11 June 2011

MATI !

Bismillah ~

MATI ?

ye mati  !

keMATIan itu mengubah segalanya..
kan kan kan ..

Mengubah wajah yang gembira menjadi duka..
Mengubah hati yang riang menjadi gundah..
mampu menjadikan mata yang bahagia
melahirkan linangan airmata derita..
Boleh jadi ..,
Mengubah yang gundah jadi bahagia !
Mengubah yang duka jadi suka !

Bagaimana ?

Tanya kembali pada diri..
Sudah bersediakah menghadapi MATI ..
berjumpa IZRAIL ..sebelum menemuiNya..
Menghadapi mati sama macam menghadapi EXAM..

Dah sedia belum ni nak berangkat kita semua ?
Dah siap belum nak menemui Dia ?

Semacam menjawab peperiksaan..
Dah baca buku belum ?
Dah ulangkaji dah ?

Si Rajin dan Bijak menjawab kertas soalan dengan senyuman..
Yang tak buat apa2 persediaan periksa macammana ?
Pandang ke kiri kanan..
Mungkin ada yang tertidur..
(kdg2 ana la tu..hehe..~)..

itu baru Exam ..
tak menjadi masalah kan ?
Mungkin susah sedikit jika gagal di dunia..
Tapi dekat AKHIRAT kalau gagal mcmmana ?
Siapa pembela kita ?
~Hasbiyallah ~

Jika dulu kita bangga kita hidup di dunia..
Sekarang kita mati tertimbus diperut bumi..
Jika dulu kita berpijak pada tanah..
Sekarang tubuh kita dimamahnya..
Jika dulu wajah ini tersenyum..
Sekarang wajah ini diam membisu..

adakala Ana terfikir..

"Kalau aku mati ..
mesti aku tak tahu bila..
jadi..
Blog aku ? FB aku ? emel aku ?
macammana ?
Blognya ada lagi .,
FB nye ada lagi..
emelnye ada lagi ..
tapi tuannya dah tade ..?
mcmmana tu ?
perlu kah aku buang dulu semua  ni sebelum aku pergi ?
Aku kah dahulu yang pergi meninggalkan orang yang aku sayang..
atau mereka yang meninggalkan aku dahulu ?
Dapatkah aku terima hakikatnya nanti ?
dapatkah aku hadapi hilangnya orang yang aku sayang ?
Luluskah aku jika sudah di Barzakh ?
Dulu aku melawat kuburan..
Nanti aku pula di dalamnya..
Dulu hidup aku sentiasa berteman..
Nanti aku keseorangan..
Mampukah ? "

mampukah ..
Sanggupkah..
Ya Allahhhhh~ (~~_)..

ana teringat sebuah kata-kata..
"Bagi orang yang beriman..
Kematian bukanlah satu perpisahan..
Tapi kematian adalah satu pertemuan
Pertemuan dengan Tuhan.."

Rasulullah S.A.W bersabda..
"cukuplah kematian itu sebagai nasihat"..

andai kita tahu kita mati bila..
rasanya hari sebelum kematian..
kita akan setia bersama tikar sejadah..
ibadah sebanyak-banyaknya..
taubat seboleh-bolehnya..
sebab besok nak temuiNya..

tapi tahukah kita bila mati tiba???
bila ?? bila ??
bila-bila pun boleh sebagaimana ditakdirkanNya..

mengingati mati itu..
membuatkan hati lupa kesedihan di dunia..
kerana memikirkan nasib di akhirat..
Mati itu memisahkan..
Mati itu juga menemukan..

Jika yang disayangi mati..
Kesedihan bagaikan bertubi-tubi menusuk hati..
Jika diri sendiri yang difikirkan akan mati..
Ketakutan dan keresahan menyusup-nyusup masuk ke hati..
Airmata mengalir sendiri..

teringat kata-kata Abu Bakar As SiddiQ..
Sewaktu ramai yang kesedihan kerana kewafatan Rasulullah yang dicintai..
 Abu Bakar berkata..
"Saudara-saudara! Barangsiapa mahu menyembah Muhammad,
Muhammad sudah meninggal.
Tetapi barangsiapa mahu menyembah Tuhan,
Tuhan hidup selalu tak pernah mati.”

Kemudian dia membacakan firman Tuhan:

“Muhammad hanyalah seorang rasul.
 Sebelum dia pun telah banyak rasul-rasul yang sudah lampau.
Apabila dia mati atau terbunuh,
apakah kamu akan berbalik ke belakang?
 Barangsiapa berbalik ke belakang,
ia tidak akan merugikan Tuhan sedikit pun.
Dan Tuhan akan memberikan balasan
kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Qur’an, 3:144)


dan kini ku faham..
Kuncinya satu !
Kunci agar aku tidak SEDIH pada KEMATIAN..
Kunci agar aku tidak TAKUT pada KEMATIAN..
Kunci agar aku TERNANTI-NANTIKAN kematian..

Kuncinya...
CINTA KEPADA ALLAH...
Bunyinya SIMPLE..
Tapii..
bak kata kawan ana..
"ayat makan dalam punya.."..

Bila cinta kepadaNya mengatasi segala-gala..
Apa perlu sedih jika kehilangan selainNya ?
Apa perlu terlalu kecewa . . ?
Bersabarlah..
"sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabaar"..
Apakah yang lebih besar selain dari Allah bersama kita..?
tidak ada..
Allah bersama kita jika kita bersabar menghadapi ujianNya..
ye ! Fitrah kita sedih ..
Fitrah kita tidak usah dibunuh..
tapi kita boleh mengawalnya..
Jangan TERLAMPAU bersedih ..
yang memandu fitrah itu ?
IMAN kita..

jika mahu mencintai seseorang..
Cintailah sesederhananya dan keranaNya..
kerana dia manusia biasa..
Satu hari akan pergi..
tetapi jika mahu mencintaiNya..
Allahu Rabbuna..
Cintailah sepenuhnya !
kerana Dia Maha Kekal selama-lamanya..~
Jika saling mencintai keranaNya..
Pintalah moga akan dipertemukan kembali di akhirat sana..
Moga cinta yg terbina keranaNya akan dibawa hingga ke syurgaNya..

Jika CINTA kepadaNya..
adakah perlu takut untuk menemuiNya ?
pastinya TIDAK ,
bahkan tidak sabar untuk berjumpa denganNya..
tapi adakah CINTA KEPADA ALLAH semudah lafaz kata-kata..
juga jawapannya TIDAK .
mahu cintaNya ?
ushakan lah mendekatiNya dan mengenaliNya
dengan menuntut dan mengamalkan ilmu milikNya.~

Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah..
bukan kami takutkan mati kerana kami benci untuk menemuiMu..
bukan kerana kami tidak mencintaiMu..
tetapi kerana kelemahan diri kami sendiri..
kami masih belum cukup persediaan dan
kami malu sekiranya bertemu denganMU..
tetapi kami tidak membawa apa-apa amalan menghadapMu..
tapi kami tahu bahawa kematian itu rahsiaMu..
kami tidak mampu menolaknya sekiranya ia datang..
maka kami mohon..
Bantu kami dalam persediaan menghadapMu..
agar kami dapat mempersembahkan yang terbaik dihadapanMu..
Ingatkan kami jika kami lupa..
Betulkan kami jika kami salah..
BimbinganMu tarbiah yang terbaik..
Jika kematian ini memisahkan antara kami didunia..
kami mohon..
pertemukan kami di akhirat sana..
jangan jadikan kami termasuk dikalangan
mereka yang berkasih sayang didunia tapi bermusuhan di akhirat sana..
perkuatkanlah kasih sayang ini hingga kami menghadapMu..
agar dapat kami bawa cinta kami keranaMu kepadaMu..
kami mohon husnul khatimah..
jauhkan kami dari su'ul khatimah..
Makbulkanlah permintaan kami..
Ya Rahman Ya Rahiim..
(~~_)..
~Ameen ya Rabbal Alamin~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...