16 April 2011

walau malu tetap meminta syurga~

Takutkan neraka menyebabkan kita tidak malu meminta syurga..
tapi mengapakah tidak malu berbuat dosa?

Entah mengapa pada malam itu,

taman itu lapang sekali.
 Tiada kesibukan, kurang pergerakan
. Semua tetamu seakan berteleku dalam zikir dan fikir.
 Seseketika bunyi dengus nafas dihela
 perlahan bersama rintihan.
 Ada suara esakan tangis, namun perlahan cuma.
 Bunyi rintihan yang tertahan bersama alunan
 bacaan al-Quran bagai melodi yang
sungguh mengasyikkan.

Aku masuk ke taman itu bagai sandera yang pasrah.

 Ku bawa hatiku yang rawan,
 fikiran yang kelelahan..
dan nafsu yang masih liar.
Aku tidak mahu dan mampu berpura-pura lagi.
 Inilah diriku wahai ILAHI.
.tidak punya kesucian HATI,
tidak memiliki keindahan yang dapat aku persembahkan.
 Inilah diriku yang penuh cela dan noda.
 Tanpa dapat berselindung,
 KAU MAHA TAHU segalanya..



Mengapa takdirnya aku ke sini?
 Ke daerah suci di bawah bayu syurga.
Terasa dingin, nyaman dan tenang.
Bukan kerana kebaikanku,
 tetapi kerana kasih sayangMU
yang membawaku di sini.
KAU izinkan kaki yang berdosa ini
 singgah seketika bagi menatap jalur-jalur
cahaya dalam relung diri yang gelap gelita.


Benar kataMU seperti yang kudengar sejak dulu,
 keampunanMU sentiasa mendahului murkaMU.
 Kucecah di hamparan hijau itu.
Seakan kutuang segala kabut dan
serabut fikrah yang kusut.
Kunafikan licik dan strategi segala
 yang pernah terdetik di minda ini.
Fikrah inilah yang mencipta dosa dan dosa.


Sujud dan rukuk aku di sana.
Membuka segala aib dan dosa.
 Tanpa aku mengadu,
KAU pun tahu..
Namun, itulah wadah tanda menyerah,
aku hamba ALLAH.
 Aku pasrah dan kalah.


Dalam rasa malu, takut dan harap,
 masih aku memberanikan diri meminta lagi.
 Lalu di malam itu,
di RAUDHAH itu ku catatkan gugusan permintaan.
Satu demi satu melalui puisi hati..
air mata mengalir setitis demi setitis.
Ku biar pena menari, mencari makna
dan kata hanya berpadukan rasa.
MALAM itu walaupun malu,
aku tetap meminta syurga
 pendahulu bicara hanya ini..

YA LATIF..
berikan aku hati yang lain
yakni HATI yang lebih yakin
HATI yang lunak
agar mampu mencintaiMU..


MALAM itu adalah malam yang paling panjang
dalam sejarah hidupku.
Dapat kuluahkan segala dan semua.
Seakan tercabut TULANG yang mengait
dalam sanubari sekian lama.
Namun, tiba jua saat berpisah,
 aku terpaksa mengalah.
 Sayu benar terasa ketika hatiku
 terus merayu padaMU ILAHI..~
 =( ...

~Subhanallah~
~..Alhamdulillah..~
~Allahuakbar~

Sumber:FB Islam agamaku Dakwah tanggungjawabku

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...