tak tahu dan mahukan jawapan tapi 
sebahagian orang bagi komen dan jawapan yang mengelirukan.
Bagi aku , kalau benar2 tak tahu sesuatu hukum tu atau pelaksanaan ssuatu ibadah tu , katakan jelah 'ana la adri' (saya tak tahu)..
means takyah bagi komen @ pendapat ~
Bab2 HUKUM tak boleh buat main-main maa !
kalau tak tahu , buat cara betul-betul tak tahu.
Kalau memang tahu dan pernah tanyakan perkara yang 
sama pada orang yg lbih berpengetahuan 
sila kongsikan dan terangkan kepada kami yang tak tahu ni.
Yakin dan ada sumber sahih atau dalil , maka silakan kongsi bersama :)

Abu : Betul2.Sedangkan ulama zaman dulu pn yg tinggi ilmunya kalau
 ada orang tanya dia satu perkara yang mmg dia tak tahu ,
 dia kata ' ana la adri'. Dia tak main "teka-teka" hukum je.
Apatah lagi kita yg ilmunya masih takat celah gigi je ni .
Misalnya macam Imam Malik R.A.
Ditanya kpd dia 48 masalah ,
hanya 2 dijawab dan 30 dijawab dgn "la adri".(tak tahu).
Buat apa nak segan kan kalau mmg tak tahu , 
dari bg statement salah ~ naya plk nanti~
dan untuk kita yang TAK TAHU ni , USAHALAH cari sampai tahu !
Tanyakanlah pada org yang benar2 tahu,
rujuk lah buku2 agama,org2 alim dan mereka 
yang mmg belajar dan tahu dalam penentuan hukum2 ni. 
Jangan biarkan diri anda di selubungi misteri~ hehehehehe~

Atan : Hmm,,Sbb "hukum" dan "pelaksanaan ibadah" ni sesuatu yg rigid kan ,
 jadi tak boleh letak ikut suka-suka kita je kan~
Dia ada aturannya.
Lainlah kalau macam hal-hal kemaslahatan masyarakat..,
aiseh ayat aku ! hehe..
Contohnya , "Apa nak buat pada kawan yg tgh merajuk ye?"
ataupun "bagaimana cara nak elak solat lambat?"..
dan yg sama waktu dgnnya.
Bolehlah kalau kita nak kongsi pendapat.
Kiranya pertanyaan itu lebih kepada motivasi diri
 dan bukan penentuan hukum ataupun 
masalah2 pelaksanaan fekah sebagai soalan utama.
Asalkan pendapat itu membina dan berhikmah :) serta bukan menghina.
Lazimnya orang yang aku perasankan , 
dia akan bagi pendapat ikut pengalaman yg
 dia jugak pernah lalui perkara itu ~ kan2 ? ^^,

Abu : Ha'ah . Betul2. Eh , apa nama FB kau ?

Atan : Ahaa~ Prince Charming ! amacam ? ;)

Abu : Ceh , charming ? :P

Tiba-tiba 1 suara menyampuk..,

"Dah berapa banyak friends ? Ana nak add jugak boleh ? "

Atan : boleh2 ! Eh, macam kenal je suara ni ?

Abu dan Atan saling berpandangan dan menoleh kebelakang perlahan-lahan.
"Alamak , Ustaz ! Cabutttttttttttttttttttttttttt "
Ustaz Ali : Ish..Budak2 ni..,nak lari tapi henset tertinggal ? 
Baguslah , mudahkan urusan ustaz 'simpan' henset kamu.
Ada2 je hal diorang ni.

"Moga remaja2 inilah yang bakal menyambung perjuangan
 salafussoleh terdahulu dalam menegakkan syariatNya.Ameen" .. :)

Doa Ustaz Ali dalam hatinya. 
Lama juga Ustaz Ali hanya memerhati dan mendengar
 perbualan mereka dari belakang. 

~Begitulah kisah Abu dan Atan~

Ana akhirkan bicara dengan sebuah analogi dari seorang sahabat..~
:: Bila masalah timbul dlm perubatan,semua org serahkan pada doktor,
kalau bidang kejuruteraan,semua serah pada engineer,
kalau bidang I.T semua serah pada pakar I.T,
kalau bidang masakan,semua serah pada chef..

TAPI KENAPA KALAU DALAM 
BIDANG AGAMA TIMBUL MASALAH,
SEMUA ORANG NAK TUNJUK PANDAI BAGI PENDAPAT AKAL?
APA AGAMA LEBIH MURAH DARIPADA BIDANG2 TADI? :: 
Allahualam.
Peringatan bersama untuk ana dan kita semua.
~Moga rahmatNya sentiasa bersama kita~
~TaQabbalallahu minna wa minkum~ ^^,

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...