01 June 2011

Golongan Boleh Mengumpat

Bismillah..~
siapa yang nak mengumpat?
siapa yang boleh mengumpat?
Mengumpat?Boleh ke?

Eh, nanti dulu .
Jangan salah sangka pada posting ana ni .
Bukan nak 'amar munkar' .
tapi mahu kongsi sedikit ilmu yang ana perolehi .

MENGUMPAT .
waaa~
siapa lah agak-agaknya dalam hidup ini tidak pernah mengumpat ?
kadang2 kita mengumpat tapi ta sedar pulak itu namanya mengumpat..
kalau ~GOSSIPP~ tu adakah itu mengumpat juga ??

Lihat apa Rasulullah S.A.W kesayangan kita bersabda :
"Adakah kamu tahu apa itu mengumpat?"
Para sahabat menjawab..,
"Allah dan RasulNya lebih mengetahui"
Rasulullah S.A.W menjelaskan yang bermaksud..
"Kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu
 yang dia marah (sekiranya dia mengetahuinya)"..
Sahabat bertanya..
"Sekiranya apa yang saya sebutkan itu benar2 wujud(berlaku)
adakah dikira mengumpat juga?"
Rasulullah S.A.W menerangkan..
"Sekiranya apa yang kamu sebut itu benar,
maka kamu dikira mengumpat.
Sekiranya apa yang kamu sebut itu tidak benar,
maka kamu dikira telah memfitnahnya"
_Riwayat Muslim_(no:2589)

Sebenarnya..
Ada beberapa golongan yang dibenarkan untuk diUMPAT..
dalam Kitab Ihya' Ulum Ad Din..
Imam Ghazali membicarakan secara panjang dan lebar
 berkenaan larangan dan sebab2 manusia mengumpat.
Dinyatakan juga 6 keuzuran (situasi) yang diharuskan MENGUMPAT .

Pertama:
Untuk mengadu kezaliman dan pengkhianatan yang berlaku.

Kedua:
Meminta pertolongan untuk mengubah/mencegah kemungkaran yang berlaku ,
maka didedahkan kemungkaran tersebut.

Ketiga:
Meminta fatwa daripada mufti ,
Seperti menceritakan perbuatan jahat suami atau sebaliknya.
Berdasarkan peristiwa Isteri Abu Sufyan
yg mengadu kepada Nabi Muhammad
tentang suaminya yang kedekut.

Keempat:
Menyelamatkan saudaranya daripada kejahatan seseorang.

Contoh 1 : mendedahkan kejahatan seseorang yang hendak diberikan amanah kepadanya.
(contoh yang boleh ana bagi ,misalnya
Encik A hendak mengamanahkan Encik B
untuk menjaga wang sebanyak RM 50 000.,
tetapi Encik C tahu bahawa Encik B adalah seorang yang tidak jujur.
Maka harus baginya untuk memberitahu Encik A
ttg sifat Encik B agar tidak timbul masalah atau
kemudaratan pd masa akan datang.)
Contoh 2 : Seseorang yang bakal dikahwini,
maka HARUS mendedahkan keburukannya JIKA ada.



Terdapat 3 golongan manusia yang seandainya
 diceritakan keburukan mereka
tidak dikira mengumpat,iaitu :
~PEMIMPIN YANG ZALIM
~AHLI BIDAAH
dan
~SESEORANG YANG TERANG-TERANGAN
MELAKUKAN KEFASIQAN.

Kelima :
Memperkenalkan seseorang yang memang terkenal dengan gelaran tersebut.
Atau dia hanya dikenali apabila disebut sifat cacatnya.
Seperti : Si Tempang,Si Buta, dan sebagainya.

(contoh situasi misalnya..
A : awak, tolong bagi fail ni dekat E.
B : E ? yang mane ye ? byk pulak org nama E dekat sini.
A : mcmne nak ckp ye..hmm.. E yang botak tu..kenal tak ?
B : oh..taw2..kenal2..baiklah.. )

Keenam:
Seseorang yang terang-terangan melakukan kefasiQan seperti
Lelaki atau Perempuan yang mengubah jantina,
Peminum arak,Penzina dan Sebagainya.
TETAPI !!
Jika dilakukan secara sembunyi..,
Maka TIDAK HARUS menyebut tentang mereka.

Perhatian !!!
Harus Di ingati !
Yantabihu jayyidan !!

"الضرر تقدر بقدره"

"Darurat itu hanya mengharuskan sesuatu yang dilarang sekadar perlu untuk mengatasi darurat itu sahaja."

Ini bermakna..
Sekiranya nama TIDAK DISEBUT itu lebih baik.
Tapi,sekiranya nama itu tidak disebut secara khusus,
menyebabkan situasi itu tidak dapat diatasi/diselesaikan
maka bolehlah disebut nama orang itu.
Masih dikira mengumpat tetapi hukumnya HARUS.

Sumber: Solusi isu 30#
namun,ana ubah sedikit cara penyampaiannya.
taQabbalallahu minna wa minkum. =)
asif ala kulli hal.

untuk bacaan lebih jelas..
silalah klik dekat gambar ini :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...