15 December 2010

Hampir ke neraka bertukar Menanti di pintu Syurga~

Kisah ini..
Ana kongsikan pada antum..
Menyentuh hati..
Ana dpt dari sahabat ana ..
Hayatilah~

Pada setiap Jumaat,
selepas selesai menunaikan solat Jumaat,
seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun
akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk
 “Jalan-jalan Syurga”
dan beberapa karya Islamik yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah,
 pada ketika Imam dan anaknya
itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan
 risalah-risalah Islam itu,
 hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata

“Ayah! Saya dah bersedia”


Ayahnya terkejut dan berkata
 “Bersedia untuk apa?”.
 
“Ayah bukankah ini masanya kita
 akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku!
Bukankah sejuk keadaan di luar tu
dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang
 akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah
“Ayah tidak bersedia hendak keluar
 dalam keadaan cuaca sebegini”
Dengan merintih anaknya merayu
 “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun
menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya.
“Pergilah nak dan berhati-hatilah.
Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah”

 Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi
 meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu
 hilang dalam kelebatan hujan itu.
Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah
tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya.
 Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam,
hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga”
ada pada tangannya.
Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan
selesai jika masih ada risalah di tangannya.
Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa
 yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal.
Akhirnya dia ternampak satu rumah
yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.
Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi
 namun tiada jawapan.
Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan.
 Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi,
 mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi.
Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka.
Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan
 dalam lingkungan 50an.
Mukanya suram dan sedih.
“Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah
 malaikat yang turun dari langit.
Makcik, maaf saya mengganggu,
saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik.
 Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir
 ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”.
 Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.”
kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut.

Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula,

seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah.
Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya

“Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.”
Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri.
Dia adalah
perempuan separuh umur itu.
“Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini
yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali.
Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas
 saya bukan seorang Muslim.
 Suami saya meninggal beberapa tahun lepas
dan meninggalkan saya keseorangan
dalam dunia ini”.

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.
“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Jadi saya ambil kerusi dan tali.
Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap
anak tangga menuruni.
Saya ikat hujung tali di galang atas
 dan hujung satu lagi diketatkan di leher.
Apabila tiba saat saya untuk terjun,
tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi.
Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi.
Kemudian saya mendengar ketukan
dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi.
Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng
 ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher
 dan terus pergi ke pintu”
“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat
 anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas
dan suaranya seperti malaikat”.
“Makcik, maaf saya mengganggu,
saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa
memelihara makcik”
itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan.
Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah
itu setiap muka surat.
Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir
 menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..
Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang
yang bahagia, yang menjadi hamba kepada
Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa.
Di belakang risalah terdapat alamat ini dan
itulah sebabnya saya di sini hari ini.
Jika tidak disebabkan malaikat kecil
yang datang pada hari itu tentunya roh
saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Semua para jemaah mengalirkan air mata.
 Mereka mengucap syukur pada Allah.
Ramai juga yang bertakbir,

ALLAHUAKBAR!


 
Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya
 dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf
 hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya.
 Tiada anugerah yang amat besar
dari apa yang dia ada pada hari ini.
 Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya....

4 comments:

  1. erm..bgossnye dak kecil 2..kat mesia ni agknyemest x de kan...bknnye sng nk lpaskn anak pegi b'dakwah tmbh lgi dgn cuaca yg x menen2..an hurm..thoiyib..!! ana rse terharu laa~..huhuhu..

    ReplyDelete
  2. subhanallah..~
    mcm ana kata..
    nak seribu daya taknak seribu dalih..
    andai tadek kat malaysia bdk2 mcmni anta kate..
    jadilah kite yg ptame buat mcmtu..=)
    insyaAllah~

    ReplyDelete
  3. erm..aiwah..2..
    bile lgi klw bkn al an..?
    spelgi klw bkn kite..?
    whai pre mujahid wa mujaidah bgunlh..
    tgkknlh agamaNYA..!!
    andai dri ini sdh dipggil olehNYA...
    minxlh spya genrasi akn dg..
    mnjdi sperti bdak yg dlm cerita trsbt..
    AMIN..!!!

    ReplyDelete
  4. yg nie ke yg anti cerite kt ana??
    best2~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...