19 March 2011

Terkuat Didunia dan Akhirat Sana !

Dikisahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi Dan Ahmad :

Tatkala Allah menciptakan BUMI..
maka BUMI pun BERGETAR..

Lalu Allah ciptakan GUNUNG dengan kekuatan yang Allah beri padanya..
ternyata BUMI pun TERDIAM..

para MALAIKAT KEHAIRANAN dengan penciptaan GUNUNG..
Lalu mereka BERTANYA..

"Ya Rabbi..,
ADAKAH SESUATU DALAM PENCIPTAAN-MU YG LEBIH KUAT DARI GUNUNG..?

Allah menjawab..
"ada,iaitu BESI"..

Malaikat bertanya lagi..
"Ya Rabbi..
Adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang LEBIH KUAT DARI BESI..?"..

Allah menjawab..
"Ada,iaitu API"..

Malaikat bertanya lagi..
"Ya Rabbi..
Adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang LEBIH KUAT dari API..?"

Allah menjawab..
"Ada,iaitu AIR"..

Malaikat bertanya lagi..
"Ya Rabbi..
Adakah sesuatu dalam penciptaanMu yang LEBIH kUAT dari AIR..?"..

Allah menjawab..
"Ada,iaitu ANGIN"..

Akhirnya para malaikut pun bertanya lagi..

"YA ALLAH,
ADAKAH SESUATU PENCIPTAAN-MU YANG LEBIH DAHSYAT DARI SEMUA ITU?"..

Allah Yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab..

"ADA!
iaitu AMAL ANAK ADAM YANG MENGELUARKAN SEDEKAH..
DENGAN TANGAN KANANNYA SEMENTARA TANGAN KIRI TIDAK MENGETAHUINYA"..

Ertinya..
yang paling hebat..
paling dahsyat..
paling kuat..
adalah orang yang bersedekah dan beramal..
tetapi tetap mampu menguasai dirinya..
sehingga sedekah dan amalan yang dilakukannya bersih..
tulus dan ikhlas tanpa ada rasa untuk diketahui orang lain..

Ayuh..
Sama-sama kita periksa..
HATI yang menuntun amalan kita..
Semarakkan rasa khauf lillah..
pada setiap apa yang kita kerjakan..


~Salam Nasihat kita bersama~ =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...