09 June 2011

Si Peminta Sedekah

With the name of our lord..
(bak kate ukhti ksygn ana..hehe..)
Assalamualaikum warahmatullah..~

Nampaknya cuti sekolah ana kali ni tak rupa cuti ..
Ulang alik ke sekolah ke rumah..
Boleh dikata hari-hari lah jugak..
Kos pergi dan balik..
Nampaknya 6 kali ulang alik naik bas sehari..
tapi takpe..
Alang-alang penat teruskan penat melakukan sesuatu..
hingga penat itu berbaloi..
Itu kata Ustaz ana... =)

Sepanjang perjalanan..
Entah mengapa hati ini terlihat yang jarang dilihat..
Walau rasanya dah biasa dah melihat..
Baru hari ini Allah buka mata hati..
Melihat dari suatu sudut yang lain..

Perjalanan ku biasa..
Seperti hari yang biasa aku lalui..
Naik turun bas..Lazim lah tu..
Orang kata bahaya ?
Tambah lagi perempuan,
tak elok pergi seorang diri ?
Bagi aku sendiri ?
Ku akui memang perlu berhati-hati..
Tapi , itu yang aku suka lakukan.
Sendirian dalam perjalanan.
Satu perkataan yang cukup tepat . ^^,
Bila dah seorang diri baru nampak orang lain.
bila dah bersama kawan,
orang lain kat situ pun dh tak nampak.
(itu klo ana laa..~hehe)
Dalam kesesakan manusia.
macam-macam yang dapat ku lihat.
Macam-macam ibrah yang dapat diambil.

Bahaya ke ?
Bahaya memang bahaya..
Tapi boleh ambil langkah berjaga-jaga..
kan kan kan ? :)
Percaya pada Allah Maha Memelihara.
Jangan lupa baca doa keluar rumah.
Minta jauh dari fitnah.
Pakaian pastikan tak menarik perhatian.
jaga mata dan pandangan .
InsyaAllah Allah akan beri perlindungan .

"Mereka tidak akan dapat mencelakakan
 seseorang dengannya melainkan dengan izin Allah"
_Al BaQarah:102_

Langkah bermula..
Perjalanan ku lalui..
Seorang budak lelaki ..
Si kecil itu sendirian sambil menunduk..
Sambil memegang sebuah bekas minuman yang dah habis..
mengharapkan simpati orang ramai..
Bekas itu diharapnya terisi dengan duit dari ihsan orang lain..
Diam membisu dan tunduk..
Dan aku ?
Dari jauh hanya memandang sambil berjalan terus menuju ke lorong itu..
melihat hanya sedikit kepingan syiling dalam bekas tersebut..
Duit aku yang ku genggam di tangan utk bekalan tambang..
Hmmm..
"perlukah aku bagi dia ?
Bukankah dia masih boleh berusaha dengan
cara yang lebih baik untuk dapatkan rezeki
selain mengemis?
tp Dia masih kecil lagi..
tapi mana mak ayah dia.??
Memang dia susah atau dia disuruh orang lain untuk mengemis??"
hati sendiri berlawan kata..
"aku kedekut sangat ke sampai kena fikir nak ke tak nak bagi duit ni?"
Hingga aku sendiri sudah mendekatinya..
Akhirnya tangan menghulur jua semampu yang mampu ku beri..
Terasa nak bercakap sesuatu kepada budak ini..
Ingin dan sangat teringin..
Tapi mulut terkunci..
"hmm..takpelah..doakanlah yang terbaik untuk dia.."..
hati memujuk..~
Dan aku pun sudah melepasi lorong itu..

Ya Allah aku merasakan sesuatu yang lain ni..~

Jalan dan aku jalan dan terus berjalan..
Akhirnya sampai Bas yang ke 2 pula..
Tunggu dan tunggu hingga bas bergerak..
Tiba-tiba..
Naik seorang lelaki tempang ke dalam bas..
Dengan kopiah lusuhnya..
Aku kira-kira mungkin 30-an mcmtu..
Sebelah kaki berselipar sebelah lagi tidak..
Sambil memegang sebuah bekas..
Pergi dari seorang ke seorang yang lain..
Meminta belas kasihan..
Meminta sedikit sedekah dan simpati orang didalam bas..
dan aku ?
Sekali lagi berlawan kata hati..
Aku tunduk..
Pandang ke tingkap bas..
Tak tahu lagi ke mana hendak dialihkan pandangan ini..
dan akhirnya ku pandang pak cik ini..
Dah depan mata rupanya..

"Tolong dik..,tolong"..
"Alhamdulillah.."..

itulah yang aku ingat dan aku dengar ucapannya..
Ku pandang ..
Pandang tanpa henti..
Kegigihan pak cik itu meminta simpati orang..
Ligat hati ini berfikir..
Rasa nak sebut sesuatu dekat pak cik ni ..
Tapi rasa tak mampu..tetap rasa tak mampu..
Mungkin aku tak layak untuk cakap..
takpelah..~itu yang terbaik..

Tak lama kemudian..
Masuk lagi seorang pak cik ke dalam bas..
Kali ini benar2 menyentuh hati aku..
Kedua tangannya penuh dengan kotak..
Kotak2 yang terpakai cukup byk dibawanya..
Seboleh bolehnya mahu dia bawak semua..
Nak masuk bas pun susah..
Tanpa bantuan bekas2 lain..
Dia pegang semuanya sendiri..
Hingga kotak2 itu menutup wajahnya..
Tak nampak tuan yang pegang kotak ini..

Ku pandang pak cik peminta sedekah tadi..
Kemudian ku pandang pak cik pengutip kotak2 ini..

Berfikir..dan berfikir..

Setelah selesai memintai ihsan orang di dalam bas..
Pakcik itupun keluar ..
Senyuman terima kasih mengiringinya..
Pakcik pengumpul kotak itupun meletakkan kotak2nya di tangga bas..
Baru nampak wajahnya..
"Ohh..pakcik ni..."
Aku kenal dan ingat wajahnya..
Dhulu pun ketika aku naik bas sewaktu mahu balik asrama..
Dia ada di dalam bas..
Tetap bersama kotak2 yang dikutipnya..
Sangka aku..
Mungkin kotak2 inilah punca hasil pendapatannya..

"Walau susah ,dia masih usaha !"
"itu orang lain boleh usaha tu ?"

Aduhh..~
hati aku lawan2 kata hati sendiri..
Terukkah aku ?
Sampai terfikir begini ?
Ya Allah..
Aku merasa sesuatu yang lain ni..~

Ku pandang handset sendiri..
Bukak inbox..
Kerana aku teringat kata-kata..
Sebuah kata-kata yang aku terima..
Ku pandang skrin telefon..
ku Pandang mesej yang tersimpan..
Pandang dan termenung..
Katanya..

"Salam Tazkir..,
Saat dinihari..,
Kita bakal mengulit mimpi dalam lena..,
Biasanya..,
Selalunya..,
Kerapnya..,
Acap kalinya..,
Manusia menemankan angan2
sebagai 'bantal peluk' mereka..
Tapi untuk kali ini..,
kalau tak pernah mencuba..,
Atau ulangi kalau pernah terlintas..,
Moh kita teruskan..,
Fikirkan ada yang masih tidak mendapat kebahagiaan
dan ketenangan seperti kita..,
Kalau malam ini kita 'melena'..,
Mereka bakal 'dilena'..,
Kalau malam ini kita kenyang dengan mimpi..,
Mereka sendawa dengan mati..,
Anak2 berwajah cengkung meminta nasi..,
Ibu-ibunya sudah terkulai layu..,
Ayah sudah berada dalam genggaman syahid..,
Ya Allah..,
Jangan jadikan nikmat aman ini..,
Sebagai kekufuran bagi kami..,
Amin ! ".....
habis membaca..
ku renung sahaja mesej ini..
"terima kasih ya Allah.."..

Kata-kata ini..
terkesan dalam hati..,
Mata menanggung tahanan airnya dari terus berjurai..,
Benar !
Bersyukurlah dengan nikmat yang kita miliki !
Baru aku sedari..
Punya lama aku termenung..,
Rupanya bas baru nak bergerak..

Pernah dahulu aku lihat pakcik pengumpul kotak ini..
Semacam dimarah oleh pemandu bas kerana kotak2 miliknya..
Mungkin membuat sesak bas agaknya..
Mengganggu penumpang lain nak masuk..,
Tapi pakcik ini tetap dengan kotaknya.,
Sampai tempat yang ingin ditujunya..
Dengan jalannya yang terbongkok-bongkok..,
Kakinya sedikit terhinjit-hinjit..,
Keluar dari bas..,
Hmmm...Aku memandang..
Berfikir lagi dan berfikir...~

"Sudahlah.."
kata hati sendiri berkata...

Pandang tingkap bas..
kali ini aku tak mengantuk...
Pandangan aku kosong..
Tiba-tiba..
Semacam Allah menjawab keraguan..
Pertanyaan..
kegusaran dalam hati..
Allahhhh...~ (~_~)..
kata-kata yang tidak aku fikir sendiri..
Kata-kata yang bukan aku cari..
Kata-kata itu datang sendiri..
Semacam ada 1 lagi 'aku' dalam hati ini..
Berkata kepada aku..

" Biarlah samada pengemis atau peminta sedekah itu..
Memang dia betul2 peminta sedekah..
ataupun dia hanya nak menipu..
Untuk dapatkan wang dengan jalan mudah..
Biarlah ! Teruskan sahaja kita untuk terus bersedekah..,
Doakan mudah2an dia sedar silap dia..,
Moga Allah tarbiyah dirinya..
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya.
Niat kita Lillah nak buat baik kerana Allah.
Harapkan ganjaran Allah !
Apa perlu gusar ?
Allah akan bagi sebaik-baik pembalasan .
Andai dia menipu..,
Itu urusan dia.Tanggungjwab dia pada Allah.
Biar dia jawab dihadapan Allah nanti.
Kita ?
kita punya tanggungjawab saling
membantu saudara yang susah.
Allah akan beri balasan setimpal dengan amalan hambaNya.
KEIKHLASAN kayu ukur amalan kita.
Yakin dan Percaya pada Allah ."..

Huh...
Aku yakin..!
Itulah jawapan Allah untuk ku..
DiilhamkanNya kedalam hatiku..
Yang gusar dan pelik..,
Menghilang pergi..
Kini aku faham...
harus bijak dalam mengimbangi sesuatu.
bukanlah kita mudah2 nak hulur duit dan mudah tertipu.
tapi seadanyalah kita memberi yang mampu.
Sekalipun hanya sepuluh sen.
Hanya Allah mengetahui dan menilai segalanya.
Ya Allah..~
Segala pujian untukMu..~ (~~_)

"aku" yang lagi satu ini berkata lagi pada hatiku..

"Ingat !
Kalau kita rasa kita KURANG KASIH SAYANG ayah dan ibu..
Kalau kita rasa kita KURANG KASIH SAYANG kawan..
Kalau kita rasa kita KURANG KASIH SAYANG kakak.,abang dan adik..,
kalau kita rasa kita KURANG KASIH SAYANG kekasih..,
Sekalipun kalau kita rasa kita KURANG KASIH SAYANG dari sesiapa..
Kite PERLU INGAT..
Kita BUKAN GOLONGAN YANG TIDAK CUKUP
dan KEKURANGAN KASIH SAYANG..
Kita adalah hamba YANG KAYA DENGAN KASIH SAYANG..
Kita adalah hamba YANG SARAT DENGAN KASIH SAYANG ALLAH..
Cukup banyak cukup padat sukup sarat Allah bagi
KASIH SAYANG-NYA..
kerana apa ?
Kita bukan ORANG YANG MISKIN KASIH SAYANG kerana..
KITA HAMBA ALLAH..
KITA BERIMAN DENGAN-NYA..
Sifat Ar Rahman Allah untuk segenap makhluk ciptaanNya..
Samada beriman atau tidak..
Tetapi sifat Ar Rahim Allah..
Hanya bagi mereka yang BERIMAN...
jadi KITA BUKAN GOLONGAN
 KEKURANGAN KASIH SAYANG..
Bila hati rasa LEMAH..
Ingat itu ! ALLAH MA"ANA .
we're not  lack of love..
~Allahuakbar~
Allah memberi kasih sayangNya berlainan cara..
Samada suka atau duka.
Setiap satu yang terjadi dalam hidup kita ada HIKMAH.
Hikmah yang perlu kita sendiri fikir dan cari..
KASIH SAYANG-NYA ada !
Yakin dan Percaya pada Allah !
jadi ..
BERSYUKURLAH..
BERSYUKURLAH..
BERSYUKURLAH.."..

huh......~
Sebaknya hati ..
bukan dari kata aku sendiri..
bukan aku yang buat sendiri..
melainkan Allah gerakkannya untuk berkata..
Mungkin itulah yang Allah mahu aku tahu..
bukan2..
Bukan aku..
tapi KITA !

Dan akhirnya sudah sampai perhentian bas yang ke 3...
Alamak bas tu dh nak jalan..
Cepat2 aku turun takut tertinggal..

Wallahu a'alam..~
Segalanya yg baik datang dari Allah bukan dari ana..
yang buruk jua dari Allah..
Tapi disandarkan pada diri ana yang lemah..
Maaf atas kelemahan ana dalam menulis sekiranya ada kesilapan dan kelemahan..

::TaQabbalallahu minna wa minkum ::


2 comments:

  1. thanks bebnyk...sy dpt bnyk ilmu from this blogger...mohon untk sbarkan kpd kengkwn yg laen psal ilmu agama yg sy dpat ari ni..may ALLAH bless you..=)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah ~
    Semuanya dari Allah kan :)
    Tafaddali ya ukhti yg baik kita kongsi2kan ^^
    Barakallahu fik kaman ~ :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...