18 March 2011

"aku rindu dia"


"Wahai sahabat dengarlah rintihan masalah ku..
Telah ku luahkan padaNya..
telah Allah tenangkan hatiku..
telah Allah ingatkan pula padaku..
Bahawa aku bukanlah sendirian..
Tapi aku dikurniakanNya sahabat dan teman..
Teman yang mampu menjadi teman kala aku kegembiraan mahupun kesedihan..
dan aku perlukan kekuatan..
Hati ku lemah dalam ujian..
aku perlukan kekuatan..
Meski sebahagiannya sudah aku ketahui apa yang patut ku lakukan..
Tapi sahabat..
semangat kata-kata yang lahir dari hatimu melalui bibirmu..
lebih memberi kesan untuk aku lebih bersemangat wahai sahabat !"..

"Wahai sahabat..
Ingatlah bahawa aku sentiasa bersamamu..
Ada disisimu..
Ada di dalam hatimu..
Sebagaimana Allah telah takdirkan aku berpaut dihatimu..
Meski jika Dia takdirkan hanya sementara..
Akan aku manfaatkan saat yang ada..
untuk bersamamu..
Luahkanlah apa yang terpendam dihatimu sayangku..
Aku disini bersamamu mendengar keresahanmu
membantu semmapu yang ku mampu.."..

"Wahai sahabatku..
Sungguh hatiku resah kerinduan merindui dia..
Dia yang sepatutnya aku berhati-hati tika mahu masuk ke hatiku..
Ku akui ini salahku membenarkannya menyusup menuju hatiku..
Dan kini dia telah pun wujud dihatiku..
kini ku mujahadah dalam menahan perasaan..
Hatiku berat menampung kerinduan..
Sedang aku masih punya takut pada Tuhan..
Aku takut cintaku pdNya akan terlerai..
Sedang aku belum sempurna mencintaiNya..
Aku takut aku lalai..
Peringatkan aku sahabatku.,"

"Wahai sayangku..
Rindu dan cintamu itu adalah fitrah..
aku berkata bukanlah bermakna aku sempurna..
Aku berkata bukanlah bererti aku tak pernah merasa seperti itu jua..
sekadar aku mengingatkanmu dan mengingatkan diriku..
Perasaan itu bukanlah salahmu..
Kau mesti ingat bahawa ini adalah takdir yang Allah tentukan untukmu..
Dalam masa yang sama kau perlu tahu..
Inilah ujian Allah menguji kesetiaanmu padaNya pula.."..

"Temanku..
Tika dia jauh dariku ..
aku menantikan hadirnya..
Tika dia sudah ada depan mata..
Aku bagaikan mahu melarikan diri ke hujung dunia..
Aku menyesal dan rasa berdosa..
Kerana aku tak tahu apa yang aku lakukan..
dan aku tak tahu apa yang sedang aku perkatakan ini padamu.."..

"tenanglah sahabatku..
aku tahu hatimu sedang keliru..
aku tahu jiwamu sedang lemah..
aku disini seizinNya menemanimu..
ingatkanlah dirimu kembali..
bukankah menjauh itulah yang kau mahu.??
Bukankah menjauh itulah lebih baik bagimu..??
Permulaan mujahadahmu pasti sakit di awalnya..
Dan engkau akan biasa setelah kau lalui keseluruhan jalanNya..
Malah kau akan bertambah mencintai untuk terus meniti jalanNya..
Penghujungnya itu SYURGA..
Jangan hingga kau putus asa !
Jangan hingga kau berpatah kembali melawan arah ..
bukankah dahulu kau yang katakan padaku..
"Takdir Allah itu indah"..
Jangan kau lemah dalam menguruskan fitrah perasaan..
jangan kau pandang siapa dibawahmu..
Tapi kau lihat serikandi wanita di atasmu..
sibukkah mereka memikirkan ttg ini semua..??
Tidak sayangku..
Ada yang lebih penting dalam fikiran mereka..
mereka memperjuangkan diri kerana cinta Allah dan agama..
Jangan kau terlalu bersedih hati kerana manusia..
Jangan kau terlalu memikirkannya..
Hingga kau ketinggalan..
Sedangkan hamba-hambaNya yang lain sedang merebut meraih mengejar cintaNya..
Dan kau hanya temggelam dalam cinta manusia yang fana'..??
Yakinkanlah dirimu..
Sekiranya dia benar untukmu..
Allah ada menyediakan takdir itu buatmu..
Hanya kau perlu tunggu..
Jika tidak..
Hanya Allah itu yang mengetahui hikmah setiap keputusanNya..
Ada yang lebih baik untukmu..
Kuatkan jiwamu teman.."..

"Sahabatku...
kerana itulah Allah menghadiahkanmu padaku..
malunya aku dengan diriku..
malu lagi aku denganNya..
sahabatku..
tangisanku tak dapatku hentikan..
Aku menyesal..
Ya Allah..
Kenapa bisa sampai aku lalai hingga begini..??.."

"Sayangku..
Kerana Allah menyayangimu Dia kembali mengingatkanmu ttgNya..
aku faham sayangku..
Kita manusia biasa..
tak lari dari kesilapan..
Pasti tak lepas dari ujian..
Hadapilah ujian ini semampumu..
kerana Allah takkan membebani hambaNya diluar kemampuan hamba itu..
ayuh bersama denganku..
Terima lamaranku..
mengejar cintaNya bersama denganku..
Ingatkan aku jua kala aku lemah dan lupa..
kerana Dia Allah Maha Esa kita saling mencintai..
tentang 'dia' yang kau rindui..
aku fahami keadaaanmu..
doakanlah kebaikan untuknya..
itu  mampu mengubat rindumu pada 'dia'.."
zikrullah lah ! hatimu akan tenang..
Mohonlah agar Allah pelihara hatimu dan dia..
Raih dulu cinta  Yang Esa sahabatku..
Kembalilah kerinduan kepadaNya..
Akan terubat segala kerinduan yang kau ada..."..

"Wahai teman ku..
dengan izinNya..
dengan iradatNya..
kata2mu menyuntik semangat dihatiku..
kembali menyedarkan aku ..
benar kata mu !
aku sambut lamaran mu bersamaku..
pimpin aku dalam menuju jalan cintaNya..
sahabatku..
sungguh Allah itu Maha Penyayang kan.??..
Terima kasih mengingatkan aku tentang cintaNya..
akan aku usahakan sebaikNya..
bersaamamu..
selagimana Allah izinkan aku bersamamu.."...

"Bismillah..
اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ
وَالْعَمَلَ الَّذِى يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ
إِلَىَّ مِنْ نَفْسِى وَأَهْلِى وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ
(رواه الترمذي وقال حديث حسن)
“Ya Allah, aku mohon pada-Mu cinta-Mu
dan cinta orang yang mencintai-Mu,
amalan yang mengantarkanku menggapai cinta-Mu.
 Ya Allah, jadikan cinta-Mu lebih aku cintai
melebihi cintaku pada diriku sendiri,
keluargaku, dan air dingin.”
 _HR. Tirmidzi_
~.....Ukhuwah wa hubb fillah...~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...