26 February 2011

5 syarat nak buat maksiat ! !

"Jika mahu berbuat maksiat..
5 syarat perlu kau ikuti.."


~..ayuh..hayati kisah ini..~
Suatu hari ada seorang lelaki
yang menemui Ibrahim bin Adham.
Dia berkata,
 “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, 


Jika kamu mahu menerima lima syarat
dan mampu melaksanakannya,
maka bolehlah kamu melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya,
Apakah syarat-syarat itu,
wahai Aba Ishak?”
Ibrahim bin Adham berkata,


Syarat pertama,
 jika kamu bermaksiat kepada Allah,
 jangan memakan rezekinya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening
 seraya berkata,
Dari mana aku mahu makan?
Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”


“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham.
 Kalau kamu sudah memahaminya,
 masih mampukah memakan rezekinya,
sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,”
 kata Ibrahim,


Kalau mahu bermaksiat,
 jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu
terkejut setengah mati.
Ibrahim kembali berkata kepadanya,


Wahai Abdullah, fikirkanlah,
 apakah kamu layak memakan rezekiNya
 dan tinggal di bumiNya,
sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”


“Ya! Anda benar.”
kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan

syarat yang ketiga.
Ibrahim menjawab,
Kalau kamu masih mahu bermaksiat,
carilah tempat tersembunyi
yang tidak dapat terlihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata,

Wahai Ibrahim,
ini nasihat macam mana ni?
 Mana mungkin Allah
 tidak melihat kita?”


“Ya, kalau memang
yakin demikian,
 apakah kamu masih berkeinginan
melakukan maksiat?”
kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan
meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan,
 “Kalau malaikat maut datang
hendak mencabut rohmu,
katakanlah kepadanya;
 Ketepikan kematianku dulu.
 Aku masih mahu bertaubat
 dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala
 dan segera tersedar,
Wahai Ibrahim,
mana mungkin malaikat maut
 akan memenuhi
permintaanku?”


Wahai Abdullah,
 kalau kamu sudah meyakini
bahawa kamu tidak
 boleh menunda
 dan mengundurkan
datangnya kematianmu,
lalu bagaimana engkau boleh lari
dari kemurkaan Allah?”


Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab,
 “Wahai Abdullah kalau
malaikat Zabaniyah datang
 hendak mengiringmu ke api neraka
di hari kiamat nanti,
 jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf.
Dia berkata,
Wahai Aba Ishak,
 sudah pasti malaikat itu tidak
membiarkan aku
menolak kehendaknya.”

Dia tidak tahan lagi mendengar
 perkataan Ibrahim.
Air matanya bercucuran.
Mulai saat ini aku
 bertaubat kepada Allah.”
 katanya sambil terisak-isak.




~.Allahu a’lam bisshawab.~

Sumber: FB Islam agamaku Dakwah tanggungjawabku

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...