14 March 2011

Berkawan VS Berzina :: IKHTILAT::

Bismillah ana mulakan kalam bicara..
Tika hati kegusaran dalam mencari penyelesaian..
Allah menjawab keresahan hati ini
dlm mencari jawapan..
Ana temukan penerangan..

Moga hadir hidayahNya
buat diri ana sendiri
dan antum yang membaca..

Ana 'copy' ini dari blog yang ana temui..
(link nya ana letak penghujung entri ini)
Moga dpt kita ambil pengajaran
dan inputnya yang benar2 bermakna..




Ikhtilat.
 Maksudnya percampuran.
 Biasanya, kalimah ini digunakan,
dengan merujuk kepada percampuran
 antara lelaki dan perempuan secara tidak syara’.

Ada seorang ‘bro’ ni,
yang menggunakan nickname Mankind
 bertanya kepada saya:
“ salam..bro.Asyraf..
ap pendpt kalau lelaki berkwn rpt dgn perempuan..
salah ke?
m’langgar ikhtilat ?..
sesetgh dr kami yg b’fikiran
‘cinta2 tu tidak d’janjikan…
tp friendship itu pastilah’…
tp sesetgh org m’mndang serong..
kalau b’kwn b’lainan jantina.
 mcm berdosa besar..
setiap kita memerlukan antra satu sama lain..
sy susah btul nak hndle org mcm ni”

Saya sudah berjanji dengan Bro Mankind ni,
untuk membicarakan hal yang
dia tanyakan ini di dalam satu post khas.
Biar semua orang boleh kongsi manfaatnya.
Maka Bro Mankind, izinkanlah
 ‘Bro Asyraf’ kamu ni menerangkan.
Harapnya kita semua dapat buka hati kita
 dalam berkomunikasi dengan masalah ini ya.
 Yang benar itu tetap benar walaupun
 semua orang tidak suka,
yang batil itu tetap batil
walau seluruh dunia menyukainya.
Sebenarnya, percampuran
 lelaki dengan perempuan
 adalah amat dipandang berat oleh ISLAM.
 Tidak hairanlah jika kita tidak menjaga
 pergaulan kita dengan kaum berlawanan jenis,
 maka kita akan dipandang serong
dan mungkin akan dikutuk cela.

ALLAH SWT berfirman:
“ Dan janganlah kamu mendekati zina,
sesungguhnya(zina) itu adalah satu
perbuatan yang keji, dan jalan yang buruk”
 Surah Al-Israa’ ayat 32.
Ayat ini popular bukan?
Selalu kita dengar orang melaung-laung
 ulang ayat ini bila hendak menceritakan
 hal kenapa dilarangnya bercampur lelaki dengan perempuan.

Tetapi ramai yang membalas semula:
“ Kami bukan nak berzina.
 Kami kawan je.
Mana ada sentuh-sentuh.”

Tak mengapa. Kamu cerdik.
 Pandai kamu memberikan alasan.
 Saya tinggalkan dulu persoalan

“ Kami bukan nak berzina”
 ini.
 Mari kita perhatikan terlebih dahulu,
bagaimanakah ALLAH menitik beratkan
pergaulan lelaki dan perempuan ini.

Kalau kita perhatikan,
 ayat larangan mendekati zina
 terletak di tengah-tengah Surah Al-Israa.
 Bukan di hadapan, bukan di belakang.
Itu ayat melarang.
Satu teguran, pesanan daripada ALLAH SWT
untuk menyatakan buruknya zina itu.
Ayat sebegitu diletak di tengah-tengah.

Mari kita selak Surah An-Nur.
Lihat, apa yang ALLAH SWT
 firmankan di awal surah itu:

“ Inilah satu surah yang KAMI turunkan
dan KAMI wajibkan(menjalankan hukum-hukumnya),
 dan KAMI turunkan di dalamnya(surah ini)
 tanda-tanda(kebesaran ALLAH)
yang jelas agar kamu tergolong dari
 kalangan orang yang beringat”
Surah An-Nur ayat 1.

Lihat ayat seterusnya:
“ Penzina perempuan dan penzina lelaki,
sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan,
dan janganlah rasa belas kasihan kammu
 terhadap mereka bedua mencegah
 kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH,
 jika kamu beriman kepada ALLAH
dan hari kemudian.
Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman
mereka disaksikan oleh sebahagian
 orang-orang yang beriman”
Surah An-Nur ayat 2.

Pada ayat kedua,
 terus ALLAH SWT menyatakan hukuman zina.
 Tanpa ada mukaddimah yang panjang,
 tanpa menyatakan cara-cara menjauhi zina,
ALLAH terus menarik perhatian manusia
dengan menyatakan hukuman terlebih dahulu.
Hal ini menunjukkan,
betapa penting dan
besarnya permasalahan zina ini.

“ Ya la, kami bukan nak berzina”
 Mungkin ada di antara kita membantah.
Ya ya, saya faham.
Tapi sekarang, kamu nampak tak berzina ni
benda yang amat-amat tercela dan terlarang?
ALLAH SWT menitik beratkan permasalahan zina ini,
 berbanding permasalahan menyebar berita palsu,
 masalah masuk rumah tanpa izin
dan pelbagai lagi masalah yang disebut
di dalam Surah An-Nur.
Dalam banyak masalah itu,
zina adalah yang ALLAH letakkan paling hadapan.
 Malah, bukannya menyatakan itu dan
ini berkenaan zina.
Tetapi terus kepada hukuman.

Dari segi uslub bahasa,
 ini menunjukkan bahawa
permasalahan zina adalah besar.

“ Ya la, tapi kau tak faham ke,
 kami bukan nak berzina”
 Ok.
Tapi berzina ni benda yang besar,
itu kita setuju dan bersepakat bukan?

 “ ya la. Tapi masalahnya,
besar mana pun zina tu, kami berkawan je,
 bukan nak buat zina tu. So, apa masalahnya?”

Hu hu… Pandainya.

Dalam semua perkara yang terjadi dalam dunia ini,
 ada yang tiba-tiba terus berlaku kah?
Pokok, tiba-tiba terus jadi pokok yang tinggi,
 banyak cabang.
Rumah, tiba-tiba terus terpacak bangunan dua tingkat,
bersama swimming pool dan sebagainya.
 Begitu?
Semua perkara, ada permulaannya.
 Begitu juga dengan zina.
Agak-agak,
kalau terus-terus ajak perempuan atau lelaki
berzina,
 dia mahu kah?
Mahu kena lempang kamu.
Berzina ada gerak langkahnya.
Boleh bermula dengan seringan-ringan chatting,
 boleh bermula dengan
 semudah perbualan,
malah yang paling senang boleh
 bermula dengan penglihatan.

Di dalam Surah An-Nur, ALLAH SWT berfirman:

“ Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman,
 agar mereka menjaga pandanngan mereka
 dan memelihara kemaluan mereka, yang
demikian itu lebih suci bagi mereka.
Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui
apa yang mereka kerjakan”
 Surah An-Nur ayat 30.

Kemudian ALLAH SWT berfirman:
 “ Dan katakanlah kepada para perempuan
yang beirman, agar mereka menjaga
pandanngan mereka, dan
memelihara kemaluan mereka…”
Surah An-nur ayat 31.

Kalau diperhatikan dari segi susunan dan penggunaan ayat,
ada sesuatu yang besar di dalam
 larangan mendekati zina tadi.
Kita perhatikan,
 di dalam Surah Al-Israa’ ayat 115,
 ALLAH SWT menyebut:

“ Dan janganlah kamu dekati…”
 Perkataan ‘dekati’(dalam bahasa arab: Taqrobu)
itu digunakan.
 Kalau di dalam Surah An-Nur ayat 30 itu,
di penghujungnya ALLAH menyatakan:
“ Sesungguhnya ALLAH Maha
Mengetahui apa yang mereka kerjakan”
Kalau dilihat dalam bahasa arab,

‘apa yang mereka kerjakan itu’
ALLAH telah gunakan
perkataan ma yasna’uun
 bukannya ma yaf’aluun
(Kalau diterjemahkan ke bahasa melayu,
maknanya akan kelihatan sama.
Yakni maksudnya: Apa yang mereka kerjakan)

Tetapi, tidak ramai yang tahu perbezaan
yasna’uun dan yaf’aluun.
Tahukah kamu apakah perbezaannya?
Yaf’aluun ini membawa maksud benda
 yang kita buat
 tanpa berdikit-dikit.
 Contohnya, menampar.
 Terus sahaja tamparan kita melayang,
tidak lama pun. Mungkin dalam masa beberapa saat.
 Contoh lain berbohong,
terus sahaja kita berbohong,
 tak perlu jangka masa lama pun.

Tetapi yasna’uun ini berbeza maksudnya.
Yasna’uun membawa maksud perbuatan
 yang berdikit-dikit, terancang,
 perlahan-lahan hingga mencapai hasilnya.
 Sebab itu, kalau anda perasaan,
perkataan ‘kilang’ dalam
 bahasa arab adalah ‘sina’ah’.
 Kenapa perkataan ‘kilang’
 diterjemahkan sebagai ‘sina’ah’ dalam bahasa arab?
Hal ini kerana, kilang memprodus sesuatu perkara
 itu berdikit-dikit, terancang.
 Macam kilang buat kereta,
 bukannya kereta itu terus menjadi kereta.
Ada checkpoint-checkpointnya di dalam kilang.
 Bahagian pasang tingkap,
bahagian pasang wayar,
bahagian pasang tayar dan sebagainya.
Perlahan-lahan sebuah kereta melalui proses,
 yang akhirnya di penghujung,
menjadi sebuah kereta yang boleh dipandu.

Begitulah maksud yasna’uun.
Perbuatan berdikit-dikit, terancang,
satu demi satu, hingga mencapai matlamat.

Kenapa ALLAH gunakan Yasna’uun
 dalam kes menundukkan pandangan
dan menjaga kemaluan?
Maksudnya, ALLAH itu Maha Tahu,
 dari berkenaan pergerakan kita hendak
menghampiri zina itu,
 dan semua itu dilarang.
Itulah kaitannya dengan

Jangan kamu mendekati…”.
Perlahan-lahan kita menghampiri zina,
 dan itu adalah perkara yang dilarang.

Kemudian kita lihat susunan ayat 30 dan 31.
 Apakah yang kita perasan?
 ALLAH telah menyebut lelaki terlebih
 dahulu sebelum perempuan bukan?
Ayat 30, ALLAH berpesan kepada lelaki
terlebih dahulu, barulah kepada
 perempuan bukan?
 Apakah maksud yang tersirat
di sebalik penyusunan ayat ini?

ALLAH hendak menyatakan secara halus,
bahawa lelaki itu lebih lemah dalam
 berurusan dengan hawa nafsu.
Lelakilah yang mudah terjerumus, tergugat, bila melihat perempuan berpakaian terdedah,
bila digoda dan sebagainya.
Sebab itulah ALLAH SWT menyebut lelaki terlebih dahulu.

Di dalam ayat 2 Surah An-Nur pula,
 kalau kita perasan, ALLAH menyebut:
“ Penzina perempuan dan penzina lelaki…”
 Di situ, kita dapat melihat ALLAH
 menyebut perempuan terlebih dahulu
 sebelum lelaki dalam hukuman zina.
Kenapa?
 Sedangkan dalam ayat hukuman
kepada pencuri, ALLAH berfirman:
 “ Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri…”
 (Al-Maidah: 38)
ALLAH telah mengutamakan lelaki dari perempuan.
Kenapa dalam hukuman zina,
perempuan di dahulukan?
Mudah sahaja. Hal ini kerana,
perempuan biasanya menjadi
faktor kepada zina itu sendiri.
Kalau dalam hal kecurian,
 lelaki mempunyai lebih kudrat untuk menjadi pencuri berbanding perempuan.
Nampak?
Susunan ayat di dalam Al-Quran juga ada rahsianya.

“ Ala, kami sembang je, studi sama-sama,
 bukan nak sentuh-sentuh, bukan nak cium-cium”

Kamu bagi alasan lain.
Kenapa nak buat juga walaupun sudah nampak ALLAH larang perkara ini?
Tetapi tak mengapalah.
Saya layan.
Saya bagi pandangan saya.
Saya bagi soalan.

Kita ini dengan Nabi Adam,
siapakah yang lebih hebat lagi?

Nabi Adam itu Nabi,
pernah hidup dalam syurga,
 dicipta langsung oleh ALLAH SWT,
 dan malaikat-malaikat pernah sujud kepadanya.
Tapi, tahukah kamu apa
yang terjadi kepada baginda?
 Bukankah baginda tertipu oleh syaitan?
Bukankah baginda diturunkan
 ke bumi kerana tertipu dengan syaitan?

Jangan ingat,
 dalam kehidupan kita,
hanya ada manusia,
tumbuhan, dan haiwan sahaja.
Dalam kehidupan kita,
ada syaitan yang telah
bersumpah untuk
 menyesatkan kita dengan bersungguh-sungguh.
 Syaitan yang telah berjaya
menipu Nabi Adam,
syaitan yang telah berjaya
menyesatkan jutaan abid.

Anda lebih hebat daripada Nabi Adam kah?
Kalau kita perasan,
 sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Bagaimana kah cara mereka menuntut ilmu dengan isteri Rasulullah SAW?
Isteri Rasulullah SAW akan
berada di belakang tabir,
 kemudian menyampaikan ilmu.

Nampak?
 Wahai perempuan,
anda dengan isteri Rasulullah SAW,
siapakah yang lebih tinggi imannya?
Wahai lelaki,
siapakah anda jika hendak dibandingkan dengan sahabat Rasulullah SAW?
Alangkan mereka yang telah dijanjikan
syurga ini pun masih lagi bertabir,
menjaga pandangan,
 menjaga pergaulan mereka,
bagaimanakah anda?

Kenapa mereka begitu menjaga sekali pergaulan?
Hal ini kerana, meraka faham bahawa syaitan itu akan berusaha bermati-matian untuk menyesatkan.
Syaitan akan mencari lubang-lubang untuk membuat serangan.
Maka, cara yang terbaik adalah
 menutup langsung lubang-lubang itu.
 Cara melarang melakukan perkara kecil yang ditakuti mendatangkan mudarat yang besar ini
adalah dinamakan Sadduz Zara’i’.
Sadduz Zara’i’ adalah salah satu cara
yang digunakan ulama’ dalam menjatuhkan hukum.
Mari kita perhatikan firman ALLAH SWT
 dalam Surah An-Nur juga pada ayat 21.

“ Wahai orang-orang yang beriman,
 janganlah kau mengikuti jejak langkah syaitan.
Maka sesungguhnya dia(syaitan) mengajak kamu mengerjakan perbuatan keji dan mungkar…”

Lihat, apakah perkataan yang ALLAH gunakan dalam pesanan ini.
“ Janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan…
Lihat,
 jejak langkah.
Maksudnya, syaitan ini akan membawa kita
sedikit demi sedikit, sedikit demi sedikit,
hinggalah akhirnya,
kita tidak perasan yang kita telah terperangkap dalam keingkaran kita kepada ALLAH SWT.

Syaitan tak akan kata kepada kita:
“ Berzinalah kau dengan dia”
Gerenti kita tempelak balik syaitan
dengan berkata:
“ Gila ke? Zina tu dosa besar!”

Syaitan tidak sebodoh itu.
Syaitan adalah makhluk yang
berjaya membuatkan beberapa
kaum membunuh nabi-nabi mereka.
Syaitan adalah makhluk yang pernah
berjaya menundukkan jutaan abid.
Syaitan juga adalah makhluk yang berjaya
memperdayakan Nabi Adam.
Masakan dia akan bertindak bodoh
untuk memperdayakan kita.
Syaitan ada jutaan teknik untuk memperdayakan kita.
 Dia akan memimpin kita, perlahan-lahan,
 sedikit demi sedikit, bermula dengan sekecil-kecil perkara, perlahan-lahan mendaki satu demi satu tangga maksiat, dan akhirnya memerangkap kita dalam kemungkaran.

 Yang pertama syaitan lumpuhkan adalah hati.
Biar hati tidak nampak lagi itu baik atau buruk.
Kemudian dia akan matikan akal.
Biar kita tidak dapat fikirkan lagi dosa pahala.
Akhrinya, dia akan menolak kita
 melakukan pengingkaran kepada ALLAH.
Bukan dalam hal zina sahaja,
tetapi dalam semua medan dosa.

Di akhirat nanti,
 kita akan berkata kepada ALLAH SWT:

“ Ya ALLAH,
Syaitan inilah yang menyesatkan aku.
Aku tidak mahu ingkar pada ENGKAU sebenarnya,
 tetapi syaitan ini telah menutup akalku,
 mematikan hatiku.
Ya ALLAH, siksalah dia dan jangan kau siksa aku”

Masa itu, tahukah anda apa yang
syaitan akan katakan kepada kita?

ALLAH SWT berfirman:

Dan syaitan berkata ketika perkara(hisab) telah diselesaikan:
“Sesungguhnya ALLAH telah menjanjikan kepadamu janji yanng benar,
dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya(menipu).
 Tidak ada kekuaasaan bagiku terhadapmu(aku tidak memaksamu)
melainkan aku (sekadar) menyerumu.
Lalu kamu yang mematuhi seruanku,
oleh sebab itu janganlah kammu mencerca(menyalahkan) aku,
tetapi cercalah dirimu sendiri.
Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak akan dapat emnolongku.
Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu menyekutukan aku(dengan ALLAH) semenjak dulu” Sesungguhnya,
orang-orang yang zalim akan mendapat siksaan yang pedih”
 Surah Ibrahim ayat 22.

Lihat, syaitan yang menghasut akan meninggalkan kita.
Manusia pula, sifatnya lemah.
 Sebentar di atas, sebentar di bawah.
 Iman manusia itu juga sifatnya naik dan turun.
Maka, bagaimana kita hendak menyelamatkan diri
 kita daripada hasutan tipu daya syaitan,
 jika kita sendiri melemahkan diri kita,
sengaja berbuat kemungkaran?
 Bagaimana hendak menjaga keimanan,
ketaatan kepada ALLAH jika kita sendiri
yang membuka pintu untuk syaitan menghasut kita?

Nampak?
Adakah sekarang anda sudah nampak
kenapa ikhtilat itu tidak dibenarkan?
Nampak kah kamu kenapa ALLAH melarang lelaki dan perempuan bercampur tanpa batasan?

Masihkah anda hendak berkata:

“ Ala, kami bukannya apa, kawan je” ?

Syaitan akan mencucuk anda, menghasut anda,
dari arah dan cara yang tidak anda sangka-sangka.
 Alangkan sahabat Rasulullah SAW,
 isteri Rasulullah SAW yang dijanjikan
syurga juga berjaga-jaga,
bagaimanakah anda yang tidak tahu ke mana l
agi anda akan pergi di hari nanti?

“ Ish, susah la…”

Alasan anda yang terakhir bukan?

ALLAH akan bayar kesusahan anda yang sedikit ini,
dengan syruga yang kekal abadi,
penuh dengan kenikmatan,
malah perkara-perkara yang anda tidak
pernah impikan pun ada di dalamnya.
Apa lah sangat kesusahan yang ada di dunia ini?


Dan, perhatian kepada mereka
yang mencela, mengutuk, memboikot,
menghina sesiapa yang telah terjebak
dengan ikhtilat ini, saya nasihatkan, hentikanlah.

“ Aku dah tegur dia 10 kali,
 dia tak mahu dengar jugak. Jadi aku boikot la”

“ Aku nampak dia pegang tangan
dengan makwe dia, aku cela lah.
 Mana boleh biar orang macam tu senang.
 Nanti dia terus lagi buat dosa.
 Nanti dia ingat dia betul”

Ya kah? Begitukah caranya menegur?

Jika benar,
maka pada hari lelaki arab kencing di dalam masjid, maka Rasulullah SAW
akan membiarkan sahabat-sahabat baginda memukul lelaki itu.
Jika benar,
maka pada hari Saidina Umar meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk memenggal kepala ketua munafik,
Abdullah ibn Ubay ibn Salul,
maka Rasulullah SAW akan membenarkan.
 Jika benar
, maka Rasulullah SAW tidak akan mengajak penyembah berhala – syirik,
menyekutukan ALLAH,
 kufur kepada ALLAH, dosa yang teramat besar – untuk kembali kepada ALLAH SWT.

Siapa ajar kamu untuk boikot orang berdosa?
Adakah kamu hendak bertanggungjawab jika orang berdosa itu terus melarikan diri daripada cahaya ALLAH akibat pemboikotan, celaan, hinaan kamu kepadanya?

 Bagaimanakah kamu akan menjawab di hadapan ALLAH bila orang larut dalam dosa kerana membeci tindakan kamu itu berkata:

 “ YA ALLAH, aku jauh
 dari hidayah KAU sebab si fulan ni ajak orang boikot aku, hina aku, cela aku.
Aku benci kepadanya,
sebab itu aku jauh dari hidayah KAU”

Apakah yang kamu hendak menjawab bila ALLAH tanya:

“ Kenapa kamu berputus asa dengan hambaKu ini? Sedangkan AKU tidak pernah berputus asa untuk mengampunkan hamba-hambaKu?”


Apakah yang kamu belajar daripada Nabi Nuh yang terusan berdakwah selama 950 tahun?

Bagaimanakah kamu belajar daripada Rasulullah SAW yang terus
 mendoakan kebaikan walau
 dibaling batu sehingga terperah darahnya?

Kamu panggil kamu golongan kebenaran?
 Mengajak kepada kebaikan?
Maka kenapa kamu mencela-cela,
menghina-hina, memulaukan
mereka yang memerlukan lagi
 teguran kamu, nasihat kamu,
 bimbingan kamu?

Da’ie jenis apakah kamu?

Menegur ada caranya.
Hikmah.
Bukanlah hikmah ini berlembut semata-mata.
 Tetapi hikmah ini kena dengan caranya,
ada stepnya, ada gayanya,
 kena dengan keadaan,
 sesuai dengan sasaran.
Bukan semua manusia
boleh ditegur kasar,
bukan semua manusia
boleh ditegur lembut.
 Da’ie perlu mempunyai
 kemahiran menilai.

Jika tidak,
apa guna ilmu waqi’?
 Untuk tahu politik sahaja kah?

Jika tidak, apa guna ta’aruf?
Sekadar hendak kenal biar
 boleh menghukum kah?

Kalaulah Rasulullah SAW
 berputus asa ketika baginda dibaling batu dengan teruk di Ta’if,
maka iman dan ISLAM itu tidak sampai kepada kita hari ini.
 Maka siapakah kamu yang hendak berputus asa dengan sikap seorang hamba biasa?

“ Dia budak agama,
takkan tak faham-faham lagi?”

Habis, Nabi Adam juga tertipu dengan syaitan.
Apakah kamu hendak menyatakan
Nabi Adam itu tidak faham?
 Ka’ab bin Malik,
sahabat Rasulullah SAW juga pernah tidak pergi beperang kerana terleka dengan dunia.
 Maka apakah kamu hendak
 menyatakan kamu lebih faham ISLAM daripada Ka’ab bin Malik?

Tegurlah dengan sebaik-baik teguran.
 Jangan kerana kamu,
 manusia jauh daripada rahmat ALLAH.

Da’ie tugasnya menyeru.
Hakim baru tugasnya menghukum.

Sama-sama kita muhasabah.
 Muhasabah berkenaan ikhtilat.
 Dan muhasabah bagaiamana hendak mengajak manusia menjauhi ikhtilat.



2 comments:

  1. Alhamdulillah ~
    sama-sama kita usaha perbaiki diri kita ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...