19 February 2011

Ujub Zaman Moden..~

Sifat Megah dan Bangga hanyalah mutlak sifat milikNya..~
Hanya Allah yang Maha Layak memiliki sifat EKSKLUSIF kepada hamba-hambaNya..

Ayuh ana sisipkan dan kongsikan sedikit pengetahuan bersama antum..
Moga-Moga kita menjauhi dan BERHATI HATI dalam menjaga HATI..
Peringatan buat diri ana sendiri yang mengingatkan terutamanya..
Kerana umum tahukan ?? HATI lah RAJA buat segala-galanya..

~..UJUB ZAMAN MODEN..~
Apakah itu..??
Ada beza ke Zaman mOden dengan Zaman duLu..

Tengok dulu apa maksud UJUB..??

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat.
lebih banyak ibadah dan sebagainya.
Tanpa bimbangkan kehilangan berkat perkara-perkara tersebut
lupa yang ianya  pemberian dari Allah swt kepadanya.

Contohnya..
Seseorang itu berasa ujub bila dia berdoa lebih lame dari orang lain..
sujud lebih lama dari orang lain..
Pendek cerita..,
bisikan hatinya seakan akan berkata begini..
"Uishh,,aku sujud lagi lama dari dia.."..

UJUB ( RASA DIRI HEBAT) permulaan kepada segala penyakit hati..
Titik tolak kepada RIAK (MENUNJUK-NUNJUK) dan
TAKABBUR ( mEMBESARKAN DIRI SENDIRI)..


Ibnu Mas'ud ada berkata:
Kebinasaan itu berpunca daripada dua perkara –
pertama, putus asa dari rahmat dan kurnia Allah swt,
kedua, merasakan diri lebih daripada orang lain lalu memandang lekeh kepadanya.

Nauzubillahi min zalik..~

JAdi Bagaimana yang dimaksudkan UJUB ZAMAN MODEN ni..???

JOm Tengok...~

1.BLOG & FOLLOWERS

Kebiasaannya perkara begini selalunya akan berlaku dikalangan "blogger"..
Mereka berisiko merasa diri hebat !
apabila mendapat ramai peminat atau followers yang
berminat mengikuti blog mereka..
Ribuan atau ratusan followers menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai..
Tak salah untuk kita seronok sekiranya mempunyai ramai follower..
Tetapi seronok atas dasar apa..?????
Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kpd ribuan dan ratusan follower..
Atau Seronok kerana JUMLAH followers yang banyak..????
Ambil peranan disitu mengurus hati..
BERHATI HATI MENJAGA HATI..
Agar niat tidak terpesong Lillahi Taala ..~

2."LIKE" DI FACEBOOK

Post "status" di laman sosial facebook mahupun yang sewaktu dengannya..
Ramai pula yang tekan "like"..
Bila ramai yang "like" mulalah diri merasakan mendapat perhatian ramai..
Setiap cetusan minda yang terpapar dilaman facebook dihargai
dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan..
Awas !!
Tak salah untuk berasa gembira apabila
orang lain suka dengan apa yang kita lakukan..
Tapi BERHATI HATI MENJAGA HATI..
Takut ujub mengintai menyusup masuk ke dlm diri..

3. KOMEN DI FACEBOOK
(dan sewaktu dengannya)

Mungkin juga kita akan rasa teruja..
Apabila ramai yang memberi tindakbalas yang
memberangsangkan pada "post" kita di Facebook..
Apabila ramai sangat mungkin bibit rasa ujub akan lahir..
Termasuk juga komen2 gambar di facebook dan
yang sewaktu dengannya..
Apabila ramai yang komen..
Ramai yang memuji..
Mulalah rasa semacam dan seronok dengan pujian itu..
Maka dengan senang UJUB boleh terbit dari hati..

4.RAMAINYA KAWAN ATAU PEMINAT DI FACEBOOK
 (dan sewaktu dengannya )

Sekali lagi jumlah main peranan penting bagi syaitan..
Untuk menghasut manusia berasa riak..
Ramainya bilangan rakan maya difacebook..
Bisa membuatkan diri merasa hebat ..
Tanpa sedar ujub sudah merajai hati..

5. BERDAKWAH DI FACEBOOK 
(dan yang sewaktu dengannya)

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Facebook atau mana2 laman sosial,.
Sebagai orang yang merasakan wajib untuk dirinya berdakwah..
Maka laman sosial seperti ini dijadikan medan untuk berdakwah
di tengah kawan2 facebook lain yang banyak merapu..
Maka jadilah kita bagaikan 'Ghuraba'..
Yang dibimbangkan disini..
Apabila kita berdakwah..
kita turut berbangga dengan apa yang kita lakukan...
Awas wahai Da'ie !!
BErhati hati lah menjaga hati !!
[Sumber: ILUVISLAM]

Moga Allah sentiasa melindungi kita..
Agar niat baik kita tetap lurus diatas jalanNya..
Dan hanya mendambakan redha serta balasan dariNya..
Kerana syaitan itu tidak putus untuk membinasakan kita..
Mereka punya 1001 cara halus mahupun kasar
 agar dapat menjatuhkan kita ..
MeMbuatkan kita rebah dijalan dakwah ..~
Hanya kerana penyakit hati yang hadir tanpa kita sedari..


..~Kembalilah segala puji-pujian itu hanya kepada Allah
yang Maha Memberikan semua kelebihan kita punya itu kepada kita..~

Ayuh muhasabah diri seketika...
Mari kita fikirkan ..

Sekiranya ujub mahupun riak mengintai diri..
Perasaan bangga seperti mahu bertahta di hati..
Ingatlah kembali...,
Jika selama ini Allah sentiasa memperlihatkan kepada orang lain
 tentang kebaikan kita..,
Lalu orang memuji  kerana apa yang kita lakukan..,
Sedangkan segala galanya itu semuanya datang dari Allah..,
MAka selayaknya pujian itu berbalik kepada Allah..!
Ingat dan fikir !! bayangkan..
Apa akan terjadi pula kalau Allah dengan kuasaNya..
Membuka hijab dosa kita..,???
Semua orang tahu tentang aib dan kesalahan serta silap kita..???
Sekiranya Allah mahu tidak mustahil Allah lakukan !
 Kun Fa Yakun ! (Jadi maka jadilah )
Tapi kerana sayangnya Allah pada hambaNya
 tak senang2 aib kita terbuka..
Allah jaga dengan sebaik baiknya..~
Mengikut kehendakNya..~
kita tak mahu kan..???
Kita tak nak bukan aib dosa kita terbongkar. .??
Jadi soal pada hati sendiri..!!
Apa perlu kita bangga2kan sekelumit kebaikan yang kita buat
sedangkan bergunung dosa yang telah kita lakukan ??
dan Allah simpan itu sebagai rahsiaNya..?????
Allah hanya memperlihatkan kepada orang lain tentang
 kebaikan terang terangan yang kita buat..
Tapi sembunyikan untuk kita tentang berbagai dosa yang  telah
kita lakukan dari pengetahuan orang lain..
Untuk itu bersyukur dan kembali kepadaNya..!
Kerana manusia lainnya hanya mengetahui kebaikan yang telah kita lakukan..
Namun dosa kita hanya kita dan Allah saja yang mengetahui..
Kembalikan segala pujian itu hanya untuk Allah..!
Kerana BERMEGAH itu hak mutlak sifat EKSKLUSIF
milikNya yang MENCIPTAKAN KITA..
Wallahu'alam..~

..~"Hati kita..
Niat kita..
Hanya diri sendiri dan Allah yang Maha Mengetahui..
Samada IKHLAS ataupun RIAK..
Kita yang mengenali rasa perasaan itu..
Untuk itu..
Bersama sama kita...
BERHATI HATI  MENJAGA HATI.."..~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...