15 April 2011

Jika kau penat menuntut ilmu..


Andainya kau lelah tika menuntut ilmu keranaNya..
Andai kau penat dalam perjuangan mencari ilmu yang diredhaiNya..
Andai kau hampir dan berputus asa dengan usahamu yang belum pernah berjaya..
Teman..
Bacalah kata-kata ilmuwan islam ini..
hayati bait-bait katanya..
Mungkin akan kau temui mutiara semangat dan ilmu di dalamnya..

Ibnu Sina berkata...~

"Ketika aku mempelajari ilmu mantiQ dan falsafah..
Aku tak dapat tidur semalaman dan tidak juga melakukan perkara selainnya pada siang hari..
Aku menyediakan sebuah fail khusus bagi setiap bukti yang telah aku teliti..
aku masukkan ke dalamnya..
Aku memikirkan syarat-syarat premis hinggalah masalah itu dapat aku tahkikkan..

Masalah itu (mantiQ dan falsafah) sering membingungkan aku..
dan apabila aku tak dapat menyelesaikannya..
aku pergi ke masjid dan bersolat..
berdoa dengan rendah hati kepada Allah..
sehingga Dia membuka yang terkunci tadi untukku dan menjadikan yang sukar menjadi senang..

Di waktu malam..
Aku kembali ke rumah..
menyalakan lampu..
menumpukan diri untuk membaca dan menulis..
Bila aku merasa mengantuk atau letih..
Aku akan minum syarab(jus) agar tenanga ku kembali..
kemudian aku teruskan membaca..
dan apabila aQ tertidur..
aQ dapat melihat semua masalah dalam mimpiku..
dan byk persoalan menjadi jelas dan terjawab dalam tidurku..
aQ teruskan begini hinggalah semua ilmu dapat aku dalami dan fahami..
Semua yang aku ketahui ketika itu..
adalah sama seperti yang aku ketahui sekarang..
Tiada aku menambahnya hingga ke hari ini..

aQ menguasai ilmu mantiQ,Sains Tabii dan MAtematik..
dan sekarang aQ tiba kepada ilmu Metafizik..
aku membaca buku Metafizik karya Aristotle..
Tetapi aku tidak memahaminya..
Walaupun aku telah membacanya sebanyak 40 kali..
sehingga aku menghafal seluruh isi kandungannya..
Tapi aku masih tetap tidak memahaminya..
hingga merasa putus asa..
dan berkata..
"ini adalah buku yang tak mungkin aku fahami"..

Tetapi pada suatu hari di waktu Asar..
ketika aQ berada dikawasan penjual buku..
seorang penjual berteriak-teriak untuk menjual sebuah buku yang ada di tangannya..
Dia menawarkan kepadaku tetapi aku menolaknya..
kerana merasakn buku itu tidak berfaedah ..
kemudian penjual itu berkata kepadaku..
"belilah tuan..
Tuan punya buku ini sangat perlukan wang..
dan kerana itu harganya murah..
aku akan menjualnya kepadamu dengan harga 3 dirham"..
Lantas aku pun membelinya..

Nah!
ini adalah buku Abu Nasr al Farabi..
tentang Metafizik karya Aristotle..
aQ kembali ke rumah dan segera membacanya..
dan dalam setiap waktu aku memahaminya..
kerana aQ telah menghafal buku metafizik..
Aku merasa sangat gembira..
dan keesokan harinya..
aku banyak bersedekah kepada fakir miskin..
sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Ta'ala..
       
(Sumber:The Life of Ibn Sina,A Critical Edition and Annotated Translation,William E.Gohlman m/s 27-35)


ayuh lihat kata2nya..
Bila mana Ibn Sina mengatakan..

"dan apabila aku tak dapat menyelesaikannya..
aku pergi ke masjid dan bersolat..
berdoa dengan rendah hati kepada Allah..
sehingga Dia membuka yang terkunci tadi untukku dan menjadikan yang sukar menjadi senang.."

siapakah yang dicarinya ketika kebuntuan..??
Adakah dia merungut-rungut dan patah hati ketika runsing mencari penyelesaian masalahnya..??
Tidak..tetapi Ibn Sina kembali kepadaNya..
Minta penyelesaian dariNya..lalu bersolat..
maka..
Jagalah ikatan hubungan antara kita dan Allah..
Hablu minallah wa hablu minannas..(hubungan dengan Allah,hubungan dengan manusia)..
Solat itu dari perkataan 'SILAH' dalam bahasa arab..
yang bermaksud 'PENGHUBUNG'..
maka ..
jagalah 'SILAH' kita..(yakni SOLAT)..kepada Allah
dan jaga jualah SILATURRAHIM kita kepada manusia..

kerana adakala kita..termasuk diri ana sendiri..
Bila azan dah memanggil..
tapi ada kerja byk lagi nak buat dan tak siap..
Selalunya kita tekad untuk siapkan jugak kerja tu dulu baru pergi solat..
Bukankah lebih baik solat dulu..??
mungkin masalah yang tersimpul tadi akan terlerai setelah kita bersolat..
~..Allahuakbar..~

kemudian Ibn Sina berkata lagi..

"dan apabila aQ tertidur..
aQ dapat melihat semua masalah dalam mimpiku..
dan byk persoalan menjadi jelas dan terjawab dalam tidurku..
aQ teruskan begini hinggalah semua ilmu dapat aku dalami dan fahami..

mungkin dialog ni sebahagian antum rasa macam mustahilkan..
macam tak masuk akal..
rasa pelik semacam je..
terdetik dalam hati berkata ..
"tak pernah2 pun selesaikan masalah matematik dalam mimpi..?
selesaikan soalan sejarah dalam mimpi..??
boleh ke..??hehe..
ok, ana cuba ubah persepsi itu..

hmmm...
maksud ibn Sina ni dia mendapat ilham dalam mimpinya..
dan mula terungkai segala permasalahan yang di alami..
Boleh ke jadi mcmtu..??
InsyaAllah boleh seiizinNya..

Senangkan cerita..
Ana ambil 1 perumpamaan logik dan mudah..
andainya antum terlalu merindui seseorang..
Terlalu memikirkannya..
dah lame tak jumpe la katekan..
Terlalu merindui dia..
dan tersangat-sangat la nak berjumpe dia..
Adakala rindu itu sampai terbawa-bawa ke mimpi..
Sampai termimpi-mimpi orang yang kita rindu sgt tu..
dalam mimpi tu kita mimpi kita dapat jumpa dia..
pernah antum alami yang sebegitu..??
sebab apa boleh jd mcmtu..??
sebab kita terlalu memikirkannya dan mahukan perkara itu berlaku..
Jadi begitulah sama perumpamaannya dengan
Ibn Sina yang sentiasa asyik memikirkan penyelesaian masalah yang dia hadapi itu..

Ana nak kongsi sikit..
Saat kita bangun tidur itu adalah waktu otak sangat segar tahap superb!
jadi bangun tidur tu..,
kalau kita terus buka buku dan membaca atau nak menghafal..
insyaAllah mudah nak masuk .. =)
Rajin-rajinkan bangun tahajjud..
Hati dekat dengan Allah..
Ilmu mudah nak masuk..
Kerana ilmu itu CAHAYA..
maka akan mudah masuk ke dalam hati yang bersih.. =)

dan tika Ibn Sina hampir putus asa dia berkata apa..

Walaupun aku telah membacanya sebanyak 40 kali..
sehingga aku menghafal seluruh isi kandungannya..
Tapi aku masih tetap tidak memahaminya..
hingga merasa putus asa..
dan berkata..
"ini adalah buku yang tak mungkin aku fahami"..

Beliau tidak mengatakan beliau tidak akan memahami ilmu itu..
tetapi BUKU itu yang dia tak akan dapat fahami..
Tidak mudah putus asa..
Beliau hampir merasa putus asa setelah 40 kali mengulang buku yang sama ..
Dalam katanya mahu putus asa tetap jua ada usaha yang tekad
 mahu memahami ilmu itu dengan sesunguh sungguhnya..
Ayuh tanya diri sendiri..
Bila pula masa kita akan rasa putus asa dgn sesuatu..??
setelah 2-3 kali mencuba..??
tepuk dada tanya iman sendiri jika mahu dibandingkn dgn Ibn Sina yg bsusah payah mencari ilmu..

Andai terdetik dihati antum mngatakan..
"itu Ibn Sina..orang pandai..aku biasa je.."..
ayuh..betulkan persepsi tu..!
Mahu jadi orang berjaya..
lihat siapa ATAS kita..
Usahakan sebaiknya mahu jadi sepertinya atau lebih baik darinya..
Mahu jadi orang bersyukur dgn apa yang ada..
baru lihat siapa di BAWAH kita..
rupanya ada orang lebih teruk nasibnya drpd kita..

tapi dalam istilah tuntut ilmu..
kita perlu TAMAK dalam mencari ILMU dan PAHALA..
mahu lagi dan mahu..
"FastabiQul khairat"..(berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan)..
Semakin kita tahu tentang sesuatu ilmu..
baru kita taw yang byk lagi perkara kita tidak tahu..=)


Dan setelah penat berusaha..
Bersusah payah penat dan lelah..
Allah membukakan jaaln buat Ibn Sina..
Hingga dia terjumpa buku yang dia mahukan..
dan Ibn Sina berkata apa..

"aQ kembali ke rumah dan segera membacanya..
dan dalam setiap waktu aku memahaminya..
kerana aQ telah menghafal buku metafizik.."..

sudah terang lagi bersuluh..
Allah akan sentiasa membantu hambaNya..
Selagimana hamba itu berusaha bersungguh-sungguh dulu..
jangan disalah ertikan makna 'TAWAKKAL"..
tawakkal itu berserah pada Allah SETELAH berusaha.. =)

Setelah keras berusaha..
Serahkan urusan itu pada Allah..
"Kejayaan" yang Dia berikan untuk hamba2Nya itu bidang kuasaNya..
Samada "BERJAYA" atau tidak kita..
Itu keputusan Allah..
PilihanNya dan ketentuanNya adalah yang terbaik!
Tiada istilah GAGAL setelah berusaha..
Cuma mungkin rezeki kita bukan disitu..
Ada di tempat yang lebih baik..
Dan ilmu itu sendiri punya banyak cabang di dalamnya..
Andai kita bukan pandai dalam bidang sastera..
Mungkin kita bijak dalam perniagaan..
mungkin kita punya kelebihan dalam bahagian Kemahiran ..
Setiap orang punya kelebihan tersendiri..
Kemahiran tersendiri..

Cuba fikirkan..
Kalaulah semua orang pandai dalam dalam satu perkara je..
ishh taley bayangkan..
kalau semua jadi doktor..
siapa pula mahu jadi tukang masak..??
Doktor nak makan apa..??
Kalau dah makan2..sampah siapa nak uruskan..?
doktor sibuk merawat..
tukang masak sibuk masak..
siapa mahu jadi Cleaner atau tukang sapu sampah..??
Lihat! itulah Sunnatullah !
Hebatnya Allah menjadikan keseimbangan dalam kehidupan! ~Subhanallah~
sekalipun Cleaner atau tukang cuci..
jangan dipandang rendah kerana mereka tetap berbakti !
takkan ada yang BESAR tanpa ada yang KECIL.. =)
Kita adalah sama..~ =)

Akhir sekali..
Ibn Sina berkata..
"dan keesokan harinya..
aku banyak bersedekah kepada fakir miskin..
sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Ta'ala.."...

Lihat..
Tanda syukur beliau kepada Allah..
Kerana segalanya akan berbalik balik kepada Allah..
Kita berjaya bukan kerana kita..
kita berjaya kerana rahmatNya..
kerana izinNya..
yang memberi nafas untuk hidup..
yang memberi akal untuk berfikir..
lalu kita mampu hidup dan mencari ilmu keranaNya..
tanpaNya kita tiada apa-apa..~

Khalasatul Qaul minni..,
Menuntut ilmu jua adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah..
Jalan jihad perjuangan keranaNya..
Syahid ketika mati dijalan menuntut ilmu niat keranaNya..
dan meningkatkan keimanan di atas kesusahan yang kita tempuh.. ^^,
teruskan lah usaha perjuangan mu !
merendah dri lah pada tempat yang sepatutnya..

Sedikit penghibur jenaka..
ketika ana teringat kata-kata cikgu  ana..
namanya Sir.Azli..
Mesti tersenyum bila teringat kata-kata dia..
Sir.Azli  kata..

"kamu penat2 blajar Add Math..
Equation sana .Equation sini..
Bila kamu kat luar nanti..
Ada guna Add MAth..???
kalau kamu pergi pasaraya..nak beli barang..
ada Dia letak Equation Add Math dekat tanda harga ..??
kalau ada tu..nanti orang masing2 bwk kalkulator pergi pasaraya..
Nak selesaikan eQuation tanda harga..."...

huhuhuhu~
dalam kelas mase tu masing2 tergelak dengan kata2 Sir..
Dengan nada suara kelakarnya..
Sir memang best la..!
hakikatnya Sir ana ni pun dulu ambil Add Math jugak.. =)

Tapi bila pikir2 balik..
Ha'ah an ! btol ape yg Sir cakap..
melainkan bg siape2 nak jd Engineer tu,
add math mmg terpraktik la dlm khidupan dia..
tapelah bagi ana..
anggap jelah Add Math itu bagaikan satu teka teki..(ana suke teka teki!hee..)
yang sukar utk diselesaikan melainkan dh tahu trick nye.. =)
apa2 pon kena usaha..kan..kan kan?? ,, (^^,)..
sejak dari peristiwa itu..
bila nak latihannya susah je..
melekat kata2 Sir dalam otak ana ni..
aduhai..huhuhuhu.. (~^,)

Sampai sini sahajalah dari ana..
Moga Allah merahmati antum dan kita semua... =)
Salam sayang dari ana sentiasa...^^,



~..Tiada orang yang paling pandai di dunia ini..
kerana yang pandai boleh jadi bodoh..
Tiada yang paling bodoh di dunia ini..
kerana yang bodoh boleh jadi pandai..~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...