21 December 2010

Andai Hati Kau Sedih..~

 Bila hati berkata~

Ya Allah!!!
Kenapa ini yang aQ nak tapi itu yang Kau bagi..?????
Ya Allah!!
Kenapa ini yang aQ cari tapi itu yang Kau beri..??
Ya Allah apa salah aQ..??
Ya Allah!
Kenapa ini yang Kau takdirkan untuk aQ..??
Ya Allah!
kenapa Kau rampas cinta yang telah aQ bina?? 
Kenapa Kau jauhkan dia dari aQ..??
Ya Allah!
Mengapa tidak Kau perkenan doaku..??
Ya Allah...................
Mengapa aQ tak boleh dapat macam orang lain dapat..??
Ya Allah..........
Berbagai-bagai ragam kehidupan manusia menghadapi ujian yang pelbagai cara kedatangannya..

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan
dibiarkan shj hanya dengan mengatakan
'Kami telah beriman' tetapi mereka tidak di uji..?
Dan sungguh,
Kami tlh menguji org2 sblm mrk,
maka Allah pasti mengetahui org2 yg benar
 dan pasti mengetahui org2 yg berdusta"
_Al ankabut:2-3_

Wahai hati..
Tiada kata seindah kalamNya..
Tiada cinta seindah cintaNya..
Pujuk hatimu wahai hati-hati
yang masih mencari jawapan dariNya..

:: UJIAN DARI ALLAH::
Wahai hati..
Ujian Allah itu datangnya bukan sengaja..
Hadirnya bukan sia-sia..
Ujian Allah itu menguji
tahap keimanan hati kita..
Mumtaz..?Jaid Jiddan..? atau rasib kah
kita menempuhi ujianNya..
Lulus atau cemerlang kita menghadapi cubaan dariNya..
Atau kita gagal dengan kesakitan dan keresahan
 yang Dia beri..??

Wahai hati..
Ujian ini jua satu jihad..
Engkau mahukan jihad di jalanNya.?
inilah jihad plg utama!
Berperanglah kau dengan nafsu hatimu sendiri!
Nafsu yang sentiasa membawa engkau
cenderung ke arah kegelapan..

Wahai hati..
Ujian dariNya..
Menguji dayatahan kuatnya hatimu..
Bukan Dia zalim..
Bukan Dia tidak perkenankan hajatmu..
Tapi..
Ujian itulah tanda Dia sayangkan dirimu..
Tidak membiarkan engkau kesesatan
dalam arus keseronokan duniawi..
Menyedarkanmu bahawa engkau perlukanNya..
Hadirnya ujian itulah engkau akan berdoa pdNya..
engkau akn meminta padaNya..
Bukankah ujian yang hadir itu merupakan
 salah satu panggilan rinduNya pada dirimu..?
Allah mahu engkau meminta padaNya..
Allah mahu kau memohon padaNya..
"Berdoalah kepadaKu
nescaya akan ku perkenankan bagiMu"
surah Ghafir:40:60



Lihat! Janji Allah itu benar..!
Mungkin kerana selama ini
kau alpa ttg diriNya..
Kau lupa kewujudanNya dalam hatimu..
Kau lupa dia keutamaan utama
dalam perjalanan hidupmu..
Kerana itulah ujian itu datang menjemput hatimu
untuk kembali mengingatiNya..


Mengapa Allah turunkan hujan..?
Rupanya Dia mahu berikan kita pelangi yang indah..

Mengapa Allah berikan apa yang tidak kita mahukan..?
Kerana Allah mahu berikan apa yang kita PERLUKAN..

Mengapa Allah membuatkan kita merasa kehilangan..?
Kerana Allah mahu berikan yang lebih baik
dari apa yg kita ada..
Menghargai apa disisi kita..

Allah memakbulkan hajat kita..
Doa kita..
Bukan mengikut apa yang kita mahu..
Tapi mengikut apa yang dimahukanNya..
Bukan mengikut masa yang kita mahu..
tetapi mengikut masa yang ditentukanNya..

Dan KETENTUAN ALLAH itu sebaik-baik keputusan !
Allah mahu kita sedar..
Kesayangan kita yang utama adalah Dia..
Yang lain hanyalah pinjaman dariNya..
Kecintaan padaNya adalah kunci segala cinta yang lain..
engkau sedar cintaNYa..
engkau takkan merasa kehilangan cinta lainnya..
Kerana Dialah pemilik segala Cinta..

Mengapa hadirnya ujian itu pahit..??
Kerana Allah mahu engkau merasa betapa manisnya
 berharap dan memohon padaNya..

Cuba kau lihat situasi yang ku beri..
"seorang hamba yang sentiasa berdoa agar dia berjaya mendapat pekerjaannya..
Lalu satu hari dia pergi interview..
Tapi atas takdir Allah dia tidak diterima bekerja ditempat yg dia mahukan..
Dalam perjalanan pulangnya..
Dia hampir dilanggar lori..
Atas takdir Allah jua dia terselamat dari menerima musibah itu..
Lihat..!
Manakah yang lebih berharga waktu itu..?
Nyawanya atau tempat kerjanya..?
Bukankah Allah telah menggantikan dengan sesuatu
yang lebih baik dari yang dia mahukan..???
Tepuk hati tanya iman~

Ujian dari Allah itu..
Dalam pahit ada manisnya..
Yang pahit itulah kemanisan iman
 yang akn dapat kau rasai..

Padatkan hatimu dengan keyakinan padaNya..

"Dan Kami tidak membebani seseorang
melainkan menurut kemampuannya"
Surah Mukminun:62

Janganlah kau besedih wahai hati..
La Tahzan wa La Tay'as ya sohibi..
Jangan bersedih dan
janganlah berputus asa..

Sekali lagi ku ingatkan..
Ujian itu tanda sayangNya..
Buka mata hatimu..
Pasti ada hikmah tersembunyi Allah
sediakan untukmu..
Ada yang lebih baik Allah
mahu beri padamu..


Bersangka baiklah dengan Allah..
Kembali kepada cintaNya..
BILA KAU MILIKI CINTA-NYA..
TIADA KAU MENGHARAP SELAIN DaRi-NYA..
ITULAH KEINDAHAN YANG  TIADA BANDINGNYA..
Kesedihanmu terbayar dengan rasa cinta
 dan yakin yang tinggi pd Dia!

Sungguh Dialah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Dialah Maha Penguasa..
Dan jiwa kita semua dalam genggamanNya~
Pintalah pertolonganNya..
Berusahalah menempuhi ujianNya..
ada ganajran yang kau tidak ketahui yang telah Allah sediakan untuk hamaba2Nya yang berSABAR..~

"Maka tidak seoraNG Pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka(iaitu nikmat yang bermacam-macam)
yang menyenangkan hati
sebagai baalsan terhadap apa yang mereka kerjakan"
_As Sajdah:17_


2 comments:

  1. Syukran ya ukht~
    Peringatan buat hati sendri jua senanye~
    Moga hati2 kita tetap padaNya~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...