29 April 2011

Ketika Hati Bertasbih Cinta

Bismillahirrahmanirrahiim..

terima kasih kepada Aida kerana sudi meminjamkan buku ini =)

~Ketika Cinta Bertasbih~

Entah kenapa...
Allah seperti menggerakkan hati ini untuk membaca tentang kisah ini..
Kata hati cukup kuat menyuruh aku membacanya..
hati sendiri tertanya kenapa..??
untuk mengetahui jawapannya..
ya!
aku perlu baca ..

KETIKA CINTA BERTASBIH..
Bukan menonton filemnya..
tetapi membaca novelnya..
Rupanya bukanlah perjalanan kisah cinta yang mahu Allah
 tunjukkan padaku..di dalam buku itu..
bukanlah perjalanan cerita itu yang Allah mahu beritahu padaku..
Rupanya butir-butir ilmu yang ada di dalamnya..
samada yang tersurat mahupun yang tersirat..
Allah menjawab untuk kesekian kalinya lagi persoalan
dan pencarian yang berputar dalam mindaku..
bermain dalam hatiku..
pencarian jawapan yang ku cari..
Akhirnya persoalan terlerai..
keyakinanku semakin tersimpul kuat !

Ana kongsikan pada antum..
Sedikit dari novel ini..
ketika Khairul Azzam menasihati sahabatnya..
Moga nasihat itu jua mampu mengingatkan diri ana..
dan kita semua..
~Maha Suci Allah Pemilik Segala Cinta~

:: RESEPI CINTA IBNU ATHAILLAH::

"Cinta sejati itu menyembuhkan tidak menyakitkan."


....." Dengar baik-baik ya perkataan Ibnu Athaillah,
saya bacakan terus dari kitab aslinya.
Beliau mengatakan:

 la yukhriju asy syahwata illa khaufun
muz'ijun aw syauqun muqliqun!

Ertinya,

 tidak ada yang bisa mengusir syahwat
 atau kecintaan pada kesenangan duniawi
selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati,
 atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!
 

"Cuba resapi baik-baik kata-kata ulama besar dari Iskandaria ini.
 Kecintaanmu pada Tiara itu syahwat.
Hampir semua orang yang jatuh cinta itu merasakan apa yang kau rasakan.
Dan perasaan seperti itu tidak akan dapat kau keluarkan
dan kau usir dari hatimu kecuali jika kau memiliki dua perkara.

"Yang Pertama
rasa cinta kepada Allah yang luar biasa yang menggetarkan hatimu.
Sehingga ketika yang ada di hatimu itu hanyalah Allah,
 maka yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir.


Yang Kedua,
rasa rindu kepada Allah yang dahsyat sampai hatimu merasa merana.
Jika kau merasa merana karena rindu kepada Allah,
kau tidak mungkin merana karena rindu pada yang lain.
 Jika kau sudah sibuk memikirkan Allah,
kau tidak akan sibuk memikirkan yang lain.

"Karena hatimu miskin cinta
 dan rindu kepada Allah,
jadinya kau dijajah oleh cinta
dan rindu pada yang lain.

 Saat ini yang menjajah hatimu adalah
 rasa cinta dan rindumu pada Tiara. "....

..."Terima kasih Kang.
Cinta memang bukan segala-galanya,
tapi kehilangan cinta seperti kehilangan segala -galanya."
Azzam tersenyum dan berkata dengan suara pelan,

"Benar.
Mencintai makhluk itu sangat berpeluang menemui kehilangan.
Bersama-sama dengan makhluk juga berpeluang mengalami perpisahan.

Hanya cinta kepada Allah yang tidak.
Jika kau mencintai seseorang ada dua kemungkinan
diterima dan ditolak.
Jika ditolak pasti sakit rasanya.

 Namun,
jika kau mencintai Allah pasti diterima.

 Jika kau mencintai Allah,
 engkau tidak akan pernah merasa kehilangan.
Tak akan
ada yang merebut Allah yang kau cintai itu dari hatimu.

Tak akan ada yang merampas Allah.
Jika kau bermesraan dengan Allah,
hidup bersama Allah,
kau tidak akan pernah berpisah denganNya.

 Allah akan setia menyertaimu.
Allah tidak akan berpisah darimu.
 Kecuali kamu sendiri yang berpisah dari-Nya.
 Cinta yang paling membahagiakan dan menyembuhkan
adalah cinta kepada Allah Azza Wa Jalla.. 

Mendengar hal itu ada kesejukan yang mengaliri jiwanya.
Kesejukan yang membuat hatinya sedikit terhibur dan lega.
Jiwanya perlahan mulai menemukan ketenangan.."...

hanya bersama Allah hati akan menjadi tenang..
hanya dengan cinta dari Allah..
Menjadi kunci segala kebahagiaan kerana Allah
 itu Pemilik Mutlak segala kebahagiaan..
Yakin dan Percayalah padaNya !
kembali pada cintaNya !
Jangan putus asa dengan rahmatNya !

Buat sahabat dan temanku..
ku titip pesan ini buatmu juga buat diriku..
~.. Jangan kau sedih kerana cinta ..~
Didik dulu dirimu mencintaiNya..
Allah bersama kita..
Allahu ta'ala A'alam..
taQabbalallahu minna wa minkum.. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...